Thursday, March 14, 2013

Sumpah Tidak Mengikut Perlembagaan: Najib PM Haram Jadah?



Bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, Datuk Mat Zain Ibrahim meggesa Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa menjelaskan tiga perkara yang menyebabkan beliau menyoal sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Dalam sepucuk surat terbuka kepada Ali, Mat Zain menjelaskan tiga perkara tersebut iaitu kesahihan sumpah jawatan Najib sebagai Perdana Menteri yang dibuat secara rahsia, nama Najib yang berlainan dan status kerajaan yang memerintah selepas 8 Mac 2013.

“Najib telah mengangkat sumpah jawatan, taat setia dan sumpah simpan rahsia menggunakan bentuk sumpah yang lain daripada yang ditetapkan dalam Jadual Ke-6 Perlembagaan.

“Di sini lah timbul persoalan sama ada Najib layak menjalankan fungsi-fungsi jawatan Perdana Menteri memandangkan sumpah beliau tidak mengikut perlembagaan.


“Jika dalam lain-lain perkara, Najib bertegas untuk mengikut perlembagaan, mengapakah pula dalam perkara penting, iaitu mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia beliau enggan mengikut bentuk sumpah yang telah ditetapkan semenjak wujudnya perlembagaan itu?

“Jika semua Menteri dan Timbalan Menteri boleh lakukan,mengapa tidak beliau?

“Secara peribadi saya menyatakan bahawa sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia yang diikrarkan oleh Najib pada April 2009 tidak memenuhi ketetapan perlembagaan. Oleh demikian beliau tidak layak atau berkuasa menjalankan apa-apa fungsi jawatan Perdana Menteri atau melaksanakan kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan undang-undang lain kepada seorang Perdana Menteri,” kata Mat Zain dalam surat tersebut.

Najib ada 3 nama

Mat Zain turut menyoal kewujudan tiga nama Perdana Menteri ekoran tindakan Najib yang menggunakan nama Muhammad di hadapan namanya.

“Ketika mengangkat sumpah jawatan sebagai PM ke-6 pada April 2009,dengan lafaz Wallahi,Wabillahi,Watallahi, beliau menyebutkan nama beliau dengan terang dan jelas sebagai Muhammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

“Semasa mengikrarkan affidavit-affidavit pada September 2011, beliau menegaskan nama beliau sebagai Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan menggugurkan nama Muhammad dari nama beliau.

“Sementara ketika menandatangani Ikrar Integriti PRU-13 pada Februari 2013 pula,beliau memberikan nama beliau sebagai Najib Razak sahaja, dengan menggugurkan nama “Muhammad” dari nama beliau dan nama “Abdul”dari nama allahyarham bapa beliau.

“Isteri Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor pula, mengikrarkan dalam affidavit berasingan pada 21 September 2011, bahawa nama suami beliau ialah, Najib bin Tun Hj.Abdul Razak. Dengan demikian itu mengesahkan nama suami beliau tidak ada nama Muhammad atau Mohd.

Mat Zain turut menyoal status kerajaan persekutuan yang dibentuk pasca pilihan raya umum Mac 8, 2008 kerana tempoh lima tahun kerajaan telah tamat minggu lepas.

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di mana pilihan raya diadakan dalam tempoh lima tahun selepas mandat. -FMT

2 comments:

KontolMu said...

Buang masa layan orang dah pencen ni. Masa ada jawatan tak pulak bersuara...lebih Pondan dari Pondan.

mbaru said...

Mbaru said,

Semasa dalam kerajaan DAH BERBUIH MULUT BAWAK KE ATAS.. tapi kertas kerja dan laporan di buang ke dalam tong sampah atau cold storage...

takkan kita nak cekik ketua kita untuk terima laporan yang di buat.. nak guna C4 ... terhadap ketua kita..

dah ketua kita bahlol... tanggungjawab skrg di atas ketua kita untuk ambil tindakan.

saya YANG MENURUT PERINTAH
" sebuah kerajaan yang haram lagi pembunuh"

Datu Sulu bin Sula