Tuesday, August 19, 2008

Helah Disebalik Keganasan yang Dicanangkan


Oleh PerakExpress

Semalam aku ronda seluruh P44 Permatang Pauh. Mula-mula aku stop aku Seberang Jaya. Bendera masih belum banyak dan poster calon pun belum sampai lagi. Kat Seberang Jaya, pondok panas BN memang banyak berbanding pondok panas PKR, tapi pasai apa kosong tak ada orang? Aku jumpa sorang member Umno Permatang Nibong kat situ dan cuba la korek sikit-sikit info. Dia ni pun takut nak cakap. “Kita jumpa kat Permatang Nibong sat lagi, ada cerita hot!”

Aku pun pi kat Jalan Sembilang. Depan Bilik Gerakan PKR, selonggok buluh untuk buat tiang bendera terlonggok kat tepi jalan dan ada sorang reporter tengah ambil gambar. Ambil gambar buluh nak buat apa? Aku pun ikut gila macam dia, snap satu shot. Bila aku sembang dengan dengan member-member PKR, baru aku perasan. BN la ni sedang cuba untuk menggunakan isu keganasan dalam pilihanraya ini. Dan aku tak tolak kemungkinan, buluh yang nak buat tiang bendera ni pun akan diputarbelit, kononnya nak buat senjata. Jadi sebelum depa putarbelit cerita ni, baik aku siarkan dulu.

Orang-orang PKR kena standby dengan isu-isu keganasan ni. BN akan all-out dengan isu keganasan, untuk menakutkan pengundi dari keluar mengundi.

BN tau depa akan kalah kalau pilihanraya diadakan secara adil dan bersih, jadi depa akan gunakan apa saja untuk menghalang pengundi dari keluar mengundi. Hari mengundi dibuat pada hari bekerja. Kebanyakan pengundi Permatang Pauh bekerja di Prai ataupun Pulau Pinang. Siapa yang kerja shift pagi, dah tentu sukar untuk mengundi. Tang sini pun pun, sekitar 5,000 pengundi mungkin tidak dapat keluar mengundi.

Kemudian disogok pulak dengan cerita-cerita tentang keganasan, saja nak bagi takut pengundi untuk keluar mengundi. Punya la haprak.

Dari Jalan Sembilang, aku pi kat Kg. Pertama. Bilik gerakan Kg. Pertama ni terletak kat Jalan Permatang Nibong dan kat situ la aku jumpa member Umno kat Seberang Jaya tadi. Dia bagi tau, orang-orang Jalil merajuk dan sudah jumpa dengan orang PKR, depa akan sokong Anwar. Jalil mesti frust bila tak terpilih, dan peluang untuk mempertahankan jawatan Ketua Bahagian akan musnah, kalau Arif Shah menang dalam pilihanraya ni. Mahu tak mahu, Arif Shah mesti ditewaskan oleh orang Umno sendiri. Dan orang-orang Jalil akan memastikan undi depa pi kat Anwar.

Keputusan memberikan undi kepada Anwar ni dibuat selepas pengumuman Najib tempoh hari. Selepas saja pengumuman calon, Jalil dan orang-orangnya berkumpul dipejabat Jalil di NB Plaza, depan Pacific Megamall sampai 3 pagi.

(Walaubagaimanapun, keputusan ini telah diketahui oleh Najib, dan semalam….Najib menawarkan satu juta ringgit kepada Jalil. Baca Cucumatkilau)

Dalam lawatan kePenanti, Padang Ibu dan Guar Perahu , aku jumpa dengan Sdr. Suhaimi. Dan dari cerita beliau, Hanya Kg. Padang Tembusu yang masih susah nak masuk. Petugas PKR yang nak masuk kampung tersebut dihalang oleh petugas Umno. Hari ni, depa akan masuk lagi.

edyes wrote:

Ada kemungkinan besar bahawa berita yang disiarkan mengenai repoter dibelasah sewaktu hari penamaan calon adalah rekaan semata-mata. Ianya merupakan satu muqadimah sandiwara UMNO bagi menjejaskan pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Rupanya negara ini sudah menyamai negara-negara dunia ketiga yang seperti kita maklum, rakyatnya ditakut-takutkan untuk keluar mengundi. Bayangkan, jika sepanjang tempoh kempen ini terdapat pelbagai jenis keganasan, sudah tentu orang-orang kampung berfikir dua kali untuk membuang undi. Ini adalah TAKTIK KOTOR !!

Saya berharap pengundi di Permatang Pauh cekal menghadapi sebarang propaganda dan tidak takut untuk memerangi kejahatan kerajaan Barisan Nasional.

Masa depan negara sekarang ini berada di tangan pengundi Permatang Pauh. Sudah tentu mereka ini akan dimomokkan dan tidak kurang juga yang di'sogok'kan. Rakyat Malaysia mahukan perubahan, begitu juga dengan penduduk Permatang Pauh.

Lawan tetap Lawan !!

No comments: