Sunday, July 25, 2010

Anwar Ibrahim : UMNO Haram Disokong !


Kepada ahli UMNO, ketua cawangan UMNO, ketua bahagian UMNO, kepimpinan tertinggi UMNO dan Presiden UMNO, sila buat laporan polis ke atas Anwar Ibrahim kerana di dalam klip video di bawah, Anwar Ibrahim telah mengatakan bahawa UMNO haram disokong !


Saya meminta kepada semua ahli UMNO yang mempunyai keberanian supaya membuat lapuran polis sewajarnya kerana UMNO telah dikatakan haram untuk disokong oleh ketua pembangkang dalam satu siri ceramah sepertimana dalam klip video di atas.

Klip video di atas juga menceritakan sebuah fitnah dari DSAI berkenaan pembayaran subsidi terhadap pemilik janakuasa letrik swasta (IPP), di mana jumlah pembayaran tersebut bernilai 20ribu juta ringgit setahun (20Bilion). Saya mohon agar pihak kerajaan menafikan perkara ini sekiranya ianya suatu fitnah dari DSAI kerana tuduhan ini amatlah serius kerana ia boleh merosakkan nama baik UMNO dan ia juga mencerminkan betapa kerajaan telah mempermainkan perasaan rakyat apabila tanpa segan silu menyelaras subsidi (baca: merampas subsidi) sehingga menyebabkan kenaikkan harga keperluan utama rakyat kebanyakkan.

Sebagai kerajaan yang dipimpin oleh UMNO juara rakyat yang berslogankan 1Malaysia Rakyat didahulukan, seharusnya menafi sekerasnya kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim dalam roadshow selamatkan 1Malaysia. Ini juga memberi maksud bahawa kerajaan melontar subsidi yang banyak kepada pengusaha IPP tetapi menarik subsidi minyak, gula dan sebagainya dari rakyat yang terdiri daripada golongan miskin dan sederhana. Apakah benar kenyataan Anwar Ibrahim ?

Sekiranya tiada penafian dilakukan oleh kerajaan, terutamanya berkenaan subsidi 20bilion yang diberi kepada pengusaha IPP yang sedia kaya raya, maka kenyataan-kenyataan Anwar Ibrahim itu adalah terpakai dan memang benarlah UMNO itu haram untuk disokong.

Saya memberikan tempoh 48jam kepada kerajaan 1Malaysia untuk bertindak sewajarnya ke atas Anwar Ibrahim, atau, rakyat terbanyak akan pastikan UMNO itu selayaknya ditinggalkan dari natijah pemikiran bangsa.


credit video klip kepada hanief.blogspot @ malaysianews

1 comment:

Anonymous said...

Edyes,

Bagi DSAI menyokong UMNO haram kerana dia dah dipecat dari UMNO.

Ini merupakan satu kempen yg jahat.

Semasa dlm UMNO dulu, salah guna kuasa TPM tak haram ,main ......., tak haram.

Saya cabar saudara agar meminta DSAI bersumpah laknat yang dia tak pernah main.......Saiful, dalam masa 48 jam.Kalau saudara gagal minta dia bersumpah laknat saya anggap dia memang main.......Saiful seperti yg didakwa di mahkamah.

Semasa kami sama-sama menunjuk perasaan kes Baling,dlm tahun 1973, dia sangat bersemangat memperjuangkan hak2 orang Melayu,sekarang dah berubah, dah jadi hero jahat pulak.

Salam hormat,

Lat Juno.