Tuesday, March 12, 2013

Korban Pertama Ops Daulat, Menjadikan 9 Terkorban Keseluruhan Kempen Usir Penceroboh di Sabah




Seorang anggota tentera Malaysia terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan anggota 'tentera diraja Sulu' di Sungai Nyamuk di Lahad Datu pagi ini.

NONEPanglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zain berkata, pasukan keselamatan bertembung dengan lima anggota
penceroboh pada jam 7.45 pagi ini ketika melakukan operasi pembersihan di kawasan sekitar Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu.

Zulkifeli (kiri) berkata penceroboh berundur ke bahagian atas Sungai Nyamuk dan anggota mengekori mereka dan diikuti dengan pertempuran pada kira-kira jam 10.45 pagi.
Dalam pertempuran itu, katanya, pasukan keselamatan membunuh tiga penceroboh, tetapi malangnya, seorang anggota pasukan keselamatan turut dibunuh.

Bercakap dalam satu sidang akhbar lewat petang ini, Zulkifeli berkata ini adalah korban pertama yang dialami pasukan keselamatan Malaysia sejak Ops Daulat dilancarkan pada 5 Mac.

Edyes Wrote: Ucapan takziah buat keluarga wira yang terkorban. Apakah kempen ketenteraan ini akan berpanjangan? Apakah pilihanraya akan terus ditangguhkan? Apa maksudnya keadaan terkawal??

3 comments:

Anonymous said...

Maksud terkawal tu ialah kalau hang nak pi makan angin la ni kat situ boleh dah wahai cikgu yg bangang lagi nak mampus

Anonymous said...

Lagi satu bukan ada benda pun yg jadi kat sana nu cuma drama swasta ja tak percaya tanya la brader hang yg tua nak mampus tu hari-hari kat blog dia tulis benda ni sandiwara, almaklum la dulu masa duduk kat belgium ambik kos jadi pengarah filem hang ajak la dia pi makan angin kat sana mesti happening punya.

Anonymous said...

Apalah nak digaduhkan. Semua manusia takkan boleh buat manusia suka. Lupuskan pandangan manusia dgn pandangan Allah....pahamkanlah

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan