Thursday, March 14, 2013

SAMM Sifatkan Kenyataan Muhyiddin 'Songsang' dan Terbalik




Kenyataan Umum
14 Mac 2013

SAMM Sifatkan Kenyataan Muhyiddin 'Songsang' dan Terbalik

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyanggah kenyataan Muhyiddin Yassin yang mendakwa Pakatan Rakyat kononnya merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat.

SAMM menyifatkan kenyataan tersebut adalah 'songsang' dan terbalik. Ia juga menggambarkan seolah-olah TPM sedang bercakap di depan cermin.

Bagi SAMM, walaupun kenyataan pemimpin nombor dua Umno agak lucu dan tidak masuk akal, SAMM tetap mengambil serius memandangkan tabiat 'berbuat sesuatu tetapi menuduh orang lain buat' telah berlaku dalam skala penipuan yang sangat besar. Ia dibantu oleh media yang dikawal oleh mereka dengan harapan rakyat terus diperbodoh.

Majoriti rakyat sudah tahu apa sebenarnya yang telah berlaku. Rakyat tahu siapa yang merancang untuk menggagalkan pilihanraya, malah setakat ini pihak yang sama dengan sengaja telah melewat-lewatkan pilihanraya. 

Rakyat juga tahu siapa yang mahu menghuru-harakan keadaan, malah telah banyak huru-hara dilakukan oleh penyokong Umno. Serangan cat, baling batu, baling telur, semua dilakukan Umno kerana gementar kehilangan besar sokongan rakyat. Rata-rata pemimpin Umno yang terlibat pelbagai skandal bakal ke penjara jika Umno tewas Putrajaya, ia seharusnya menimbulkan panik.

SAMM melihat, sebagai gagasan paling berpotensi untuk menerajui Putrajaya selepas ini, tiada sebab untuk Pakatan Rakyat mencetus huru-hara kerana ia akan menyulitkan banyak perkara. Pakatan Rakyat bertegas untuk memastikan peralihan kuasa berlaku dengan aman dan beberapa 'langkah awal' melibatkan institusi keselamatan negara telah mula disusun. Ini hakikat yang harus diterima.

Akhir sekali, SAMM mengucapkan syabas kepada Muhyiddin kerana mengeluarkan kenyataan mirip seorang ketua pembangkang. SAMM yakin Muhyiddin mampu menjadi ketua pembangkang yang baik dan tegas dengan ciri-ciri yang terserlah hari ini.


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
twitter: @edyesdotcom
010-2675872

1 comment:

Anonymous said...

cakap kat cik sembab tu....
nak gagal apa nya???
PRU pun taktau bila nak ada...
bodoh melantun2 la umno ni

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan