Thursday, August 7, 2008

Anwar Dibenar Ikat Jamin


oleh malaysiakini

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan penghujung Jun lalu.

Pihak pendakwa tidak membantah Anwar dibenar ikat jamin dan mencadangkan ketua umum PKR itu dikenakan jaminan RM20,000 dan menyerahkan pasportnya.

Hakim SM Komathy kemudiannya membenarkan Anwar menjamin dirinya sendiri.

Hakim menambah, Anwar juga tidak perlu menyerahkan pasportnya kerana yakin mantan timbalan perdana menteri itu tidak akan melarikan diri.

Beliau juga menetapkan kes itu disebut pada 10 September depan di Mahkamah Tinggi untuk menetapkan tarikh perbicaraan.

Anwar dihadapkan ke mahkamah hari ini ekoran laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saiful pada 28 Jun.

Kertas pertuduhan itu berbunyi:

Bahawa kamu pada 26 Jun 2008, antara jam antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya; dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Sekiranya disabitkan menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, kamu hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebatan.

Beliau keluar dari mahkamah jam 11.10 pagi dengan disambut kira-kira 1,000 penyokongnya yang berada di beberapa tempat, termasuk di perkarangan kompleks mahkamah dan di luar pintu utama.

Anwar tiba di kompleks mahkamah itu pada jam 9.38 pagi tadi untuk menghadapi tuduhan liwat.

Mantan timbalan perdana menteri itu kemudiannya menaiki lif mahkamah pada jam 9.52 pagi dipercayai untuk di bilik mahkamah.

Sebelum ini, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng membaca kenyataan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat berhubung kes terhadap Anwar.

Beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang menyifatkannya sebagai satu kezaliman politik terhadap Anwar.

Hadir sama ialah naib presiden PAS Datuk Husam Musa. Pada waktu itu kira-kira 100 orang penyokong Anwar turut hadir memberi sokongan.

Anwar diwakili oleh sepasukan tujuh orang peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah. Peguam lain termasuklah Sivarasa Rasiah, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon dan Leela J Jesuthasan.

Terdapat juga peguam pemerhati bagi pihak Majlis Peguam dan badan hak asasi manusia yang berpejabat di Washington, Paris dan Bangkok.

Sementera itu, polis mengadakan sekatan jalanraya di jalan-jalan utama masuk ke bandaraya.

Keadaan itu menyebab kesesakan lalulintas yang teruk menuju ke bandaraya.

edyes wrote:

ok, Anwar bebas.

Malam ini kita jumpa di Kg. Medan bagi mendengar sendiri pembongkaran mengenai 'fabrication evidence'.

RE-FOR-MA-SI !!

No comments: