Wednesday, November 18, 2009

DAP Menghalalkan Judi ?



Saya berasa amat terkejut ketika berada di Perangin Mall Penang. Kedudukkan pusat membeli belah yang terletak betul-betul bersebelahan dengan KOMTAR ini tidak menghalang daripada dipenuhi kedai-kedai mesin judi.


Sedangkan di KOMTAR terdapat banyak pejabat kerajaan negeri mahupun persekutuan, Perangin Mall pula diperhias dengan kedai mesin judi termasuklah mesin yang terkenal iaitu mesin kuda. Di satu sudut yang begitu terbuka iaitu di pusat permainan kanak-kanak cosmic di tingkat 5, kita juga akan dapati pelbagai jenis mesin judi dan perjudian ala Ibrahim Pendek membaling dadu, "Mari kita tengok siapa yang kena...". Bezanya cuma balingan buah dadu diganti dengan balingan buah dart.


Token ditaruh atas bentuk-bentuk seperti segitiga, petak dan bulat untuk menghasilkan 8 kali ganda hadiah manakala taruhan atas warna pula akan memberikan 2 kali ganda pulangan. Setelah bertaruh, loceng dibunyi dan seterusnya buah dart dilontar. Apabila terpacak sahaja buah dart pada papan sasaran, sebuah kamera akan fokus kepada dart tersebut untuk menentukan 'siapa yang kena'. Saya lihat tauke jugak yang kena.


Jalan-jalan cari makan saya di Perangin Mall terhenti lama di satu kedai yang begitu mewah menjual DVD cetak rompak. Berpuluh-puluh rak yang menayangkan satu persatu tajuk movie dvd 9. Jika di KL, ia hanya terdapat di pasar malam dan anda harus membelek satu persatu berbanding di sini, anda boleh melihat semuanya sekaligus.


Apakah kerajaan DAP memberi laluan kepada para samseng kongsi gelap untuk bermaharajalela di Pulau Pinang? Saya memang tak puas hati dengan apa yang saya nampak di sini walaupun banyak juga DVD yang saya beli, kerana Perangin Mall berada di tengah-tengah Georgetown dan bersebelahan pula dengan bangunan pejabat kerajaan KOMTAR.


Jika perkara judi dan DVD ini bermula sejak zaman pemerintahan UMNO sekalipun, adalah menjadi tugas DAP untuk menghapuskan pusat2 perjudian mini seperti yang saya sebutkan di atas. Kita undi Pakatan Rakyat, termasuklah undi pada DAP untuk melihat perubahan! Oleh demikian, saya menyeru kepada Pakatan Rakyat supaya lebih peka terhadap pelbagai isu yang ditimbulkan oleh media perdana mahupun oleh blogger sendiri.


Pakatan Rakyat harus buktikan mereka membawa perubahan ATAU bersedialah untuk menghadapi kemungkinan perubahan undi pada PRU13 kelak.


edyes melaporan dari P.Pinang. Petang nie saya balik KL.

5 comments:

Anonymous said...

cik anon lg,
tu la..pandai sgt g berkwn ngan DAP. ko igt slama ni budaya rasuah dan salah guna kuasa kt malaysia ni umno yg create ke..xde maknenyer.ni budaya kapir cina tu..umno cuba mengawal je.

Toi'Toi' said...

Bagus tuan edyes!!
Bongkar! Bongkar lagi!
Biar PKR tahu benda ni.
Supaya PKR tidak terus leka.
Selesaikan masalah ini segera.
Kalau boleh masukkan dalam akhbar agar tindakan segera dapat diambil.
Tak kiralah zaman umno punya keje ker tidak.
Cepat ambil tindakan sebelum org menempelak kita.
Contohilah kerajaan Selangor sekarang. Banteras habis-habisan!

Anonymous said...

Tak pa...Ust Bakistani kata tak pa..sebab kita dalam proses dakwah.

Anonymous said...

Kau nak suruh halang apa benda? judi tu mmg permainan depa. asal berkumpul...main judi. mak bapak mampos pun main judi. dah korang nak sgt depa tadbir terima je la wei. nak kompelin buat apa.

akukau said...

ustaz bakistani kata pemimpin Pas aje yg perlu dibuang yg mana mahu kepada UG, pemimpin Dap tak aper dia tak faham lagi tentang islam. Selepas dkawah oleh ustaz bakistani mesti mereka faham sebab dia belajar dari kehidupan org lain.

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan