Monday, November 23, 2009

Husam Permata Keseimbangan PAS ! Manakan kita Mensiakan Husam ?

 Husam Musa adalah permata PAS, permata liberal PAS dan simbol kekuatan profesional PAS. Janganlah kita mensia-siakan seorang pemimpin yang bakal membawa kejayaan terhadap agama, bangsa, parti dan tanahair. Husam Musa adalah antara orang yang bertanggungjawab membuka lembaran baru persepsi umum terhadap PAS. Husam juga pembawa kestabilan dan keseimbangan dalam PAS. Jangan persiakan Husam Musa.

Hidup Datuk Husam !



 Husam: Saya tak akan tinggalkan PAS

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa turut menafikan yang beliau telah meletakkan jawatan dalam kerajaan dan PAS, sambil menyifatkan agenda menamatkan kerjaya politiknya oleh pihak luar “belum berakhir”.

Justeru, Husam menegaskan, beliau sama sekali tidak akan meninggalkan PAS di pertengahan jalan dan “sebagai murid dan ‘budak’ Tok Guru tidak akan mengangkat bendera putih” semata-mata kerana agenda Utusan.

Penafian serupa juga dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS itu juga menolak dakwaan perkembangan terbaru itu sebagai berlaku episod terbaru perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Kelmarin, Husam memberitahu The Malaysian Insider bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau dari kerajaan negeri.

“Mingguan Malaysia sekali lagi ‘memandang tinggi’ pada saya dengan berita provokatif muka depan.
“Beratus SMS, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan telefon sejak awal pagi adalah bukti ‘berita’ yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit,” kata Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan dalam blognya hari ini.

Husam juga menambah, beliau lega dengan penjelasan Nik Aziz yang menafikan laporan media hari ini.
“Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya — Tok Guru Nik Aziz,” ujar Husam.

Dalam tulisannya, Husam juga menjelaskan bahawa beliau kini mengalami sakit belakang dan doktor menasihatkannya agar kurangkan aktiviti. “Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti.

“Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh. Jangan lambat, kata doktor. “Saya maklumkan pada bos saya (Nik Aziz). Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain,” katanya.

Husam mengakui telah mengadakan pertemuan Nik Aziz pada Khamis lalu, yang meminta agar beliau tidak menangguhkan rawatan.“Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis. Apa kena-mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?“Letak semua pulak tu?” soal beliau.

Bagi memperkukuhkan hujahnya, Husam yang tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Jun lalu menjelaskan: “Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama?”

“Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?” tambah Husam dalam tulisannya.themalaysianinsider

5 comments:

Anonymous said...

sokong
YB Husam perlu dkekalkan bkn shja dlm Kelantan tapi dlm kepimpinan PAS ms hadapan..

Anonymous said...

Saya melihat ada kumpulan cuba mengeluarkam husam dari inner circle TGNA dan merupakan satu rancangan kumpulan tersebut untuk isolate TGNA dari penasihat-penasihat beliau seperti husam.

Kumpulan ini bertujuan untuk mengurangkan pengaruh TGNA didalam PAS. APabila TGNA telah dapat di isolate maka senanglah kumpulan ini memastikan tidak ada lagi bangkangan kepada agenda mereka.

Mungkinkah kumpulan ini adalah kumpulan penyokong UG dalam PAS? Saya merasakan iya.

Membaca kenyataan presiden PAS selepas mesyuarat khas PAS ekoran dari gesaan TGNA agar diadakan EGM, saya percaya kumpulan UG masih komited dengan agenda mereka.

Kumpulan ini masih wujud dan masih bergerak aktif dalam PAS.


bat8

sembang haroki said...

kalaulah UG dibincang secara syar'i, aku yakin UG akan diterima berbanding tahaluf. sehingga kini kalangan yang mempertahankan tahaluf membabi buta, kalangan yang menolak muzakarah, yang menerima agenda katak lompat916 belum lagi memberikan hujah syarak?

armouris said...

info tentang sakit belakang kat sini - Masalah Cakera Tulang Belakang

armouris said...

info tentang sakit belakang kat sini - Masalah Cakera Tulang Belakang