Ayuh, bangkitlah. Saya percaya, setiap anak Pahang mempunyai darah kepahlawanan Mat Kilau, setiap anak Perak mempunyai semangat menentang penjajahan Datuk Maharajalela, setiap anak Terengganu mempunyai resam Rahman Limbung, dan akhir sekali, setiap anak Malayu mempunyai darah Jebat dalam memartabatkan keadilan. Bangkitlah bangsaku, menentang penjajah era baru, Kerajaan Penjajah. - Edy Noor Reduan
Wednesday, May 12, 2010
Alahai Piala Thomas - Keng Kiat-Boon Heong Memang Best!!
SAMBUNG DI SINI SECARA LIVE !!
8.32pm
Kedudukan skarang ialah 11-10 didahului oleh Choon Han! Namun kiraan paling penting ialah di kedudukkan 18 ke atas! Di sini pastinya tekanan yang lebih tinggin kepada Choon Han sekiranya mata tersebut dicapai terlebih dahulu oleh Jorgenson.
8.19pm
Jorgenson akhirnya menewaskan Choon Han dengan kiraan 22-20 !! Harap Choon Han bangkit di set kedua. Sayang sekali set pertama tadi, Choon Han mempunyai 3 game point tetapi tidak dapat menyudahkannya...
8.17pm
Kedudukan 20-19 sekarang ini... Choon Han kerap gagal di permainan net !
8.16pm
Choon Han memperolehi mata ke 20 berbalas 17!!
8.14pm
Kedudukan semasa ialah 18-17!! Mata ke 18 Choon Han diperolehi ketika lawannya iaitu Jorgenson terlepas reketnya. Jorgensen terpijak reket !!
7.48pm
Keng Kiat-Boon akhirnya memberikan mata kedua buat kem Malaysia setelah melalui detik-detik akhir set kedua yang sangat mendebarkan.
Tahniah ! Persembahan Keng Kiat-Boon begitu membanggakan ! Harap Farizuan-Zakry memperolehi sedikit pedoman daripada permainan cantik Keng Kiat-Boon sebentar tadi !!
Selepas ini Wong Choon Han akan turun memburu mata yang ketiga sebagai cobaan yang pertama! Ingat, kita ada 3 percobaan untuk mendapat satu mata... kita ada 3 try untuk 1 mata yang bernilai 'separuh akhir' !!
7.40pm
Kedudukkan semasa 16-13 set kedua, dengan set pertama dimenangi oleh beregu Malaysia!
Permainan beregu Malaysia ini memang world class!!
Sebelum itu, Chong Wei telah memberikan mata pertama kepada Malaysia!
SAMBUNG DI SINI SECARA LIVE !!
8.32pm
Kedudukan skarang ialah 11-10 didahului oleh Choon Han! Namun kiraan paling penting ialah di kedudukkan 18 ke atas! Di sini pastinya tekanan yang lebih tinggin kepada Choon Han sekiranya mata tersebut dicapai terlebih dahulu oleh Jorgenson.
8.19pm
Jorgenson akhirnya menewaskan Choon Han dengan kiraan 22-20 !! Harap Choon Han bangkit di set kedua. Sayang sekali set pertama tadi, Choon Han mempunyai 3 game point tetapi tidak dapat menyudahkannya...
8.17pm
Kedudukan 20-19 sekarang ini... Choon Han kerap gagal di permainan net !
8.16pm
Choon Han memperolehi mata ke 20 berbalas 17!!
8.14pm
Kedudukan semasa ialah 18-17!! Mata ke 18 Choon Han diperolehi ketika lawannya iaitu Jorgenson terlepas reketnya. Jorgensen terpijak reket !!
7.48pm
Keng Kiat-Boon akhirnya memberikan mata kedua buat kem Malaysia setelah melalui detik-detik akhir set kedua yang sangat mendebarkan.
Tahniah ! Persembahan Keng Kiat-Boon begitu membanggakan ! Harap Farizuan-Zakry memperolehi sedikit pedoman daripada permainan cantik Keng Kiat-Boon sebentar tadi !!
Selepas ini Wong Choon Han akan turun memburu mata yang ketiga sebagai cobaan yang pertama! Ingat, kita ada 3 percobaan untuk mendapat satu mata... kita ada 3 try untuk 1 mata yang bernilai 'separuh akhir' !!
7.40pm
Kedudukkan semasa 16-13 set kedua, dengan set pertama dimenangi oleh beregu Malaysia!
Permainan beregu Malaysia ini memang world class!!
Sebelum itu, Chong Wei telah memberikan mata pertama kepada Malaysia!
SAMBUNG DI SINI SECARA LIVE !!
BERJAYA Telah Berjaya Mendapat Lesen Judi Halal Sempena Piala Dunia !!
Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.
Aku tak tau nak kata apa dah... tunggu je la bala yang mendatang... Sila ke 7-Eleven untuk buat pertaruhan!
PS: Rangkaian 7e adalah kepunyaan BERJAYA.
UMNO DAYUS !!!!!
Alahai Piala Thomas...
Malaysia Mampu Menjadi Juara (ini bukan satira)
1. Saya tidak mahu mengusul sebarang komen berkenaan kekalahan Malaysia di tangan Jepun sebentar tadi. Apa yang ingin saya katakan ialah, peluang Malaysia untuk merangkul Piala Thomas buat kali ke-6.
2. Saya percaya tidak ada pasukan dari kelompok pilihan yang menjadi juara kumpulan, mahu berjumpa pasukan Malaysia pada peringkat suku akhir kelak. Mereka akan berdoa untuk tidak bertemu harimau yang terluka.
3. Kehadiran bik mama sedikit sebanyak mengganggu kosentrasi pemain Malaysia, penonton di stadium, penonton di rumah, dan juga penjaga garisan. Ada kemungkinan keadaan gelanggang yang berangin berat sebelah adalah berpunca daripada kedudukkan bik mama yang menghalang laluan angin penghawa dingin.
4. Walau sekuat mana pun lawan yang akan ditempuh oleh Malaysia pada saingan suku akhir kelak, Pasukan Malaysia tidak mempunyai pilihan selain daripada memenangi perlawanan tersebut. Pasukan yang ada kemampuan untuk menjadi juara adalah pasukan yang tidak punya masalah untuk mengalahkan mana-mana lawan sekalipun.
5. Oleh demikian, Perlawanan suku akhir adalah merupakan perlawanan akhir bagi pasukan Malaysia. Begitu juga separuh akhir, apatah lagi perlawanan akhir.
6. Saya tidak mengharapkan keajaiban berlaku sepertimana yang Hasbullah Awang selalu harapkan.
7. Saya ulang, sekiranya pasukan Malaysia adalah pasukan juara, maka suku akhir kelak membayangkan samada pasukan Malaysia bingkas menjadi juara atau, tewas di suku akhir disamping menempa sejarah apabila kalah dengan pasukan Jepun kendalian Park Jubong.
9. Semoga kenangan tahun 92 berulang. Ia adalah detik paling manis dalam hidup saya sepanjang mengenali erti sukan.
10. Barang siapa yang ingin bertaruh samada pasukan Malaysia akan layak ke akhir atau tidak, anda boleh berbuat demikian dengan memasuki laman web http://edyesdotcom.blogspot.com/2010/05/saya-sokong-pengeluaran-lesen-judi.html. Untuk yang bukan Islam sahaja tau, jangan berjudi di lorong-lorong.
Tolonglah jangan anggap ini satu satira...
Tuesday, May 11, 2010
Khalifah Allah yang Membenarkan Judi !
Di bawah ini adalah kenyataan seorang bekas mufti berkenaan cadangan pengeluaran lesen perjudian sukan. Ulasan edyes berada dibawah artikel ini;
Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa kerajaan pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus.
Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut:
1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa 'tindakan pemerintah terikat dengan maslahah'. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri.
Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi'i r.h: “Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).
Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?
Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.
2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu.
Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima.
Al-Quran menyebut: (maksud) “Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia.
Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).
Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima.
Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.
3. Judi sama ada 'dilesenkan' atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan.
Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain.
Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.
4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi.
Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa 'judi adalah budaya kami', atau 'kebanggaan hidup kami'.
Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi.
Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.
5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama.
Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang.
Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.
6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah 'tauke' sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen.
Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat 'hisap candu berlesen' untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen?
Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!
Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!
Oleh : MAZA
Edyes wrote:
Jika parti PAS adalah sebuah parti yang berjuang atas nama Allah, sila lancarkan satu gerakan bagi menghalang kebathilan berlesen ini berlaku.
Kalau pun ada peminat pertaruhan sukan yang beragama Islam, yang inginkan keseronokan berjudi sukan, itu bukanlah mendatangkan peduli kepada saya. Tetapi apabila cadangan pengeluaran lesen judi piala dunia ini dibiarkan menjadi kenyataan, maka setiap individu yang mengaku Islam di atas bumi Malaysia ini harus melepaskan jawatan sebagai khalifah di bumi Allah. Renungkanlah...
Dari sekecil-kecil tisu yang dikenali sebagai sperma, anda telah berjuang dan menjadi sang juara yang menembusi telur ovum. Lahir ke dunia dengan pakej sebagai muslim. Dididik dan dibesarkan dengan limpahan ilmu serta kasih sayang dan akhirnya selamat melepasi zaman remaja dengan proaktif. Dengan ajaran dan fahaman yang terserap tanpa tercemar, anda memilih untuk berjuang atas nama Islam. Dengan karisma kurniaan Allah, anda dipilih sebagai yang terbaik dari kalangan terbaik dengan amanah menegakkan syiar Islam. Anda telah diberi kepercayaan untuk menerajui sebuah parti gerakan Islam tersohor. Syabas!
Hari ini, di manakah anda ketika judi dihalalkan di bumi Malaysia? Di manakah pemimpin-pemimpin tersohor yang berjuang menegakkan agama Allah? Apakah tindakkan seterusnya bagi memastikan cadangan berstatus malapetaka ini tidak menjadi realiti?
Bangkitlah wahai pemimpin... Bangkitlah wahai pejuang... siapa lagi yang mahu disandarkan untuk menentang anasir zionis yang rakus lagi dayus !
Monday, May 10, 2010
Terima Kasih Kerana Tembak Anak Saya !
Terima Kasih Kerana Tembak Anak Saya !
Oleh kerana anak saya memandu dengan laju tanpa lesen, yang kemungkinan akan membahayakan nyawa pengguna jalanraya lain sekitar jam dua pagi. Tembakkan tepat anggota polis terbabit telah berjaya memberhentikan kenderaan tersebut. Syabaslah.
Memandangkan saya tidak mempunyai anak remaja yang lain, tidak terlambat rasanya untuk saya menasihati anak-anak buah saya dan anak-anak jiran saya supaya tidak keluar malam tanpa lesen memandu yang sah kerana ia barangkali boleh menjadi satu kesalahan besar yang boleh membawa maut.
( adakah pernyataan di atas memuaskan hati penulis dan para pembaca serta para pengkomen blog di sini? )
Saya memohon agar bapa 1Malaysia melepaskan jawatan !! (dengan hujah yang serba-serbi)
dan barang siapa yang sokong perjudian halal, sila klik di sini!
KESIMPULAN entri ini;
Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk kes Aminulrashid !!
Saturday, May 8, 2010
Najib Harus Letak Jawatan Dan Bubarkan Parlimen !!
Salam Revolusi!
Sudah tiba waktunya yang paling sesuai untuk DS Najib melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri setelah saya merasakan negara Malaysia tercinta ini tidak lagi selamat dari pelbagai faktor. Ikutilah hujah-hujah di bawah dan bangkitlah sekiranya anda berasa tidak selamat lagi di bumi Malaysia.
Desakan ini wujud merujuk kepada ketidak-bertanggungjawaban seorang Perdana Menteri ke atas isu-isu yang sedang melanda negara. Seorang Perdana Menteri walaupun dipilih oleh segelintir perwakilan dari satu parti, seharusnya lebih peka terhadap segala macam isu berbangkit yang dilihat hanya mencapai kebuntuan sedangkan kerajaan melalui menteri-menterinya seumpama tidak berupaya menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Desakan ini juga merupakan peluru pertama yang ditujukan terus kepada Perdana Menteri, agar menimbangkan untuk melepaskan jawatan serta membubarkan parlimen yang serba tidak berdaya. Perlu diingat betapa jawatan terpenting negara itu belum cukup layak diduduki oleh seorang anak bekas Perdana Menteri, membayangkan bahawa tidak cukup dengan hanya mewarisi tahkta daripada seorang bapa kepada seorang anak. Kepintaran dalam membuat keputusan, mempunyai karisma yang cukup untuk mempengaruhi para menteri bawahan dan menjaga kebajikan rakyat merupakan ciri-ciri seorang pemimpin yang layak memegang tampuk pemerintahan negara. Bukan hanya dipilih oleh segolongan elit berharta jutawan semata-mata.
Seorang Perdana Menteri juga harus memberi sepenuh jaminan kepada rakyat bahawa tahap keselamatan negara berada dalam keadaan terbaik. Selamat bukan hanya dari faktor yang membahayakan nyawa, malah definasi selamat untuk rakyat juga ditafsirkan sebagai, selamat dari nahas jalanraya, selamat dari salah-guna kuasa anggota polis, selamat dari terjebak ke lembah maksiat tatkala penguatkuasa tidak menjalankan tugas secara efisyen, selamat dari dibebani hutang akibat daripada aktiviti perjudian yang tidak terkawal, selamat dari terkorban sebagai penagih dadah, selamat dari ancaman globalisasi yang menjerut hasil titik peluh dan juga selamat dari ancaman pencemaran alam sekitar termasuklah cadangan membina reaktor nuklear.
Untuk pengetahuan umum bagi mereka yang hanya membaca akhbar utusan, pagi hari ini sekitar jam 3 telah berlaku satu lagi penyalah-gunaan senjata oleh polis diraja Malaysia. Berita ini hanya dapat dibaca di portal Malaysiakini dan arena blogosfera yang siap dengan ulasan, tetapi tidak di media arus perdana.
Seorang konstabel polis digantung tugas dan ditahan selepas didakwa menembak remaja remaja berusia 17 tahun yang enggan memberhentikan motosikalnya ketika dikejar kereta peronda di persimpangan Kampung Ujong Pasir, Jalan Seremban-Jelebu, 3.30 pagi tadi. Pada kejadian itu, Mohd. Azizi Aziz, 17 cedera parah di bahagian perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis kerana enggan berhenti.
Pelik tetapi benar, hanya satu das tembakkan sahaja dilepaskan dan ia menembusi dari belakang hingga ke depan perut remaja terbabit, nescaya menghancurkan usus si mangsa. Adakah satu das tembakkan itu berupa amaran? Atau tembakkan tepat itu memang disengajakan oleh pihak berkuasa?
Masih basah merah tanah kuburnya Aminulrashid, kini seorang lagi remaja hampir menemui ajalnya di tangan Polis diraja Malaysia. Mangsa yang dipercayai berasal dari Senawang itu menjalani pembedahan di perut dan usus kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.
Jika sebelum ini Shah Alam tidak selamat dengan kematian Teoh Beng Hock dan terbaru kematian Adik Aminulrashid, kini tempat tumpah darahku Seremban pula menjadi tidak begitu selamat. Apakah kali ini si mangsa akan dituduh berlumba haram? atau berlumba dengan pihak polis? Perlu diingat bahawa tugas mutlak polis diraja Malaysia ialah menjaga keselamatan dengan anak remaja harus diberi perlindungan.
Adalah menjadi satu tanggungjawab kepada pihak berkuasa yang berpreman polis, menjaga keselamatan awam dari pelbagai ancaman termasuklah pembunuh dan perompak bersenjata. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, pihak yang sepatutnya menjaga keselamatan kini menjadi amat bahaya kepada orang awam dengan kegilaan pemacu pistol tanpa perkiraan sewajarnya. Negara ini menjadi tidak selamat dengan rentetan peristiwa berdarah yang melibatkan institusi kepolisian. Rakyat bukan hanya takut kepada pembunuh dan perompak, tetapi rakyat juga kian takut dengan anggota polis. Mungkin ramai lagi rakyat yang sanggup menjauhi malah melarikan diri apabila terserempak dengan anggota polis, angkara kejadian berdarah hasil daripada kegilaan memetik belerang besi.
Siapakah yang harus bertanggungjawab? Sedangkan Ketua Polis Negara dengan secara tidak profesionalnya mengugut supaya polis berundur dari tanggungjawab sekiranya kritikan terus dilempar kepada pihak polis. Begitulah rendahnya mental dan mentaliti seorang ketua polis apabila berbicara dengan emosi yang tidak terkawal. Mungkin juga wartawan boleh ditembak ketika itu jika soalan yang ditujukan tersilap perkiraan. Rakyat pastinya tidak berasa selamat dibawah kepimpinan tertinggi polis diraja Malaysia dengan ungkapan sadis seorang Ketua Polis Negara.
Siapakah yang harus bertanggungjawab sekiranya rakyat berasa tidak lagi selamat dibawah pemerintahan kerajaan kini? Jika Menteri Dalam Negeri tidak mempunyai kekuatan untuk bertanggungjawab dengan melepaskan jawatan, saya mendesak Perdana Menteri untuk melepaskan jawatannya.
Rakyat kini bukan hanya tidak rasa selamat oleh faktor penyalah-gunaan kuasa sang preman, rakyat juga tidak merasa selamat apabila perjudian dihalalkan walaupun hanya untuk Piala Dunia. Rakyat tidak sanggup menanggung bala sepertimana yang melanda acheh apabila hukum Allah dipermainkan yakni menghalalkan yang ternyata haram!
Rakyat tidak lagi berasa selamat apabila melihat kerajaan umpama tiada telur untuk menafikan asakan dunia luar yang mahukan reaktor nuklear dibangunkan di sebuah negara anti-nuklear. Lebih tidak selamat setelah reaktor yang dicadangkan itu akan mula dibina setalah bidaan dibuka dengan kedudukan indeks rasuah yang tinggi negara ini serta kondisi rasuah halal berstatus ikan jerung yang berleluasa, pasti menyebabkan pembinaan reaktor nuklear tersebut tidak cukup sifat. Akhirnya malapetaka letupan Chernobyll di Ukraine pada tahun 1980an mungkin kembali berulang. Kali ini mungkin di Teluk Intan.
Nama Perdana Menteri yang masih tidak dibersihkan dari skandal pembelian kapal selam juga menjadi faktor yang mengundang rasa tidak selamat kepada rakyat negara ini. Apabila skandal pembelian kapalselam itu menjadi tekanan antarabangsa, pasti rakyat menjadi mangsa dengan telunjuk dunia luar berbentuk jajahan.
Rakyat juga lebih berasa tidak selamat dengan penglibatan firma Israel dalam kepimpinan negara. Menjadi proksi kepada yahudi lakhnatullah adalah sesuatu yang tidak selamat untuk saham akhirat bagi setiap umat Islam di negara ini. Secara langsung atau tidak, kita telah bekerjasama dalam setiap bedilan di masjid suci Al-Aqsa. Setiap kematian anak Pelestin tidak perlu lagi diratapi dengan kerjasama UMNO-APCO ini.
Oleh demikian, saya mendesak kepada Perdana Menteri agar mempertimbangkan satu keputusan drastik iaitu dengan meletak jawatan demi menyelamatkan negara ini. Adakah jawatan dan tahta itu lebih disayangi daripada kenegaraan, kebangsaan dan keagamaan?
Semoga Malaysia kita bakal ditabalkan seorang Perdana Menteri yang lebih bertanggungjawab dan penuh akauntabiliti tidak kira dari mana-mana parti asalkan kalibernya, karismanya, kecekapannya, kebertanggungjawabannya dan kebijaksanaannya diiktiraf oleh semua rakyat! Lebih manis sekiranya pertabalan Perdana Menteri baru itu disusuli dengan sebuah kerajaan yang baru, maka di sinilah revolusi itu bermula !
Revolusi 308 - Ke Arah Malaysia Baru !!
EDYES - 8 MAY 2010 - 7.51pm
Thursday, May 6, 2010
Saya Sokong Pengeluaran Lesen Judi Sempena Piala Dunia!!!
Saya mengucapkan syabas di atas keberanian kerajaan 1Malaysia dengan cadangan ideal mengeluarkan lesen pertaruhan halal sempena kehadiran World Cup dan juga Piala Thomas nanti.
Kita sebagai rakyat tidak harus hanya memandang serong terhadap tindak-tanduk kerajaan. Janganlah kita hanya tahu mengkritik tanpa mengambil kira pandangan dan faktor dari pelbagai sudut.
Memang benar bagai dikata, sekiranya kerajaan tidak mengeluarkan lesen yang halal untuk perjudian Piala Dunia, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan yang akhirnya menyebabkan kecacatan dalam pemerintahan negara.
Seperti sebelum ini, saya juga menyokong pemberian kondom percuma kepada remaja-remaja yang mahu mempraktikkan cara-cara menghasilkan zuriat, sebagai sumber pembelajaran dan sumber rujukan supaya gejala pembuangan bayi dapat dielakkan. Ini kerana sekiranya kondom tidak disediakan, perlakuan seks secara bebas pasti tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan jabatan agama.
Oleh demikian, dicadangkan juga dengan pemberian kondom tersebut, pakej seterusnya ialah menawarkan bilik hotel dengan kadar separuh bayaran, supaya gejala ini tidak berlaku di taman-taman bunga yang akhirnya akan mencacatkan pemandangan. Jika bilik hotel ini tidak disediakan, pasti taman bunga, rumah terbengkalai, panggung wayang, tangga-tangga apartment menjadi sarang melepaskan maksiat.
Justeru itu saya juga ingin mencadangkan agar lesen pelacuran juga diperkenalkan kerana aktiviti sosial seumpama ini tidak lagi dapat dibendung oleh pihak berkuasa. Contohnya yang berlaku di lorong Haji Taib, pusat-pusat karaoke dan rumah-rumah urut. Daripada membiarkan gejala ini berlaku secara haram, adalah lebih baik kerajaan menawarkan lesen pelacuran dengan cukai yang tinggi, lantas langkah anjakkan paradigma ini memberi pulangan terhadap kantung kewangan negara.
Pengeluaran lesen pelacuran halal ini juga akan membuka ruang kepada pelancung dari negara china untuk berkerjaya dengan lebih profesional kerana selama ini mereka kerap mengambil kesempatan di atas kapasiti pas lawatan sementara. Dengan kebenaran ini, ia memberi ruang kepada warga tempatan yang melalui kesempitan hidup agar mencuba nasib sebagai pelacur berlesen. Tidak kurang juga kekosongan jawatan sebagai bapak ayam berlesen.
Pihak kerajaan 1Malaysia memang prihatin keperluan semasa kerana Islam 1Malaysia itu adalah Islam yang mengikuti peredaran zaman. Kita sebagai rakyat yang bijak tidak harus hanya tahu memberi kritikan lantang semata-mata.
Tanpa kerajaan 1Malaysia, sudah pasti negara ini kucar-kacir dan berada di dalam kegelapan zaman. Kita akan ketinggalan arus sekiranya tidak menyokong kerajaan 1Malaysia kerana tanpa 1Malaysia, maka tiadalah jalan raya, tiadalah hospital, tiadalah sekolah, tiadalah empangan, tiadalah kapal selam yang tidak boleh menyelam, tiadalah pili air, tiadalah menara berkembar, tiadalah pusat judi 4 nombor ekor, tiadalah proton sagat, tiadalah litar F1, tiadalah masjid kristal berupa vincent tan, tiadalah macam-macam lagi dan mungkin juga, tiadalah agama...
Revolusi ini menuntut setiap nafas yang dihirup itu dibayar dengan keazaman menegakkan keadilan !!
Edyes - 6 Mei 2010 - 10.41pm
Loji Nuklear - Telur Najib Dipicit??
Apalah malang nasib rakyat negara ini. Secara tiba-tiba satu cadangan tanpa perbincangan parlimen bakal dilaksanakan secara tergopoh-gapah.
Saya memetik kata-kata yang amat selalu didendangkan oleh Tukar Tiub yang berbunyi ;
bayangkan buat stadium – stadium runtuh.
buat jalan - jalan runtuh
buat empangan – empangan runtuh
buat hospital – hospital runtuh
buat sekolah – sekolah runtuh
buat jambatan – jambatan runtuh
loji nuklear jika runtuh - bahayanya berjuta tahun
Mengapa isu loji nuklear ini secara tiba-tiba muncul?
Difahamkan, cadangan membangunkan loji nuklear ini melibatkan firma dari Peranchis. Sentimen berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri kita juga datangnya dari negara Peranchis.
Adakah telah timbul satu ugutan? atau telah dikemukakan satu tawaran bagi menyelamatkan airmuka dan tahta??
Demi menyelamatkan maruah seorang pemimpin, maka nasib rakyat 1Malaysia menjadi galang-ganti. Dengan terbinanya loji nuklear kelak, seluruh tanah melayu akan berdepan dengan ibu segala punca penyakit iaitu - sinar radioaktif tercemar.
Jika difikir secara proaktif, semua negara maju mempunyai reaktor nuklear dan mereka masih hidup dengan tenang dan selamat. Malah penggunaan tenaga nuklear sangat efisyen.
Namun kontranya pula ialah, negara kita dengan kadar rasuah dan pelbagai bentuk penyelewengan 'kelas pertama'nya, akan menyebabkan negara ini lebih berisiko tinggi sekiranya mempunyai walau satu reaktor nuklear yang aktif.
Kesimpulannya, atas ketelanjuran antarabangsa, rakyat dan bangsa glokal ini bakal menghadapi hukuman daripada perjanjikan kapitalis yang begitu iblis.
Dengan segala kesedaran, kami rakyat akan menentang habis-habisan pembikinan loji nuklear yang akan menjahanamkan tujuh keturunan.
Demi Rakyat, Untuk Rakyat !!! Ayuh bangkit menggapai Revolusi Malaysia Baru!! Malaysia yang lebih selamat !!!
Revolusi itu bermula ketika jatuhnya sebuah kerajaan zalim !!
Permainan Berangkai Kes Aminulrashid !!! Maka Berbaloilah Pelaburan APCO 77Juta,
Salam 1Malaysia a.k.a 1Israel,
Sebentar tadi 1Malaysia dikejutkan dengan satu berita yang mempunyai kesinambungan tersendiri dengan kes yang sedang disiasat-siat, iaitu tragedi kematian adik Aminulrashid. Berita tersebut berbunyi seperti di bawah; dipetik dari utusan online;
KUALA LUMPUR 5 Mei – Sekumpulan remaja yang menyamun sebuah premis menerima padah apabila salah seorang daripada mereka ditembak polis dalam satu kejadian di sebuah kafe siber di Jalan Genting Klang di sini awal pagi ini.Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 pagi itu, dua anggota polis berpakaian preman yang ditugaskan untuk menjalankan rondaan di kawasan itu masuk ke dalam kafe siber berkenaan dan pergi ke tandas.Sebaik keluar dari tandas, kedua-dua mereka terkejut apabila premis terbabit bertukar kecoh apabila tujuh lelaki bersenjatakan parang menjerit-jerit serta menghunus dan melibas senjata yang dibawa mereka.Kesemua suspek yang menyamun kafe siber itu menggunakan pelbagai jenis senjata seperti pedang samurai, parang panjang, parang pemotong daging, kapak, gergaji dan pisau. - Utusan
Dapat diperhatikan berita di atas terlalu ringkas dan tiada ending yang menterjemahkan kesimpulan kejadian tersebut. Namun apabila berita ini mencecah ke buletin utama sebentar tadi, bunyi yang diperdengarkan oleh jutaan umat lebih menyeramkan kerana disebut ; sekumpulan remaja berumur 15 tahun merompak kafe siber sekitar jam 3 pagi bersenjatakan parang dan gergaji. Pihak polis juga menunjukkan aksi-aksi remaja tersebut cuba memenggal kepala polis yang bertugas ketika itu.
Apakah yang sebenarnya sedang berlaku di dalam negara bertema 1Malaysia ketika ini? Mari kita imbas kembali, dan lakukan sedikit ulangkaji.
Jika minggu lalu, dada-dada akhbar memaparkan pelbagai coretan berita berbentuk nasihat dan amaran supaya ibu-bapa mengawal tindak-tanduk anak-anak, ia secara terus merujuk kepada betapa bersalahnya adik Aminulrashid kerana keluar malam tengok bola dikedai mamak berlesenkan lesen agong. Disedari atau tidak, berita berbentuk nasihat tersebut adalah satu bentuk propa yang jelas ingin mengalih persepsi rakyat supaya menyalahkan keluarga si mati.
Cuba anda-anda yang bijak pandai lagi celik mendomba sedikit renungan, mengapa tidak di dada-dada akhbar itu menempatkan artikel nasihat kepada pihak polis supaya lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas? Mengapa tidak rencana dalam akhbar tersebut mengimbau kembali segala salahlaku institusi kepolisian yang pernah berlaku sebelum ini supaya dijadikan pedoman kepada pihak polis dan para rekrutinya.
Hanya rencana berita yang mempertikai tanggungjawab ibu-bapa sahaja diputarkan ke seantero malaya melalui akhbar perdana. Bagaimana tanggungjawab polis dalam menjalankan tugas. Mana akauntabilitinya?
Inilah propaganda hebat dari akhbar yang menjadi sayap kanan UMNO dari dulu kini dan sampai bila-bila. Akhbar arus perdana memuntahkan rencana yang memancing persepsi rakyat dengan delegasi berita yang menjadikan sentimen pembaca menuding jari kepada keluarga si mati, agar lebih dipersalahkan dan menjadi punca mutlak kejadian tembak-menembak tersebut. Kita tinggalkan cerita minggu lalu, ayuh kita ke present tense iaitu hari ini.
Hari ini, dengan tidak semena-mena timbul pula satu berita yang signifikasi daripada kejadian yang menimpa Aminulrashid. Sekumpulan remaja ber-parang-bagai, menyamun kafe siber pada jam 3 pagi. Inilah kesinambungan mudah daripada peristiwa sebelumnya. Kejadian samun, berparang, dilalakukan oleh sekumpulan remaja yang sebaya dengan Aminulrashid. Rakyat diajak berfikir bahawa tidak mustahil arwah Aminulrashid boleh terlibat dalam kejadian yang sama, dan kerana itu jugalah penemuan parang dalam iswara putih tersebut perlu di ambil kira dengan serius! Ini adalah satu permainan berangkai yang sangat jahat !!
Kejadian samun siber kafe bersenjata parang berlaku jam 3 pagi kelmarin. Dikhabarkan juga dalam buletin utama bahawa pihak polis melepaskan tembakkan terhadap remaja yang menyamun kafe tersebut kerana pihak polis di dalam kedudukan diserang bersenjatakan parang. Namun tiada pula khabarnya remaja yang ditembak. Tiada gambar atau rakaman susulan terhadap kejadian tersebut. Sepatutnya repoter akan membuat liputan yang menghasilkan gambar remaja tersebut ditembak atau sekurang-kurangnya gambar remaja tersebut terlantar dek tembakkan perluru hidup. Adakah remaja samun itu mati ditembak? Atau berita ini rekaan semata-mata??
Mereka harus merekayasa ceritera dan sandiwara demi untuk membeli persepsi rakyat. Siapa yang mahu membelinya? Jika ramai yang membelinya, terima kasih kepada polis panik yang tergamak menjelmakan parang kepada si penjenayah yang bernama Aminulrashid. Terima kasih juga kerana membelasah rakannya si arwah demi untuk memberi tekanan istimewa agar kesilapan anda-anda semua ditutup dengan bantuan yang maha menguasai Malaysia.
Harus diingat, warga Malaysia pasca Mahathir adalah warga yang bijak dan celik berita. Kita harus bijak menafsir berita arus perdana sebagaimana kita menafsir sebarang berita arus alternatif. Rakyat pasca Mahathir adalah rakyat yang tersedar dari lamunan puluhan tahun, sejak lahir mahupun sejak baligh. Demi agama dan bangsa, bangkitlah menentang yang zalim!
Sepertimana yang sering saya perkatakan dalam rencana sebelum ini, kita rakyat Malaysia dibunuh lebih kejam daripada regim khemer rouge kerana kita dibunuh secara halus dan perlahan dengan menanggung kehidupan yang menjerut pernafasan, perlahan-lahan... sedarlah dan bangkitlah membentuk revolusi Malaysia baru. Malaysia yang berorientasikan kebajikan rakyat! Kerajaan Rakyat !!
Subscribe to:
Posts (Atom)