Wednesday, January 22, 2014

Bila Sinar Sebenar Akan Menjelma?

Bila Sinar Sebenar Akan Menjelma?

Sinar mentari tahun 2014 di mulakan dengan penuh kesuraman. Setiap ibu bapa pasti merasai kesakitan yang teramat perit untuk menjengah ke tarikh ini. Dimana nak cari duit untuk menyekolahkan anak. Persoalan ini menjadi satu mimpi buruk dan seakan mahukan mentari 2014 disekat agar tidak menjelma selamanya.

Anak anak yang merengek meminta itu dan ini mengacah-ngacah ke telinga seumpama sembilu yang sangat tajam. Tidak mahu melayan, ia keperluan. Mahu melayan dia sangat kesempitan. Ketika ini malam-malam Jumaat tidak lagi menjadi mimpi gembira untuk pasangan. Mereka hanya mengharapkan bulan tiba-tiba menyinarkan emas dan wang ringgit dan jatuh terletak elok di bawah bantal agar esok ibu bapa dengan wewenangnya ke supermarket membeli kesemua permintaan anak-anak.

Tindakan kerajaan Najib "mengurangkan" subsidi minyak dan seribu kenaikan lain menjadikan kesuraman itu benar benar ranum pada tahun 2014. Kesemuanya tidak mampu bertahan untuk tidak naik lagi. Lepas satu satu kenaikan berlaku. Jeritan dan amaran oleh kementerian berkaitan harga barang dipandang cukup sinis. Sehinggakan apa saja yang terbit di mulut menterinya dianggap lawak dan dogengan seorang yang sangat bodoh. Dengan muka seolah seorang pelawak ia mencukupkan lagi drama itu. Kesian.

Najib yang sebelum ini juga kurang dihentam menerima akibat yang sama. Kangkung yang hanya sebenarnya dijadikan contoh menjadi bahan lawak sehinggakan BBC London turut terlibat. Ia cukup cukup memalukan. Rakyat seolah tidak mempedulikan sesiapa lagi yang hendak di disegani.

Disaat segalanya berlaku, tiba tiba hari ini ibu bapa dipanggil ke sekolah untuk menerima bantuan RM100 untuk setiap murid. Program bermula pukul 2 petang, pukul 11 pagi ibu bapa sudah mundar mandir di sekolah menanti dengan penuh sabar kehadiran pemuka pemuka kerajaan hadir untuk memberikan nyawa itu.

Senyum sepanjang jalan, melenggang seolah bakal mendapat durian runtuh yang berharga sejuta. Itulah nilainya masayarakat kita. Bila sang penceramah memulakan bicara dan memuji memuji sang kangkung, rakyat mengangguk bersetuju sambil tersenyum melebar. Hampir kesemua bicara yang disampaikan diterima dengan penuh percaya.

Ini kenyataan. Dan kenyataan ini akan berulang ulang setiap masa. BR1M bakal muncul lagi. Sekali lagi pak menteri kedai kopi yang setiap hari berbekalkan secawan kopi yang bisanya sangat tidak terperi di kedai kopi akan tunduk tak mengerti. Sesuatu harus di fikirkan agar budaya ini mati. Biar kuasa melawan kekal abadi untuk menghentikan kebodohan ini.

Bersama kita fikirkan untuk generasi yang lebih bahagia walau tahun baru menjelma.

Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan

1 comment:

Anonymous said...

Kisah pertelagahan antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali bukanlah

satu rahsia lagi. Di dalam PKR sendiri telah wujud 2 kem samada

yang menyokong Khalid atau Azmin. Kini timbul lagi cerita mengenai

pergolakan dalaman PKR. Daripada maklumat yang diterima melalui

sumber dalaman PKR, telah ada perancangan untuk menjatuhkan

strategis parti itu, Rafizi Ramli. Sumber berkenaan mendakwa,

beberapa maklumat mengenai kegiatan Rafizi yang sumbang semasa

berada diluar negara sedang dikumpulkan.