Tuesday, June 2, 2009

Gong Badak - Bukan Salah Kontraktor !! Ini salah alam...

Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini.

Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancul dan empat buah motosikal tertimbus.

stadium sultan mizan gong badak 020609Sementara itu, seorang wartawan sambilan - Sazali Mohd Nor - yang dihubungi Malaysia di tempat kejadian berkata, stadium yang berusia kira-kira setahun ini berkapasiti menampung kira-kira 50,000 penonton.

Menurutnya, stadium mempunyai dua bumbung - bumbung tinggi di sebelah kiri dan bumbung rendah di sebelah kanan.

Sazali berkata, yang runtuh adalah kesemua bahagian bumbung tinggi di sebelah kiri.

Sementara itu, sumber yang mengetahui mengenai projek tersebut, berkata beliau tidak terperanjat dengan kejadian tersebut.

Menurutnya, juruperunding-juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut telah lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama stadium yang dibuat oleh kontraktor asing.

"Walaupun sudah tahun memintanya dari kontraktor asng tersebut, difahamkan mereka masih belulm menerimanya," katanya.,

Sumber itu berkata, projek pembinaan stadium tersebut dijalankan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya. - mkini


edyes wrote:

Habis lagi duit rakyat...

Siapa nak bertanggungjawab, Menteri Kerja Raya? UPE? Kontraktor? Bambang? TGHA (masa memerintah tganu dulu)?

Saya percaya ini bukanlah kesilapan manusia kerana kos pembinaan adalah terlalu tinggi berbanding kos sebenar. Jadi, sudah tentu simen2 dan besi-besi yang mengikut spesifikasi digunakan.

Ini adalah kerana gempa bumi yang melanda selatan Pulau Sumatra. Ataupun kesan daripada Tsunami yang melanda Acheh beberapa tahun lalu. Jadi kita tak harus salahkan kerajaan, kita harus salahkan tuhan.... tuhan?

1 comment:

Toi'Toi' said...

Ini warning kepada kita manusia dibumi terpijak Malaysia

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan