Thursday, September 16, 2010

Nampak India Teringat Peristiwa Datuk Sosila...


Saya kurang arif siapa yang punya kerja sampai ada di antara orang melayu kita yang sanggup menyatakan pendirian mereka yang tidak betul ke atas kaum india merujuk kepada kejadian yang menimpa Datuk Sosila. Saya agak terkejut mengapa persoalan ini ditujukan kepada saya, seolah-oleh yang menyoal itu tahu saya adalah seorang blogger.

Malam tadi, setelah selesai peringkat finishing untuk artikel bertajuk "Syabas, negara punya pembunuh bersiri berlesen", perut berasa amat lapar setelah lebih dua jam terperap bagi menyiapkan artikel pertama saya yang menyentuh isu Datuk Sosilawati.

Saya turun ke kedai makan di bawah dan memesan dua bungkus nasi goreng biasa. Saya sukakan nasi goreng biasa yang berwarna gelap seperti ditaruk kicap. Ketika saya menunggu siapnya nasi goreng tersebut, ketika itu jugalah wanita yang hampir separuh umur yang menjadi cashier mengemukakan persoalan seperti tajuk di atas.

Dengan tidak semena-mena, soalan "Nampak orang india jer, teringat kes Sosilawati" terpacul menuju terus kepada saya. Dari intonasi nada persoalan itu, seolah-olah mengharapkan saya mengiyakan apa yang dipersoal. Agak malang bagi kakak yang menyoal itu, bukan blogger bodoh perkauman UMNO yang berada dihadapannya ketika itu.

Mengapa perlu prejudis? Menyapa perlu menyamakan setiap orang india dengan penjenayah yang membunuh Datuk Sosilawati dengan kejam? Minda saya diketuk-ketuk untuk memberi jawapan yang paling kurang damagenya terhadap orang sekeliling.

Lantas saya memberikan tarbiyah dan dengan cepat saya menyebarkan doktrin betapa kita harus menolak sebarang unsur perkauman sempit. Oleh sebab persoalan yang ditimbulkan didengari oleh beberapa orang disekitar kaunter tersebut, maka saya juga memastikan audience yang sama dapat mendengar apa yang cuba saya terangkan.

Saya katakan, isu pembunuhan ini tidak merentasi kaum. Jangan sebab segelintir orang india, maka akak tuduh semua orang india sejahat adik-beradik peguam itu. Saya katakan adalah kebetulan yang membunuh itu india dan yang dibunuh itu melayu.

Saya fikirkan ia akan habis di situ, tetapi akak cashier itu menambah "Mengapa dibunuh pula cara hindu? Iaitu dibakar dengan petrol dan abunya dibuang ke laut. Bukankah ia seperti upacara pengkebumian hindu?" Persoalan ini sangat mudah, saya katakan ia bukan sebab upacara pengkebumian, tetapi ia adalah cara terbaik untuk menghilangkan segala bentuk bukti selain daripada menggunakan bom tangan atau bom C4. Ketika ini ada di antara audience yang ketawa bercover.

Kakak cashier dah terdiam, tetapi dari riak wajahnya nampak satu penyesalan kerana telah menuduh orang india yang berada di hadapan kedai makan itu menyamai penjenayah yang membunuh Datuk Sosila. Lantas kakak cashier itu menukar topik kepada isu kematian ustazah dan anaknya yang dirompak oleh jiran. Pengalihan topik ini secara saikologinya menunjukkan kakak cashier itu bersetuju dengan apa yang saya katakan iaitu jenayah ke atas Datuk Sosilawati tidak merentasi batasan kaum mahupun agama.

Nasi goreng biasa saya pun siap dibungkus. Setelah bayar dan masing-masing tersenyum ikhlas, saya beredar untuk balik ke rumah. Ia tidak bermakna saya tidak akan datang lagi ke kedai yang sama, sebab kita tidak prejudis.

Kesimpulan dari peristiwa di atas, permainan api perkauman yang disimbah oleh UMNO melalui blogger sempitnya sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi mereka yang lemah istiqomah dan cetek pemikiran rasionalnya. Harap semua lebih peka.


EDYES

1 comment:

JBS said...

Betul pendapat tuan tu. Suspek bukan aje disyaki bunuh Datuk yang kaya raya tu, tapi bunuh ramai lagi warga sebangsanya atas dasar materialistik. Bangsa India di negara ini pun banyak yang miskin tegar dan hidup merempat, tapi tidak dibantu dan diperdulikan oleh para pemimpin parti mereka. Kemanakah jutawan Maxis & Astro atau Air Asia berbangsa mereka tu?. Mereka pun anak Adam dan ingin meneruskan hidup seperti kita juga, cuma mungkin kepercayaan yang berbeza. Tetapi tetap sukakan roti canai dan nasi lauk kari seperti kita juga. Yang sebetulnya, majoriti rakyat telah dikhianati oleh para pemimpin mereka yang kaya raya hasil dari ikhsan dan toleransi rakyat. Fikirkanlah....