Pengundi di Permatang Pauh akan menentukan ahli parlimen baru kerusi itu pada 26 Ogos ini dalam satu pilihanraya kecil yang paling dinanti-nantikan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula selepas tiga penggal.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat hari ini menetapkan hari penamaan calon pada 16 Ogos.
Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.
edyes wrote:
RE-FOR-MA-SI !!!
Penamaan Calon 16-08-08 (Sabtu)
Hari buang undi 26-08-08 (Selasa)
Mereka sengaja meletakkan hari mengundi jatuh pada hari bekerja iaitu pada hari Selasa. Mengikut perkiraan anasir yang tidak bermaruah ini, Pilihanraya yang jatuh pada hari bekerja di tengah-tengah minggu bakal menyebabkan kehadiran rakan negeri lain sedikit terjejas.
Namun begitu, tidak kiralah hari apa pun undi akan dibuang, kita tetap akan menggunakan segala kuderat yang ada untuk memastikan kemenangan lebih besar di pihak Pakatan Rakyat.
Perubahan itu tidak dapat dielakkan. Mari bersama menuju ke arah Malaysia Baru !! Kita berhak mempunyai Malaysia yang jauh lebih baik !!!
No comments:
Post a Comment