Sunday, November 15, 2009

Akhirnya Tulang Besi Dedahkan Rakaman Bai'ah



Rahsia parti dibongkar, Inilah yang berlaku dalam PAS.


sila klik sini untuk mendengar rakaman dan ulasan oleh Tulang Besi

sila klik sini untuk ulasan oleh Malaysiakini berikutan dialog / suara mirip PJ Selangor.


Bagi saya, jika seseorang itu punya iman yang kuat dan kongkrit, adalah tidak perlu bai'ah seperti ini yang boleh merosakkan bukan sahaja elelen berumahtangga, malah ia merosakkan agama.

Kita boleh bernazar, kita boleh bai'ah. Tetapi mengapa talak menjadi pertaruhan? mengapa rumah tangga, anak-anak, kehidupan menjadi mangsa?

Seperti yang saya sebut sebelum ini, jika kita benar-benar orang yang beriman, teguh kepada perjuangan menegakkan Islam, kita pasti tidak akan mengkhianati agama bangsa dan parti.

Begitu juga sekiranya ada dikalangan yb yang tidak segan untuk mengkhianati, maka kita redho dan berserah kepada Allah. Sesungguhnya jika jatuh satu negeri disebabkan oleh pengkhianatan beberapa YB, maka redholah. Pasti kita dan 'dia' mendapat pembalasan yang setimpal, kerana rakyat melihat !

Kepada Pakatan Rakyat, kembalikan keyakinan rakyat sepertimana kamu menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional suatu masa dulu. Rakyat perlu sebuah pakatan rasmi yang kuat, agar ia menjadi satu perlindungan demi menyelamatkan negara ini dari dijual sehabisnya oleh malaun pengkhianat bangsa.

Takbir !!

Allah Huakhbar !!

1 comment:

Art Pokon said...

setuju..

Tidak perlu dihalang pemimpin yang tidak berpendirian dan lemah. Dunia akhir zaman memang terlalu payah mencari pemimpin. Kita lihat saja... kerana kerana setiap perkara pasti ada hikmahnya.. takbirrr...