Thursday, August 28, 2008

Tambang Bas Naik 15 Sept ! Naik 30% Sempena Raya

Kerajaan membenarkan pengusaha bas mengenakan surcaj 30 peratus ke atas harga tiket bas ekspres dan bas henti-henti bagi musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar berkata kadar surcaj, yang berkuatkuasa selama sebulan mulai 15 Sept ini, langkah sementara sebelum kementeriannya membuat keputusan kenaikan kadar tambang.

"Pelaksanaan surcaj ini adalah bagi membantu pengusaha bas ekspres mengurangkan kos operasi selepas mengambil kira pelbagai pandangan dan maklum balas serta keluhan daripada mereka," katanya, lapor Bernama, pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.


edyes wrote:

Saya tidak pasti samada kenaikkan sebegini dikatakan 'ambil kesempatan' atau tidak, kerana saya faham apabila permintaan meningkat maka harga barang / perkhidmatan pun meningkat. Ianya tidak dinafikan berkadar terus.

Tetapi mengapa dalam keadaan rakyat menghadapi masalah kewangan dan terdesak oleh faktor inflasi yang tinggi, kerajaan mengambil langkah yang 'menjaga keluhan hati' para pengusaha bas. Apabila tiba musim perayaan, dijangkakan perolehan pengusaha bas juga akan meningkat kerana bas-bas yang digunakan pasti penuh penumpangnya pada setiap perjalanan.

Jika pengusaha bas mengeluh, kami sebagai pengguna juga mengeluh dengan kenaikkan yang agak tinggi ini iaitu 30%. Bukankah kerajaan telah menurunkan harga diesel ? Bukankah harga diesel bagi pengusaha bas adalah jauh lebih murah?

Kami juga merasai keperitan hidup dengan kenaikkan pelbagai kos namun mengapa keluhan kami tidak diambil kira berbanding dengan keluhan pengusaha bas?

Ingin saya cadangkan, sekiranya kerajaan benar-benar prihatin terhadap kedua-dua belah pihak iaitu pengguna dan pengusaha, adalah lebih baik jika kenaikkan tersebut hanya berkadar 15% sahaja.

Seperti yang saya katakan, kita juga faham NASIB si pengusaha bas. Tapi siapakah yang faham akan nasib kami yang cukup terbeban ini....

1 comment:

Anonymous said...

salam edyes,

mungkin ini adalah musibah dapat menteri yang tak berpandangan jauh. nampaknya dah ikut cara 'bos' dia suka bagi gula-gula.

saya rasa rakyat tak kisah kalau tambang bas dinaikkan sikit. tapi biarlah dengan cara yang betul. Ini setelah masuk 3 bulan harga minyak dinaikkan, masalah tambang bas masih tak selesai. nampak sangat menteri tak buat kerja.

malang betul kita semua