Wednesday, June 17, 2009

Kickdefella : Racun Lipas dan Gam Tikus...

Dua malam lepas, bapa saudara saya yang tinggal di kampung Tikat dekat Penambang meninggal dunia. Sewaktu menziarahinya, kenangan semasa kecil menyentuh hati saya. Di situlah saya belajar turun ke sawah padi dan terjun ke dalam sungai.

Kampung Tikat, tak lebih 10 kilometer dari pusat bandar adalah sebuah daripada kampung yang paling mundur di Kelantan satu ketika dulu iaitu sejak BN merampas semula Kelantan daripada PAS setelah PAS diusir dari BN.

Sepupu-sepupu saya yang tamat persekolahan semuanya gagal mendapat pekerjaan dalam perkhidmatan awam. Mohon untuk menjadi rekrut tentera pun tidak dapat kerana alamat rumah mereka di Kampung Tikat.

Penduduk kampung Tikat di diskriminasikan oleh Kerajaan Barisan Nasional sama ada dari segi pembangunan, pembahagian baja, biasiswa dan jawatan di dalam perkhidmatan awam. Nasib penduduk di situ sama seperti beberapa kampung lain kerana penduduk di situ secara bulat mengundi PAS di dalam pilihanraya negeri 1977.

PAS tewas teruk dan hanya mampu memenangi 2 kerusi DUN setelah berlaku perpecahan di dalam parti itu yang berpunca dari penyertaannya ke dalam BN pada tahun 1971.

Di dalam pilihanraya pertama setelah 13 Mei 1969, iaitu pada tahun 1974 menyaksikan PAS bertanding di atas label BN dan menentang beberapa pemimpin mereka yang keluar parti dan menamakan diri mereka Bebas Bersatu.

Setelah memenangi Kelantan di atas label BN, PAS hilang kuasa didalam menamakan calon mereka sebagai Menteri Besar sebaliknya keputusan itu dibuat oleh pemimpin UMNO. Akibatknya Mohd Nasir dari PAS di angkat menjadi MB walaupun dia bukan pilihan PAS. Akibatnya berlaku undi tidak percaya kepada Mohd Nasir dan dia ditumbangkan pada tahun 1977.

UMNO kemudiannya mengusir PAS keluar dari BN. PAS yang masih mempunyai majoriti di dalam Dewan Negeri Kelantan memohon perkenan Pemangku Sultan Kelantan supaya dilantik Menteri Besar baru dari nama yang dicadangkan oleh PAS. Istana Kelantan bagaimanapun memilih untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Kelantan dan ini membangkitkan kemarahan rakyat.

Akibat dari rentetan insiden yang berlaku, Ibrahim Ali dan beberapa pemimpin UMNO telah mengapi-apikan keadaan sehingga berlaku rusuhan. Akibatnya, Parlimen mengisytiharkan Kelantan diperintah di bawah akta Dharurat.

Sepupu-sepupu saya ketika dibesarkan oleh ayah mereka menerusi pendapatan dari bergatih beca. Usaha mereka untuk membantu ayah mereka dengan berkerja di dalam perkhidmatan awam atau tentera tidak tercapai kerana diskriminasi politik.

Akhirnya, sepupu perempuan saya yang juga anak yang sulung dikahwinkan dengan seorang pekerja di Restoran Nasi Sumatera Osman Laring. Selepas Osman Laring meninggal, si suami membuka kedai makan sendiri. Adiknya yang gagal mendapatkan perkerjaan ataupun melanjutkan pelajaran walaupun lulus MCE akhirnya menjadi tukang basuh pinggan di restoran abang iparnya.

Bagaimanapun, dua hari lepas di saat ayah kesayangan mereka menghembuskan nafas terakhir, 4 dari sepupu saya tidak dapat berada disini ayah mereka kerana mereka kini memiliki lebih dari 10 buah rangkaian kedai Nasi Ayam Kampung di sekitar Lembah Kelang.

Kalau dahulu mereka dilahirkan di sebuah pondok kayu usang, saat ayahnya meninggalkan mereka, rumah itu sudah berganti banglow batu sederhana. Kalau dahulu ayah mereka hidup tertekan dan mereka mengharapkan derma dan sumbangan, kini mereka adalah antara penderma utama termasuk sumbangan politik kepada PAS.

Saya menggelarkan mereka jutawan Nasi Ayam Kampung. Tetapi mereka tidak pernah berubah. Mereka terus setia kepada resam hidup mereka sewaktu miskin dahulu dan mereka terus setia bersama parti politik yang mengajar mereka ilmu dunia dan akhirat.

Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS tidak berasal dari Kelantan. Dia juga tidak berasal dari Kedah. Tetapi hari ini, tentu sekali dia adalah manusia paling gembila mendengar kenyataan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Dato’ Seri Najib Tun Razak, hari ini mengakui keiklhasan PAS di dalam mengesyorkan Kerajaan Perpaduan bersama UMNO. Kenyataan Najib hari ini seharusnya di baca begini,

“Keikhlasan kerjasama Nasharuddin Mat Isa dan Leftenan Jeneral Wan Abu Bakar untuk melupakan usaha mempertahankan kepimpinan Pak Lah dan kini berusaha mengembalikan legasi Tun Abdul Razak di terima Najib”.

Setelah sekian lama bermain secara rali di mana bulu tangkis dipukul ke sana ke mari di kedua-dua belah gelanggang tanpa maklamat yang jelas, akhirnya Najib memberikan bola tanggung.

Nasharuddin yang sudah lama menantikan peluang itu akhirnya menerkam untuk smash. Nasharuddin segera menjawab kepada media, “terima kasih atas kesudian Najib berbincang pelbagai isu yang dihadapi negara tetapi berkata PAS tidak akan jadi boneka kerajaan”.

Pertama kali dilihat seolah-olah Najib dengan Nasha bercakap macam itik dengan ayam. Apakah mereka sebenarnya bermain badminton di gelanggang berlainan?

Berikut adalah laporan The Star,

When asked if he thought PAS was sincere about the talks, Najib said: ”I sense that they are sincere.”

Pressed further whether he was confident that such talks would transpire, he said : “Ini baru titik permulaan. Kita kena risik dulu lah. Macam kita nak kahwin. Risik-risik dulu. Jadi, jadilah, takdir menentukan. Apa bentuk kita tak tahu. (This is just the starting point. We have to make inquiries first. It’s like when we want to get married. We make inquiries first. If happens, it happens, let fate decide. What form (of unity government) we do not know.”

“We have an open mind. We will see what sort of cooperation is suitable and after that we can discuss. There is no problem to it,” he said.

In an immediate response, PAS deputy president Nasharudin Mat Isa welcomed Najib’s willingness to talk on issues affecting the country.

However, he stressed that PAS would not be the Government’s puppet.

Memang jelas bahawa PAS tidak akan menjadi boneka UMNO. Yang jelas akan menjadi bahkan sudah lama menjadi boneka UMNO ialah Nasharuddin Mat Isa, begitu juga Mustaffa Ali, Harun Din, Hassan Ali dan kawan-kawan mereka dari Terengganu.

Apabila datang ke Kelantan minggu lepas ternyata Nasha lebih selesa diselimuti hawa dari penghawa dingin di hotel paling hebat di Kota Bharu daripada dibakar bahang melawat kawasan parlimennya di Bachok.

Mengapa tidaknya, di serata persimpangan jalan ke Kota Bharu, bahkan di pintu masuk utama ke Kompleks Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, terpampang jelas banner-banner yang menyokong Tuan Guru Nik Aziz di dalam usaha menentang gagasan Kerajaan Perpaduan bersama BN.

Kalau dibandingkan diantara sepupu-sepupu saya dan Nasharuddin Mat Isa, saya yakin sepupu-sepupu saya jauh lebih kaya baik dari segi harta maupun wang tunai. Tetapi mereka tidak memilih untuk hidup di dalam ‘Gated Community” di dalam kawasan esklusif yang hanya menempatkan 30 buah banglow sahaja seperti Timbalan Presiden PAS.

Mereka juga tidak pernah mengumpul kekayaan dengan memohon projek dari Kerajaan Negeri Kelantan seperti Nasharuddin Mat Isa. Apalagi mengaut untung atas angin menerusi projek perumahan rakyat?

Mungkin sebab itulah, sepupu-sepupu saya tidak perlu berbaik dengan UMNO dan bercerita pasal agenda Melayu. Kejayaan mereka bukan kerana UMNO dan bukan melaui MARA. Sebagai warganegara Malaysia, sepupu saya menjunjung Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.

Sepanjang hidup mereka, mereka berserah kepada Yang Maha Kuasa dan mereka buktikan bahawa untuk orang Melayu berjaya, orang Melayu tidak perlu berserah kepada UMNO.

Nasharuddin Mat Isa sebagai pemimpin kanan gerakan Islam, seharusnya belajar dari penderitaan sepupu saya. Allah lebih berkuasa daripada UMNO Barisan Nasional.

- sheikh kickdefella


No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan