Tuesday, June 23, 2009

Menteri BN Banyak Turun Padang

Ini adalah berita yang cukup baik untuk rakyat Malaysia. Sekurang-kurangnya rakyat akan lebih didekati oleh menteri-menteri yang bertanggungjawab terhadap portfolio masing-masing.

Fenomena ini berlaku tatkala Kerajaan BN telah diasak hebat oleh pembangkang dari pelbagai sudut dengan PRU13 menjanjikan perubahan total bakal berlaku. Rakyat akan memilih pembangkang untuk sekurang-kurangnya satu penggal berbanding memilih BN yang telah diberi mandat selama 11 penggal. Walaupun telah 11penggal menguasai negara ini, BN masih dengan syndrom denialnya serta tidak bertanggungjawab terhadap nasib golongan miskin dan sederhana. Apa yang mereka lakukan hanyalah untuk kepentingan kroni dan mengkayakan golongan tertentu.

Sekarang kita dapat bagaimana pemimpin-pemimpin BN gigih untuk memenangi hati rakyat. Mereka tidak sedar bahawa tindak-tanduk mereka sebelum ini seumpamanya tidak mudah dilupakan oleh rakyat marhaen. Pemimpin Pakatan Rakyat juga boleh mengambil kesempatan untuk bersaing demi memenangi hati rakyat. Diharap ada inisiatif daripada kepimpinan Pakatan Rakyat untuk memastikan semua Adun dan Ahli Parlimen memberi komitmen serta lebih kerap turun kepada masyarakat setempat. Di samping itu, YB-YB seharusnya dikerah untuk lebih peka terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat dan pastikan tidak terlepas pandang bagi kes-kes yang melibatkan golongan miskin tegar.

Rakyat bijak yang memberikan undi kepada pembangkang pada PRU-12 Mac tahun lalu kini mendapat hasilnya apabila kerajaan yang memerintah sedikit sebanyak mulai tunduk kepada rakyat dan mula menyedari kuasa rakyat. Suasana ini tidak akan dapat dilihat sekiranya BN mengekalkan majoriti 2/3 seperti kebiasaanya.

Mengikut trend pasca PRU-12, rakyat semakin menolak BN. Ianya diambil kira dari beberapa siri pilihanraya kecil yang telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat secara berturut-turut dengan majoriti yang bertambah-tambah. Oleh kerana itu BN menggunakan segala helah termasuklah talian hayat mengaitkan Kerajaan Perpaduan dengan segelintir pimpinan Pas bagi mengeruhkan hubungan antara pemimpin di Pakatan Rakyat.

Kini UMNO dan BN akan berusaha lagi untuk memenangi hati rakyat setelah helah UG terkubur dek istiqomah pemimpin berkaliber Pakatan Rakyat. Janganlah kita khuatir kerana setiap usaha UMNO itu akan membuahkan hasil terhadap rakyat. Setiap lawatan Menteri itu pastinya ditabur serba sedikit 'ekonomi' kepada persekitaran yang dilawat. Perkara sebegini pastinya suatu yang baik jika berterusan dan ianya pasti akan berganda lebih baik apabila Pakatan Rakyat diberi mandat menjadi sebuah kerajaan yang baru pada pasca PRU13.

Marilah kita bersama memberi dokongan padu terhadap gugusan Pakatan Rakyat yang dipercayai bakal memberikan keadilan, kebajikan menyeluruh dan penambahbaikan taraf hidup terhadap semua golongan masyarakat di negara ini dan keutamaan seharusnya dianugerah kepada rakyat yang dikenalpasti sebagai golongan bawahan dan pertengahan.

Kita tidak perlukan Kerajaan Perpaduan tajaan BN. Kita akan bersama membentuk Malaysia baru di bawah sebuah kerajaan pusat. Ayuh marilah bersama dalam membentuk Kerajaan Kebajikan Rakyat yakni sebuah kerajaan yang menitikberatkan kebajikan rakyat keseluruhanya.

RE-FOR-MA-SI !

TAKBIR !!

6 comments:

Anonymous said...

Memang dah perasan dalam tv setiap hari keluar gambar dan cerita pasal menteri turun padang.
Siap berpeluh2 lagi berjalan kat kl tu.
Tunjuk hebat la tuh

acoy said...

1. Nyata sekali setiap parti mempunyai visi atau misi mereka sendiri.Apapon misi mereka,DAP,PAS,PKR amat yakin untuk merampas kerajaan pusat pada pilihanraya akan datang.

2. Apa implikasi idealogi mereka ini terhadap kaum melayu di Malaysia.Mari kita andaikan bahawa mereka akan menang pada pilihanraya ke -13.Mungkin setelah mereka menang, rakyat melayu Malaysia akan mendapat Perdana Menteri dan Timbalan yg baru.Mungkin mereka akan bersungguh2 menjana ekonomi negara dan pada masa yg sama menjaga hak2 dan maruah melayu(MUNGKIN).

3. Akan tetapi, apa yg akan jadi selepas itu.PKR sudah menetapkan bahawa tempoh had Presiden parti pada suatu jangka masa tertentu, DAP mahukan kesamarataan setiap kaum dan PAS masih mencari bentuk negara islam yg mahu mereka terbitkan.Makanya, Presiden PKR pon berubah, mungkin Sivarasa menjadi presiden.DAP mungkin setuju kerna Sivarasa bukan melayu.PAS mungkin akan berpuas hati kerana Sivarasa juga adalah penyokong PAS.Slogan "PAS for all" sudah terbukti.

4. Apa yg akan terjadi lagi selepas itu.Mungkin MIC akan dibubarkan dan ahli2 MIC akan masuk PKR.maka keanggotaan PKR akan bertambah.Nasib Presiden kaum India pasti akan terjamin kerana PKR mengamalkan demokratik ulung.Ahli2 boleh menentukan pucuk pimpinan.MCA juga akan dibubarkan dan diserap ke dalam DAP.Maka setiap kaum Cina akan berpuas hati kerana setiap kaum mendapat hak yg sama rata.Tidak perlu lagi mereka fikirkan nasib anak2 mereka untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara ini.Mugkin juga MARA akan memberi biasiswa kepada anak melayu,cina dan india.PAS masih menunggu Dewan Ulama Pas untuk mengeluarkan fatwa ber"Perdana Menteri"kan bukan islam.Haram ke..halal agaknya.

5. Apa yg terjadi kepada kaum melayu???Kaum melayu akan jadi hebat.Kaum melayu tidak lagi memerlukan tongkat untuk berjaya.Kaum melayu akan bersaing dengan kaum2 lain untuk mendapatkan biasiswa,tempat di universiti,pembelian rumah,saham2 amanah,tender2 kerajaan dan macam2 lagi.Pada masa itu Malaysia akan menjadi negara maju yg akan dicontohi.

6. Sebelum semua itu berlaku..renungkanlah,di mana anak2 melayu kini berada.Adakah di universiti luar negara,atau merempit di jalanan,adakah sedang menguruskan perniagaan atau sedang menikmati nikmat dadah durjana,adakah sedang mengira jumlah pendapatan atau sedang merana menanggung hutang,adakah sedang melihat tanah2 yg hendak dibeli atau berkira2 mengenai wang yg akan mereka terima hasil dari penjualan tanah warisan org terdahulu.

7. Kita bukan tidak mampu bersaing,kita mampu sebenarnya.Tetapi kita perlu sedar siapa diri kita yg sebenarnya.Kita adalah pemilik tanah melayu ini.Setiap masalah anak melayu ini perlu kita dengar.Setiap kesesatan dalam mengharungi masa depan perlu diperbetulkan.Kita tidak perlu menjadi paling demokratik untuk berlaku adil jika ahli di dalamnya tidak seimbang.Bukan seimbang dari segi kuantiti sahaja,tetapi seimbang dari segi pengisian sesuatu maklumat juga.Undi anak cina atau india dari lulusan luar negara memilih pemimpin tentulah tidak sama dengan undi anak melayu kampong yg tidak berpelajaran.

8. Melayu itu punya harapan untuk menjadi unggul.Terus la bersatu dan membangun bersama.Jangan la kita lalai terhadap agenda2 dari sesetengah pihak yg masih tidak pernah rasa cukup dengan apa yg telah mereka miliki.Tanah melayu ini tetap menjadi milik anak2 melayu yg akan datang.Hari ini kita hanya meminjam segalanya dari mereka.

Edyes said...

Guruh dentum berdentum..
Jangan dibuang air di tempayan...


Nasib melayu pasca PRU13 belum ditentukan lagi, namun kita sudah melihat nasib melayu yang semakin layu setelah 5dekad dikuasai parti elit UMNO.

itu terbukti.

independent malay said...

acoy kata MCA bubar masuk DAP, MIC bubar masuk PKR kenapa tak sambung terus UMNO bubar masuk PAS,jadilah PAS parti Melayu Islam yg teramai ahli & sekaligus menerajui Negara & mengikut PERLEMBAGAAN.Settle kes siapa nak jaga melayu ke, China ke, India ke,Kadazan ke dll. PAS kan for ALL.Tak gitu acoy?

Anonymous said...

tetap undi pas

aZRoy said...

jgn la dihebohkan ala kemusnahan PR yg setahun lebih, bandingkan kejayaan atas melayu kebanyakkan pada parti yg sudah lebih 50 tahun memerintah~