Monday, November 9, 2009

Video & Ulasan : Keganasan Penyokong Kelantan : Bomba Menjadi Mangsa !




utk video yg lebih clear, sila ke youtube di sini

Salam hormat,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan bolasepak negeri sembilan kerana telah berjaya membawa pulang Piala Malaysia Piala Keramat ke negeri adat pepatih. Berkat pertabalan Tuanku Yam Tuan, Piala Malaysia kembali ke Negeri Sembilan.

Setelah kecundang pada 2 final sebelum ini, pasukan N9 tidak lagi menoleh ke belakang dalam pertemuan pasukan segagah pahlawan merah, Kelantan. Setelah gol pertama N9 menyentap semangat pasukan Kelantan, N9 terus menguasai permainan sehingga dinobatkan sebagai juara sebaik wisel penamat ditiup.

Namun begitu, bukan ulasan perlawanan akhir yang ingin saya garap pada entri panas ini. Sebagai penyokong N9 dan sebagai seorang penyokong tegar bolasepak tanahair, saya berasa sangat sedih dengan pelbagai insiden yang berlaku sepanjang hari di Kompleks Sukan Bukit Jalil. Ya, saya berada di sana sepanjang hari dan melihat banyak perkara termasuklah melihat anak nogori dipukul dan dibantai tanpa notis serta sebab yang munahsabah.

Saya dengan hujah menuding jari terhadap kepincangan FAM dalam mengorganisasikan perlawanan akhir Piala Malaysia edisi kali ini yang melibatkan hooligan malaya iaitu negeri Kelantan. Gedebe tak tentu pasal, gocoh tak tentu sebab, mace binawe lah!

FAM seharusnya lebih adil dalam pembahagian tiket lebih2 lagi ia melibatkan penyokong fanatik seperti Kelantan. Apa yang berlaku ialah, oleh kerana memandang keuntungan yang pantas, FAM telah memberikan 55ribu tiket kepada Kota Bharu sedangkan hanya 20ribu di Seremban. Sepatutnya, kuota tiket negeri sembilan tidak boleh berpindah milik hanya kerana alasan penjualan tiket yang lembab di Stadium Paroi.

Di sini ingin saya utarakan 2 faktor mengapa penyokong Negeri Sembilan hanya sekitar 18-20 ribu sahaja. Faktor pertama ialah kerana pasukan N9 telah 2 kali kecewa di pentas final iaitu tewas kepada Perak 0-2 pada final tahun 2000 di Stadium Shah Alam (waktu itu Bukit Jalil sedang dinaiktaraf / selanggara) dan tewas kepada Perlis 1-2 pada final edisi 2006 di Bukit Jalil. Kekalahan dua kali di final dalam jarak tahun yang agak singkat menyebabkan penyokong N9 berfikir dua belas kali sebelum membeli tiket final. Tambahan pula mereka akan berdepan dengan lebih 60ribu penyokong Kelantan maka adalah tidak berbaloi jika pergi dan kalah di Bukit Jalil.

Faktor kedua ialah kerana keganasan yang bakal berlaku telah dapat dijangka. Oleh demikian, kepada penyokong N9 yang selalunya datang stadium Paroi bersama keluarga pastinya tidak mahu berdepan dengan risiko bertembung dengan penyokong fanatik Kelantan. Adalah tidak berbaloi sekiranya nasib tidak menyebelahi mereka yang 'tersalah masuk kawasan', pastinya dibelasah.

Terus terang saya katakan, sepanjang saya berada di Bukit Jalil, depan mata saya sahaja berlaku 3 pergaduhan. Oh saya silap, sebenarnya bukan pergaduhan tapi perbelasahan kerana 20 orang bantai sorang penyokong N9. Saya cuba leraikan memandangkan saya memakai baju merah ketika itu. Jika saya pakai baju N9, tak mungkin saya masuk meleraikan kerana pastinya saya juga akan menjadi mangsa lauk percuma.

Kenapa perlu belasah orang? Kita nak tengok bola, bukan nak tengok wrestling ataupun tomoi. Memang takde kena mengena dan semangat kesukanan memang OUT! Negeri lain pun main sampai final, tapi tak macam negeri cik siti wan kembang. Hooligan? meluat bai!

Apabila FAM membahagikan tiket dengan jurang yang amat berbeza, yakni nisbah 20ribu kepada 60ribu, maka inilah yang mungkin menjadi punca. Apakah kerana ingin peroleh keuntungan dengan pantas maka semua tiket diserah kepada Kota Bharu? Sepatutnya kuota untuk Negeri Sembilan diberi tanpa prejudis dan jika ada lebih, boleh la dijual di Bukit Jalil pada hari terakhir sebelum perlawanan berlangsung.

Bila masuk stadium, dah macam tengok bola kat Sudan. Pasal mercun saya taknak sentuh sangat, sebab meluat. Tapi kalau sampai kerusi stadium pun dah dibakar hidup2, dibakar secara live dari rtm 1, itu dah kira vandelisme. Kenapa tak bakar je kerusi atau sofa kat rumah korang je wahai penyokong Kelantan? Bila kerusi tu dah terbakar, datang la ahli bomba cuba untuk memadam kebakaran dalam masa yang sama cuba menyelamatkan penyokong Kelantan daripada terbakar. Sedang ahli bomba sibuk memadam api yang terbakar, red woriors menunjukkan keperwiraan mereka dengan membaling botol kepada pak bomba 2-3 orang yang sedang bertungkus lumus. Ada macam perangai syaitan pun ada.

Kalah-Menang adat dalam perlawanan akhir. Kalau dua-dua team masuk final kira juara bersama, baik tak payah tengok bola, buat je persembahan Mawi ke, Nabil ke, Wan Semail Golok ke kat pentas depan stadium tu. Kalau dah masuk final tu, kira hebat la. N9 dan Kelantan hebat sebab main sampai final Piala Malaysia edisi 2009. Terimalah kekalahan dengan hati terbuka sepertimana N9 kalah 2 kali sebelumnya.

N9 juga tewas kepada Kelantan pada semi-final Piala FA beberapa bulan yang lalu. Perlawanan tersebut berlangsung di Paroi timbal-balik ketika N9 menang 1-0 di K.Bharu. Pada awal permainan, Kelantan sekali lagi ketinggalan menjadikan agregat 2-0. Namun N9 hilang tumpuan kerana memikirkan telah lead dua butir. Kelantan memperolehi 2 gol pantas lantas menidakkan peluang N9 beraksi di final Piala FA kerana kelebihan gol di tempat lawan menyebelahi Kelantan.

Ketika itu, penyokong kelantan mengajuk Negeri Sembilan dengan melaungkan Hobin Jang Hobin, oh peritnya. Penyokong Kelantan juga mendendangkan lagu "kesian dia, kesian dia" menjadikan hati dua kali perit. Ia berlaku di Paroi. Tetapi apakah penyokong N9 merusuh ketika itu? Kami terima kekalahan dengan hati terbuka.

Kini, giliran penyokong red wariors menerima buah keras dari Jang Nogori. Ketika pasukan N9 leading 2-0, kita dapat lihat penyokong Kelantan sugul tak bermaya. Di tambah pula gol tersebut berlaku selepas 20 saat separuh masa kedua bermula. Ia pasti menyentap penyokong yang begitu bersemangat menanti gol penyamaan di kala wisel 2nd half berbunyi. Maka kamipun laungkan "Gomo Klate Gomo" dan juga mendendangkan lagu "Kesian dia... kesian dia...". Adalah menjadi lumrah, hutang lagu dibalas lagu. Pueh ati den.

Adakah faktor ini menyebabkan red woriors mengganas setelah kena 3-0? Saya percaya, kalau Kelantan menang sekalipun, pastinya vandelisma tetap berlaku, juga pergaduhan dan pembelasahan tetap berlaku. Kerana fanatik tak bertempayan!

Sekiranya penyokong Kelantan terlalu ganas, kita hanya ada satu cara sahaja untuk pastikan mereka menjadi lebih berdisiplin (sepertimana perubahan yang ditunjukkan oleh Halim Napi). Kita banned (gantung) keahlian pasukan negeri Kelantan daripada menyertai Liga Malaysia selama 3 tahun dan tutup gelanggang Kota Bharu dalam masa yang sama. Saya pasti keputusan ini akan sedikit sebanyak membuatkan penyokong Kelantan berfikir betapa pe'el mereka telah jauh tersasar dari standart piawaian dan tatatertib sebenar.

Sekali lagi saya ucapkan Tahniah kepada Pasukan Negeri Sembilan. Lamo dah den nunggu... duo final dah den rodah, nijam lah yang monang... Hobin Jang Hobin...



9 comments:

Unknown said...

SIAPA PEMBOHONG DAN SIAPA YANG BETUL
Berberapa hari lepas, ada berberapa geng-geng blogger anti pembangkang mendedahkan tentang cerita bai'ah mengarut yang dibuat oleh pas kepada semua Ahli dewan negeri dan ahli dewan rakyat, dalam bai'ah tu menyebut, barang sesiapa yang meninggalkan parti pas (lompat parti) maka akan gugurlah talak tiga ke atas isterinya. det pun ada keluarkan cerita tu, malangnya det dimaki kaw-kaw oleh berberapa penyokong pas yang tahu no hp det, mereka suruh det tarik balik cerita tu kononnya det buat fitnah, "fitnah apak kau"

Dan semalam cerita yang dikatakan fitnah oleh puak-puak jumud ini di sahkan oleh ahli dewan rakyat kawasan shah alam iaitu khalid samad @ khalid gereja, dia sah kan cerita tu dalam akhbar utusan dan nst yang mana memang wujud bai'ah seperti itu dalam pas.

Siapa ada tengok Buletin Awani semalam, semasa ucapan hadi di seminar politik pas, hadi menafikan sekeras-kerasnya yang wujud bai'ah bodoh macam tu dalam pas, kata hadi lagi, majlis syura pas tak pernah mensyaratkan bai'ah macam tu kepada setiaap ahli dewan negeri dan ahli dewan rakyatnya, tapi khalid samad @ khalid gereja mengaku yang memang ada bai'ah macam tu, soalannya sekarang ni yang mana satu betul hadi atau khalid samad?

puteri_kebayan said...

salah penyokong..tapi kalau nak gantung pemain tak adil namanya tu...
pasukan hebat sampai ke final tapi bila penyokong buat hal, pasukan yg kena tanggung..
so bila bola sepak negara nak maju??
saya juga menyampah dgn sikap penyokong, tp tak bermakna pasukan kelantan yg kena bertanggung jawab

Edyes said...

yer puteri,

betul apa puteri cakap.. takkan penyokong buat hal, pemain kena tanggung...

tapi langkah radikal mcm nie baru boleh sedarkan penyokong fanatik kelantan... mungkin lepas kena hukuman seberat tu, baru diorang behave skit.. kalau tak, sampai bila2 penyokong kelantan akan menyusahkan.

saya tak salahkan pasukan kelantan, saya pun pergi stadium tgk kelantan lwn selangor masa piala FA. Saya siap duduk dengan penyokong kelantan sebab kawe rama saing klate..

bila team kelantan hebat, mesti player2nya laku kalau team lain nak ambik.. so apa masalahnya kalau kita gantung pasukan kelantan selama setahun dua...?

Che Awe Donde said...

org klate

hang jang kalau nak gantung orang cepat bebenor. (cakap org perak)

yang aku marah benar kenapa fru dan polis tak boleh nak kawal, sedangkan kalau ada perhimpunan bantah ISA bukan main lagi fru dan polis (SB) membantai mereka sedang mereka datang bukannya bawak mercun mace penyokong klate hari sabtu tu.

kenapa tak dikerah kereta2 water canor tu, biar bagi penyokong klate yang gedebe tak kira tempat tu kecut telur mereka.

oleh itu aku cadangkan jika ada mana2 penyokong bola yang fanantik mace klate tu FAM kena minta bantuan FRU dan POLIS sehebat mereka berdepan dengan siri2 demostrasi yang dianjurkan oleh penantang ISA, BERSIH dll.

satu lagi FAM kenalah sikit buat pemeriksaan keatas penonton yg masuk siapa yg bawa beg galas atau porch bag periksa utk pastikan mereka tidak membawa senjata tajam, mercun atau pemetik api untuk mengelakkan perkara buruk berlaku.

aku said...

kawe setuju bena nge che awe donde

kaga said...

Penyokong kelantan memang minda tak berkelas......setaraf minda kandang B**I....suke sangat menyondol-nyondo....sikit-sikit menyondol sondol je tahu.....yang tak tahan tu sanggup tahan pukul penyokong N9 rilek la bai orang pun tengok bola....kalau dh fanatik sangat kau orang main sendiri je la kt kelantan tu..buat liga sendiri tak payah menyusahkan negeri-negeri lain nak main dgn kau orang .....sendiri main sendiri menang

Ahmad Tarmizi said...

Salah 1 cara nak disiplinkan penyokong ialah kuatkuasa kan peraturan kalau penyokong buat hal maka pasukan mereka akan bermain tanpa penonton mereka.Liga Inggeris rasa nya pernah buat macam ni kalau tak silap la...

Sekian

Anonymous said...

apa ni kaga dan sewaktu dengannya.!!!!

kau cakap elok2 sikit,aku ni penyokong kelate gak ,jangan sampai aku jugak no class..

aku tak bakar kerusi pun aku tak belash orang negeri sembilan pun.

apasal lak aku kena...baik kau cakap sebahagian penyokong kelantan yang buat onar tuuu...

geram betul aku ,asal orang lain buat silap semua orang kena.

lepas tu plak pemain kena gantung apalaaa...

saper plak nak bagi makan kat pemain2 tu..apa kerja dia orang lepas ni...

jangan plak sebab penyokong,bola kelate kena lingkup..

bila nak maju...bila nak tgk bola malaysia meriah mengalahkan bola dunia yang ternama..

sbb bola kelate masuk finallah ramai orang nak tgk bola malaysia ni..

tahun2 sudah mana ada ramai orang macam ni orang ambil perhatian..

ramai orang pun tak tahu siapa yang menang final tahun lepas.

tapi sejak akhir2 ni ramai nak tgk bola sebab permainan kelate sangat hebat

lepas tu plak ada plak pemain2 di sebahagian negeri berminat nak join kelate..


wassalam

Anjang B said...

Petikan drpd anon 102009 1200pm:

sbb bola kelate masuk finallah ramai orang nak tgk bola malaysia ni..

tahun2 sudah mana ada ramai orang macam ni orang ambil perhatian..

ramai orang pun tak tahu siapa yang menang final tahun lepas.

tapi sejak akhir2 ni ramai nak tgk bola sebab permainan kelate sangat hebat


"Iyer.. tak dpt dinafikan memang akhir2 ni pemain kelantan bagus dan sgt bagus.
kalau tak, takde kawan2 saya penyokong perak pun dah terpikat utk menyokong kelantan.

tapi antara faktor utama penyokong kelantan ramai sebab pembahagian tiket.
citer itu tak masuk pun dalam surat khabar pun.

'Ada segelintir' penyokong kelantan yg suka buat kecoh pun.
bukan sejak akhir2 ni jer, dah lama dah. Kebanyakkan mereka tiada tahap kesedaran. Maaf cakap. Itu yg buat penyokong lawan xberapa nak tgk final sebab dah tahu dah kecoh kelantannya. Cuma kali ini mendapat liputan meluas, itu pun dlm stadium jer xlagi diluar stadium. Waktu sebelum lawan dan sesudah lawan.