Wednesday, June 17, 2009

Stapa Ali : Libatkan PKR dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan

Perbincangan mengenai kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno akan melibatkan juga dua lagi rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat, kata setiausaha agung PAS.

"Najib bercakap tentang Unity Government (kerajaan perpaduan), maka tidak boleh bercakap dengan PAS (sahaja), tetapi mesti bersedia untuk bercakap dengan PKR dan DAP.

mustafa ali pas pc 170609“Jika Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak bersedia dengan syarat terbaru itu, "kami tidak akan mengadakan perbincangan dengan Umno," kata Datuk Mustafa Ali.

Kenyataan PAS ini dilihat sebagai usaha meredakan bantahan daripada PKR dan DAP yang sebelum ini menyatakan idea tersebut tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat gabungan pembangkang dan juga menolak saranan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bantahan terhadap cadangan kerajaan perpaduan juga muncul dalam PAS, khususnya Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Mustafa mengumumkan sikap terbaru PAS itu dalam satu sidang media khas bagi menjawab kenyataan Najib, yang juga perdana menteri, semalam yang menyatakan beliau percaya parti Islam itu ikhlas untuk berbincang.

Menurutnya lagi, beliau juga telah memaklumkan sikap terbaru PAS itu kepada Abdul Hadi yang kini berada di luar negara.

“Tidak akan khianati kawan’


Menurut Mustafa, sepanjang rekod PAS dalam politik, ia sentiasa menghormati perjanjian kerana ia merupakan salah satu dasar perjuangan parti tersebut.

"PAS bersama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. (Jadi) PAS tidak akan mengkhianati kawan-kawan.

"PAS tak akan tinggal Pakatan Rakyat, tidak akan khianati rakan-rakan kita," tegas Mustafa.

Bagaimanapun, kata Mustafa, perbicangan berhubung isu-isu tertentu yang melibatkan kepentingan negara, diteruskan walaupun tidak disertai oleh PKR dan DAP.

Katanya, ini kerana setiap parti mempunyai pendirian masing-masing berhubung sesuatu isu yang timbul.

Beliau memberi contoh berhubung cadangan membawa pulang bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dan isu Sekolah Agama Rakyat (SAR)

"PKR dan DAP bersetuju (bawa Chin Peng pulang) tetapi PAS tak setuju.

"Isu SAR, takkan nak bincang dengan DAP dan PKR, maka bincanglah dengan PAS," kata Mustafa.

Ulas cadangan KPP

Beliau juga menjelaskan penglibatan PAS dalam perbincangan kerajaan dalam Majlis Pembangunan Ekonomi Negera pada tahun 1989-1990.

"Ketika itu, pada zaman (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). Saya mewakili PAS bersama lima orang lagi. Kita berbincang, tidak bererti kita bersama dengan Umno,” katanya.

Ditanya sama ada sikap terbaru PAS ini akan dimaklumkan kepada Nik Aziz, untuk menghilangkan salah faham, Mustafa berkata:

"Saya terang hari ini, kalau media terang perkara (sikap terbaru) ini, insya-Allah mereka boleh fahamlah. Kalau buat penjelasan yang betul, saya tidak khuatir, orang akan faham."

Ditanya adakah sikap terbaru ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat minggu depan, Mustafa berkata;

"Mungkin akan dibincangkan dalam mesyuarat itu sebab ia perkara besar," katanya.

Menjawab soalan pemberita berhubung gesaan Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan kepada penyokong kerajaan pepaduan supaya tidak berkempen di pilihanraya kecil Manek Urai, Mustafa berkata:

"Dia tidak boleh wakil PAS. Dia kelab penyokong. Itu pandangan dia sahaja. Kita pun tak larang orang nak bercakap apa pun."-mkini


edyes wrote:

Pada pandangan edyes, kita TIDAK PERLU SAMA SEKALI Kerajaan Perpaduan.

Kita boleh nyahkan UMNO dan BN pada PRU akan datang. UMNO led BN tidak lagi relevan!!!

50 tahun boleh bersabar, takkan 4-5 tahun tak boleh tunggu. Demi kerajaan kebajikkan, demi sebuah kerajaan yang berlandaskan Islam !

sila refer di sini(TGNA desak Nasha keluar PAS)

di sini (Kickdefella : Racun Lipas dan Gam Tikus)

dan di sini (Kerajaan Perpaduan Boneka UMNO)


No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan