Kenyataan Umum
13 September 2013
Kudeta Perak: Pemenjaraan Segera 13 Aktivis Satu Kekejaman!
Hari ini menyaksikan satu lagi siri hitam pasca PRU berlaku apabila 13 peserta demonstrasi menentang rampasan kuasa negeri Perak dipenjara serta-merta.
Keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kepada semua aktivis yang membantah kudeta di Bukit Chandan pada 6 Februari 2009 adalah kejam dan tidak berhati perut.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras agar semua peserta demo dibebaskan segera bagi memberi laluan kepada pembelaan rayuan di mahkamah tinggi yang dinotiskan oleh peguam.
Kerajaan pemerintah yang sebelum ini pernah menjatuhkan kerajaan sah negeri Perak melalui rampasan kuasa, hari ini telah menunjukkan belang taringnya menggempur rakyat yang hanya menyuarakan bantahan. Selepas menang PRU13, kerajaan kini boleh lakukan apa sahaja demi menunjukkan kekuasaan mereka bertujuan menakutkan rakyat.
Ketika pembunuh dibebaskan, ketika perasuah dan peragut wang rakyat berprofile tinggi diberi hukuman yang cukup ringan, 13 rakyat yang menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa diberi hukuman cukup berat dan tidak setimpal. Malah 13 rakyat biasa ini dilayan seperti penjenayah berat!
SAMM mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kamu hari ini tidak punya pilihan selain terus menderita dalam negara sekejam ini, ketika ruang demokrasi ditutup dan jika bersuara akan dihukum dengan seperti penjenayah.
Hukuman yang tidak mengambil kira soal kemanusiaan ini juga bersifat seperti di zaman penjajah. Dengan tekanan terhadap rakyat seperti ini, apakah kita sudah benar-benar merdeka?
Justeru SAMM menyeru semua rakyat khususnya anak muda supaya bangkit dan lawan. Ayuh bersama SAMM Perak, turun ke penjara Tapah memberi solidariti kepada 13 saudara kita yang dianiaya oleh regim legasi penjajah.
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia
4 comments:
DYMM Sultan2 dan Agung bertindaklah keatas rakyat2 tuanku yg dizalimi. Patik rakyat sebenarnya dah penat bekerja bukan setakat untuk meyara kehidupan yg menyempit ini tapi terpaksa menanggung pemerintah yg hidup mereka senang lenang atas keringat kami dan menzalimi rakyat jelata yg hidup tak selesa mana.
Hamba sebagai Rakyat jati Perak minta raja Nazrin beri komen tentang perkasa ini secara ikhlas
KUDETA KEPALA HANGGUK KORANG. SIAPA SULTAN/PRESIDEN PERAK YANG BARU KALAU ADA KUDETA? NAJIB? ROSMAH? MANA WUJUD KUDETA PERAK.
MANA ADA RAMPASAN KUASA BAGHAL!!! PERUBAHAN PENTADBIRAN ADA LA. KORANG FAHAM TAK BEZA PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NI?
Zalim mende korang yang zalim kat TUANKU TAK SEDAR? BILA MASA KORAANG TANGGUNG TUANKU? BAYAR CUKAI? CUKAI ITU DUIT KERAJAAN BUKAN DUIT RAKYAT BENGONG. KITA BUKAN REPUBLIK YANG MANA CUKAI DALAM REPUBLIK MEMANG DUIT RAKYAT.
KAT MALAYSIA NI PENDAPATAN NEGARA YANG DI KUTIP (TERMASUK CUKAI)TUANKU SULTAN SURUH RAKYAT BUAT CADANGAN BAGAIMANA NAK BELANJA . ITULAH DI NAMAKAN BELANJAWAN. KO FAHAM KAN BAHAWA BELANJAWAN PERLU PERKENAN TUANKU? LEPAS PERKENAN BARULAH JADI DANA AWAM. ITU PUN MASIH BELUM DIKIRA DUIT RAKYAT LAGI.
KORANG INGAT MALAYSIA NI REPUBLIK? KORANG INGAT MALAYSIA NI UK yang mana rakyat memang tanggung QUEEN? BUMI PERAK IALAH TANAH JAJAHAN SULTAN PERAK KORANG FAHAM TAK NI? BAGINDA TUANKU DAH PERKENAN SURUH RAKYAT PILIH PENTADBIR MELALUI PILIHANRAYA DAH CUKUP BAIK DAH. SIAP KASI PELUANG RAKYAT BUAT CADANGAN LAGI BAGAIMANA NAK MEMBELANJAKAN HASIL NEGARA MELALUI BELANJAWAN NEGERI/NEGARA.
KORANG INGAT MALAYSIA NI DEMOKRASI PENUH KE? MALAYSIA NI BUKAN DEMOKRASI PENUH. KITA NI RAJA BERPERLEMBAGAAN FAHAM TAK?
AKU NAK TANYALAH APASAL GERAN TANAH KORANG korang bayar CUKAI TANAH? KALAU TANAH KORANG ASAL LAK NAK BAYAR CUKAI? BELAJAR HABIS KENEGARAAN MALAYSIA DAN SISTEM DI MALAYSIA BARULAH CAKAP.. BENGONG...
SRRY LAH AKU PAKAI CAPS SEBAB KORANG BODOH SANGAT.
Siapa yang bodoh Macam Kerbau ni?
Post a Comment