Friday, March 29, 2013

Hampir 2 Ribu Warga Felda Palong Sambut Tian Chua - Bukti Fitnah Jahat Ditolak

Kenyataan Terbuka
29 Mac 2013

Hampir 2 Ribu Warga Felda Palong Sambut Tian Chua - Bukti Fitnah Jahat Ditolak

Bersempena dengan terbubarnya DUN Negeri Sembilan semalam, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melalui SAMM N.Sembilan dan juga aktivis PKR tempatan telah menganjurkan sebuah ceramah perdana di gagasan Felda Palong 2. 

Penganjuran ceramah yang berkisar 'genre' isu Lahad Datu tersebut menampilkan YB Tian Chua, Chegubard dan juga Ustaz Noor Azman Mohamad, telah dihadiri oleh hampir 2000 penduduk Felda. Ini merupakan satu suasana yang sangat ngeri buat Umno dan Barisan Nasional apabila melihat penduduk Felda bangkit untuk sekurang-kurangnya hadir mendengar maklumat.

Walaupun terdapat ura-ura akan berlaku serangan dari pihak NGO pro-Umno berikutan antara penceramahnya ialah YB Tian Chua, namun di atas persediaan yang sangat rapi oleh SAMMdan warga setempat maka keadaan terkawal sepanjang program. Keselamatan hadirin adalah menjadi keutamaan. Malah aktivis Umno setempat yang turut hadir mendengar ceramah menyatakan kekesalannya di atas sebarang gangguan dan menyifatkan ia sebagai pengacau dari luar.

Rata-rata rakyat yang hadir ingin mendengar sendiri penjelasan Tian Chua berhubung isu Lahad Datu di mana kenyataan beliau telah dimanipulasi media yang berat sebelah. Jelaslah betapa rakyat hari ini semakin celik untuk menilai sesuatu perkara dari pelbagai sumber, bukan dari satu sumber semata-mata. Justeru itu, SAMM terus mengambil tanggungjawab membawa YB Tian Chua ke negeri Perak pula selepas ini pada tarikh 16 April bertempat Tapak Pekan Rabu, Batu 5 Parit Buntar.

SAMM Kebangsaan juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah buat komrad SAMMyang bekerja keras menjayakan program ini khususnya SAMM zon Palong dan SAMM zon Muadzam Shah. Dengan keberjayaan ini, SAMM meneruskan rekod bersih penganjuran tanpa gangguan.

Walaubagaimanapun, SAMM ingin merakamkan rasa kesal di atas sikap pimpinan PKR N.Sembilan yang mengambil sikap tidak progresif. Walaupun yang hadir ialah Naib Presiden parti tersebut tetapi wujud arahan untuk tidak bekerjasama telah dikeluarkan dari peringkat negeri. Malah, PKR N.Sembilan tidak mengambil inisiatif di atas sejarah pembubaran automatik DUN N.Sembilan. 

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

1 comment:

Anonymous said...

Pi mampus Cina bangsat sekoq ni. Termasuklah kuncu-kuncu yang sama denganya.

Kalau mai tempat aku siap!