Thursday, July 22, 2010

Adakah PAS Dilihat Jahat Jika Menolak Tawaran Perpaduan Islam UMNO?

Salam Hormat,

Entri kali ini dimulakan dengan petikan kata-kata kepimpinan PAS dalam isu pembentukkan perpaduan di antara PAS dan UMNO.

Apa kata Ketua Dewan Pemuda PAS;

"Maka, apalah salahnya jika kini UMNO pula mengambil giliran dan langkah serupa seperti dulunya PAS pernah menyertai Perikatan demi penyatuan melayu Islam di era Tun Abdul Razak [ Lagi pun pemimpin UMNO kini yang beria - ia benar mahukan penyatuan ] .

"Kini di era YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pulalah menghulur tangan, sanggup dan sedia bersama PAS menyertai Pakatan Rakyat memperjuangkan Islam dan bangsa melayu Islam agar kita dapat membina sebuah negara yang aman, makmur, sejahtera, adil, telus, saksama tanpa sebarang pertelagahan atau persengketaan yang merugikan ummat Islam dan bangsa Melayu itu sendiri.

Apa kata 3 Naib Presiden PAS;

Mahfuz Omar Berkata;

“Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta 'oksigen' dari PAS,”. Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat perunding APCO Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN). “Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin,”

Salahuddin Ayub Berkata;

Jika benar Umno mahukan perpaduan, Umno perlu menyertai Pakatan Rakyat bersama PAS, PKR dan DAP.

Tuan Ibrahim Tuan Man Berkata;

PAS menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; “Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”. Lantaran itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah!

PAS tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh UMNO. Mereka sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan walhal dengan jelas Islam menyatakan judi itu haram!

Apa kata Timbalan Presiden PAS;
 
PAS masih lagi berpegang dengan ketetapan yang telah dibuat dalam muktamat-muktamar yang lalu. PAS akan terus memfokuskan kepada gerak kerja mendepani pilihan raya umum k-13 untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.
 
Saya juga menyeru kepada seluruh pimpinan dan ahli agar dapat melipatgandakan usaha untuk memantapkan organisasi, terutama di peringkat cawangan dan kawasan serta menambah keahlian baru PAS semaksima mungkin.
 
Apa kata Presiden PAS ;
 
(Maaf, ikhlasnya saya katakan, tiada lagi komen dari TG Presiden setakat ini, dan ia bukanlah satu kesalahan kerana timb. presiden dan naib-naib presidennya telah memberi komen serta penegasan. Namun saya percaya pendirian TG Presiden adalah senada)
 
Apa kata Mursyidul Am PAS;
 
PERGI JAHANAM DENGAN UMNO !!!
 
Oleh demikian, saya memohon kepada semua pucuk pimpinan UMNO supaya berfikir dengan akal yang dikurniakan oleh Allah, bahawasanya, pinangan UMNO terhadap PAS adalah ditolak tanpa syarat dan tanpa bicara, kerana tindak-tanduk dan kebejatan melampau UMNO itu sendiri telah menjadi faktor betapa PAS dan UMNO tidak mungkin bersatu buat ketika ini. 
 
Sepertimana yang dilafazkan oleh Puteri Gunung Ledang terhadap Sultan Melaka berkenaan terjemahan-terjemahan yang berupa permintaan itu, adalah sebenarnya satu penolakkan.
 
Kepada rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang di ambang perubahan, sedarlah bahawa permainan propaganda UMNO ini sebenarnya satu perangkap yang menang-menang bagi UMNO. Ini kerana apabila PAS menolak kerjasama politik demi perpaduan melayu dan Islam, maka PAS akan dilihat jahat kerana membelakangkan perpaduan yang dituntut. Akhirnya tiba satu perenggan yang membunuh segala prasangka, hadir dari Tuan Ibrahim Tuan Man yang berbunyi - PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah!
 
Persoalan di sini ialah, adakah PAS akan dilihat jahat kerana menolak pelawaan UMNO? Adakah PAS akan dipandang serong sekiranya tidak menerima tawaran perpaduan melayu dan Islam ini ?
 
Sedarlah saudara dan saudari sekalian. PAS bukan berdepan dengan tawaran perpaduan sesama Islam, PAS juga bukan berdepan dengan tawaran perpaduan walau sesama melayu sekalipun. PAS sebenarnya berdepan sebuah tawaran perpaduan dari sebuah gerombolan pengkhianat bangsa!
 
PAS berhadapan dengan tawaran perpaduan dengan gerombolan yang tidak bertanggungjawab terhadap peristiwa Memali, mengamalkan Akta zalim ISA, merancang kudeta rampasan kuasa di Perak, menafikan hak royalti Terengganu dan Kelantan ketika PAS berhak ke atasnya, dan yang paling menyedihkan, PAS berhadapan tawaran perpaduan oleh pihak yang mengfitnah PAS sebagai parti ajaran sesat. 
 
Oleh demikian, di atas kelaku gerombolan terdesak seperti di atas, wajarkah PAS dipandang serong sekiranya menolak tawaran perpaduan? Saya yakin, sesiapa sahaja tidak akan dipandang serong sekiranya menolak untuk berpakat serta bersubahat dengan perompak. Inikan pula menolak lamaran penggadai maruah agama dan bangsa. Seperti itu jugalah Puteri Gunung Ledang menolak lamaran seorang sultan yang zalim.
 
Perlu diingat, penyatuan PAS dan UMNO merupakan jalan terakhir bagi menyelamatkan sebuah empayar yang berdiri di atas keringat rakyat. UMNO tidak akan membiarkan harta yang disiap-sediakan untuk tujuh keturunan mereka dirampas oleh kuasa rakyat setelah berdepan kekalahan pertama kerajaan pusat pada PRU yang semakin hampir. Walaubagaimanapun, kita harus bersyukur kerana kesepakatan kepimpinan PAS hari ini telah melemahkan peluang talian hayat terakhir UMNO.
 
Hari ini, minggu ini, telah dibuktikan bahawa UMNO itu benar-benar semakin lemah dari pelbagai aspek. Pertelingkahan antara mereka ada di mana-mana, Mesyuarat cawangan dan bahagian lemau tidak bermaya, yang bertumbuk juga ada. Malah, isu pasir yang mereka tembak ke arah Kerajaan Selangor juga telah menyebabkan pergaduhan sesama mereka, serta menerbitkan 'overkill' yang memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.
 
Dikesempatan ini, saya menyeru kepada semua kepimpinan Pakatan Rakyat agar bertindak bijak, sepertimana yang berlaku hari ini, minggu ini.
 
Salam Perjuangan, Salam Reformasi, Salam Revolusi 308
 
Saya akhiri dengan sebuah slogan yang telah dimodifikasi ;
 
1Perjuangan - Islam didahulukan, Kebajikan diutamakan !
 
EDYES - 22 Julai 2010 - 2.32am

10 comments:

Anonymous said...

artikel yang sangat baik membuka minda yg celaru...

syabas bro

Anonymous said...

Tulisan di atas menunjukkan mereka hanyalah pemimpin kerdil yang terlalu fokas kepada kepentingan mereka masa kini.

Mereka tidak memikirkan masa depan anak, cucu, cicit, piut dan seterusnya.

Pemimpin Islam yang besar dan hebat sentiasa memikirkan masa depan agama dan kesejahteraan ummah tanpa had.

Pemimpin yg penuh dgn. dendam dan pandangan jahat terhadap orang2 Islam lain tidak mampu memimpin satu kumpulan yg.besar tetapi sekadar memimpin kumpulan kecil yg. sentiasa menjadi alat kumpulan lain.

TG Nik Aziz sentiasa menghamburkan kata2 kesat bukan sahaja kpd orang2 UMNO bahkan kpd Allah.
Allah SWT dilebelkan sebagai PENCARUT(syirik khafi),TG Nik Aziz engkar akan nasihat Allah dlm surah Al Baqarah ayat 208.Terjemahannya,Hai orang2 yg.beriman,masuklah kamu kedalam Islam seluruhnya dan janganlah kamu turut langkah2 syaitan.Sesungguhnya syaitan itu musuh yg nyata bagi mu.Tetapi TG Nik Aziz kata tak apa kita boleh BERSAHABAT dgn syaitan.

Banyak lagi kata2 yang boleh mengelirukan orang2 Islam.

PAS berjuang untuk kepentingan diri masa kini dan untuk satu klompok kecil sahaja.Sebab itu sanggup bersengkokol dgn DAP yg nyata menentang Islam.Kalau DAP menyukai Islam dah ramai ahli DAP yang masuk Islam.Orientalis lagi bijak menggunakan ilmu agama Islam dan ayat Qur'an tetapi mereka kekal kafir.Sedikit je yg menjadi muslim.

Salam hormat,

Lat Juno

Herman Samsudeen said...

PAS sedia ganti Umno....inilah jawapan Presiden PAS untuk cadangan pengabungan...Baca lagi di blog saya.

Herman Samsudeen

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Herman Samsudeen kata,Presiden PAS kata PAS sedia ganti UMNO.

PAS bila dah bersengkokol dgn DAP dan PKR (Parti Keadilan + Parti Rakyat)dah sombong.

Nak ganti ke, tak nak ganti ke terpulang kepada rakyat.Bukan boleh ganti2 macam pemain bola.

Salam hormat,

Lat Juno

Kalau Melayu Islam UMNO bubar UMNO apa nak buat.Tapi kalau penyokong PAS dah benci PAS kerana pemimpin dah gadai Islam,PAS pun boleh lingkup. Jangan lupa Allah Mahabesar.

pemantau said...

baca harakah edisi cetak tak bro edyesdotcom? jangan baca kat internet aje ya.

nanti orang kata kita lambat/lembab pulak.

tapi apa2 pun, tahniah dgn tulisan enta ni. cuma ada semacam tak puas hati kat TGHH. Tapi ana malas nak buruk sangka. mungkin itu perasaan ana yg dirasuk syaitan kot.

tahniah!

Edyes said...

1. saya tidak akan jawab persoalan yg ditimbulkan oleh Lat Juno kerana kadar hipokritnya yg tinggi.

2. Maaf saudara Herman, saya dah cuba selidik, dan buat carian sebelum menulis berkenaan TGHA. Saya tidak jumpa, mungkin ini kelemahan saya sebagai manusia biasa.

3. saya tidak baca harakah edisi cetak, kerana saya memang tak suka baca harakah sejak berzaman. Tidak baca harakah bukan bermakna tidak menyokong perjuangan Parti Islam PAS.

4. Terima kasih kepada saudara pemantau kerana bersangka baik. Perjuangan saya juga memerlukan orang seperti anda utk support secara direct atau indirect. Bersangka baik itu juga satu bentuk sokongan, terima kasih.

Anonymous said...

Sdr.Edyes,

Sila ulas tulisan saya.Saya juga tak marah dikatakan hipokrit tetapi kena buktikan.

Ramai orang macam sdr.,bila tak dapat menjawab dgn. baik dikatan pembahas sebagai hipokrit,menegakkan benang basah dll.

Saya bersedia untuk membaca ulasan sdr.dgn hati terbuka.

Lat Juno.

Anonymous said...

Saudara Lat Juno,

Berkata jujurlah saudara, apakah apabila kita tidak menyokong umno dikata tidak ambil berat masalah melayu.

Apabila kita membincangkan bangsa, mengapa saudara tidak membantah apabila bn perak memberi tanah seluas lebih 1000 hektar kepada sekolah cina sebagaimana bantahan dibuat ketika pakatan membuat perkara yg sama, cuba saudara lihat ke cameron highland, bukit tinggi, genting higland, langkawi, penang, wilayah iskandar dan lain-lain siapa yang majoriti memilikinya. apakah tanah-tanah tersebut di perolehi oleh kaum cina sewaktu pakatan memerintah ?.

kita orang melayu lena di alun dengan hak melayu sehingga gagal untuk berusaha merebut peluang yang ada. saya tak salahkan orang cina yang menggunakan segala peluang dan ruang yang ada hatta menggunakan jalan tak betul bagi memperolehi semua itu. salah nya pada orang melayu yang ada kuasa, tidak menggunakan kuasa yang ada, tapi ada yang menyalah gunakan kuasa.

apabila tersepit kita menyalak melayu akan kehilangan segalanya, tapi pernah kita melayu berfikir dan mengenang kembali, apakah yang telah kita lakukan. lihatlah anak luar nikah, gejala dadah, gejala rasuah siapa yang menjuarai nya, sedangkan kita telah diperintah oleh melayu selama 50 tahun.

kita hanya bercakap hal melayu bila umno terancam, dan yang paling mudah menyalahkan pas sebagai punca perpecahan. apakah dalam umno tidak ada perpecahan, pergilah kemana-mana dan bersembang dengan orang umno, nescaya segala kudis dalam umno akan di ceritakan.

Saudara Lat Juno,
kalau saudara tidak memahami sifat Allah, janganlah saudara mengulas apa yang TGNA katakan, kita takut kita membuka ruang untuk orang lain menilai kejahilan kita.

Saudara mengatakan pas hanya kumpulan kecil, jadi takpayahlah beriya-iya untuk mengajak kumpulan kecil ini, kerana tak kan menjadi kudispun pada umno yang menjuarai melayu.

Memang pemimpin islam yang hebat sentiasa memikirkan agama dan masalah umah, kerana hanya dengan mengamalkan ajaran islam yang sebenar kesejahteraan dapat di rasai. masalahnya, apakah umno mengamalkan ajaran islam sebenar ?, Islam menegah pergaulan bebas lelaki dan perempuan, lihat lah apa yang kerajaan umno buat melalui media massa, hampir semua program berbentuk hiburan, kita anggap perkara ini perkara kecil, tapi lihatlah hasilnya sekarang ini.

Soal dendam, siapa yang bedendam dengan siapa, apabila kelantan jatuh kepada pas, peruntukan dihentikan, mengapa, apakan kelantan itu majoritinya cina ?, begitu juga dengan terengganu.

tentang dap, saya nak tanya saudara, apakah rakan saudara dari gerakan, mic dan mca bersetuju dengan negara islam ?, kalau sekadar isytihar negara islam tanpa melaksanakan nya serupalah apa yang di lakukan oleh umno

jadi kalau benar-benar kita ingin kembali kepada islam, muhasabah diri dan kita sama-sama betulkan kepincangan yang ada tanpa menunjuk kepada sesiapa pun, Insya Allah sekiranya UMNO melaksanakan hukum Allah dan mengamalkannya, dengan sendirinya pas akan gulung tikar dan tutup buku, saya percaya parti-parti lain juga akan menghormati islam, dan melayu itu dengan sedirinya, kerana islam tidak menilai atau membandingkan mana-mana kaum. Ini kerana Islam menjaga hak kaum-kaum lain dengan seadil-adilnya.

Cukuplah melunakkan orang melayu dengan hak melayu, selama mana kita boleh mempertahankan. ajarlah orang melayu untuk lebih berdaya saing, sokonglah mereka ini jangan jadikan orang melayu seperti ikan emas yang perlu di suap untuk menjadi gemuk tetapi terkedek-kedek ketika bergerak dan tercungap-cungap bila kurang oxigen.