Monday, June 15, 2009

Jangan Tahan Kencing

Ingin saya nasihatkan kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan juga kepada semua pengunjung edyesdotcom, agar cuba sedaya upaya untuk tidak menahan kencing.

Jika berada di pejabat, jangan segan untuk berulang-alik ke bilik air. Begitu juga ketika berada di rumah, dan ketika berada di shoping complex. Jika sedang memandu, sebolehnya carilah tandas awam dan sekiranya berada di highway, jangan terlepas hentian rehat seterusnya. Masalah buang air di lebuhraya seharusnya lebih mudah untuk lelaki.

Jika ingin menonton wayang, pastikan anda ke tandas terlebih dahulu sebelum panggung bermula dan pastikan juga anda tidak minum banyak air sewaktu menonton untuk mengelakkan rasa hendak kencing itu kembali.

Saya telah ditahan di ward hospital pantai dari hari Ahad sampai hari Rabu minggu lepas angkara molekul-molekul kencing yang telah bertukar menjadi sel batu karang. sekependudukan batu karang tersebut di celah saluran urea dan buah pinggang telah mengganggu sistem kumbahan kecil saya dan ia mengakibatkan kesakitan yang membuatkan saya atau sesiapa sahaja yang sedang memandu akan berhenti ke bahu jalan.

Nasib saya baik kerana mempunyai seorang isteri yang pandai memandu SAMBIL menjaga anak. Dengan bantuan anak sulung yang berumur hampir 4 tahun, menghalang adik daripada terus cuba untuk mendapatkan mamanya yang sedang memandu di kala papanya berguling di belakang.

Walaupun serangan sakit di bahagian pinggang akibat batu karang itu tidak sehebat serangan sakit jantung, namun ia cukup menyedarkan kita betapa apabila sedikit nikmat itu di tarik, kita akan berasa seperti tidak mahu bernafas kerana setiap nafas itu mengundang sakit. Apabila nikmat hidup sihat itu sedikit di tarik, makan pun dalam was-was dan tidak berselera.

Saya percaya kesakitan yang saya alami beberapa hari dalam minggu yang sudah adalah sebuah ujian yang tersangatlah kecil yang seharusnya memberikan serba sedikit kesedaran kepada saya dan ingin saya kongsi kesedaran itu bersama pengunjung. Ramai lagi orang yang lebih menderita dan bersabar terhadap dugaanNya. Dugaan saya hanyalah sebutir pasir di celah pinggang sahaja.

Bersyukurlah terhadap nikmat hidup sehat yang dikurniakan. Saya pun dah sehat sekarang walaupun pinggang sedikit berdenyut-denyut. Beringatlah kepada Allah yang memberi nikmat kehidupan.

Akhir sekali, selagi boleh, janganlah tahan kencing.

4 comments:

MariaFaizal said...

Have a steadfast recovery bro.

joe penang said...

Cuba rawatinya dengan perubatan JAWI HPA

http://duniaherbahpa.wordpress.com/2006/09/28/malac-herba-batu-karang/

Insya Allah

lovespiraldownwards said...

bukan setakat hal tahan kencing je. air kosong tu minum byk. bila kurang air dlm badan, tu yg jadi batu..

Edyes said...

Terima kaseh atas informasi.

Di harap ianya sedikit sebanyak menjadi panduan kepada pengunjung lain.

salam

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan