Thursday, March 28, 2013

SIDANG MEDIA & IKRAR BLOGGER/FACEBOOKER UNTUK 'GERAKAN HARAMKAN UMNO'



Kenyataan Umum
27 Mac 2013

SIDANG MEDIA & IKRAR BLOGGER/FACEBOOKER UNTUK 'GERAKAN HARAMKAN UMNO'

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama dengan kumpulan blogger dan facebooker Revolusi13 akan mengadakan sebuah sidang media mengenai gerakan baru yang dikenali sebagai 'Gerakan Haramkan Umno'. Juga akan berlangsung, ikrar para blogger dan facebooker untuk bersama dalam gerakan penting ini.

Berikut adalah maklumat mengenai sidang media tersebut

Tarikh: 31 Mac (Ahad)  
Masa: 10.30 pagi
Lokasi: Dewan Auditorium KLSCAH (berdekatan Monorel Jln Maharajalela)

Turut akan bersama memberi taklimat dalam sidang media ini ialah Chegubard Ketua Penyelaras SAMM, Dato Tarmizi Mohd Jam Pengelola kumpulan Revolusi 13 dan juga beberapa peguam yang akan membentang bagaimana ROS melindungi Umno sebagai parti haram.

Umno Haram

Sorotan daripada pergolakan perebutan jawatan yang berlaku dalam Umno bahagian Tanah Merah pada tahun 2008, ada yang mahu bertanding jawatan utama ketika itu didapati tidak membayar yuran dan terdiri ahli dari cawangan haram. Maka kes mahkamah dibawa dan melalui proses mahkamah dibuktikan 126 cawangan Umno di Tanah Merah ialah cawangan yang tidak berdaftar dan cawangan dibatalkan pendaftaran iaitu cawangan haram.

Umno menggunakan sistem perwakilan maka cawangan haram telah menghantar perwakilan ke bahagian secara automatik bahagian menjadi haram. Bahagian pula menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agong Umno dan secara automatik Umno itu sendiri menjadi tidak sah, atau haram.

Ia sama sekali menggambarkan betapa negara ini sebenarnya telah ditadbir oleh sebuah pertubuhan haram. Maka 'Gerakan Haramkan Umno' akan dilancarkan bagi menyelamatkan negara.

Semua pengamal media dijemput untuk menghadiri sidang media ini. Aktivis blogger dan pemain facebooker juga dijemput hadir khususnya untuk bersama menyatakan ikrar.

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

No comments: