Friday, July 30, 2010

Zul Nordin : Haramkan DAP !!


Wahai ostad al-fadhil Zul Nordin, kenapa DAP yang nak diharamkan, bukan JUDI sukan?

Halal atau haram, duit elaun ribu-ribu ringgit sebagai ahli parlimen yang dipilih atas tiket Pakatan Rakyat ? Atau adakah ianya HALAM mengikut takrifan ulama UMNO ?

Kalau Zul Nordin nak berbicara tentang prinsip, letaklah jawatan sebagai ahli parlimen terlebih dahulu baru boleh cerita fasal prinsip sesungguhnya kau tak layak digelar wakil rakyat kepada pengundi Kulim Bandar Baharu.

Kalau Zul Nordin nak berbicara tentang halal dan haram, halalkan dahulu mata pencarian yang mencurah-curah setiap bulan. Sesungguhnya kepercayaan pengundi KBB telah dikhianati tanpa rasa malu dan segan, menyuruk disebalik pengetahuan ilmu agama, malah menyalahgunakannya.

Aku letih nak bicara hal Kulim Bandar Baharu, tunggu sahajalah nasib Ahli MP ini pada PRU akan datang. Apakah diberi laluan oleh BN untuk bertanding? atau gagal segagalnya seperti seorang peguam gagal.

Bacalah artikel yang terbit oleh Zul Nordin di sini, maka anda dapat lihat kata-kata yang terpacul itu saling tak tumpah seperti orang-orang UMNO yang meniup semboyan perkauman. Dengan 13 Mei diungkit-angkat, DAP nak diharamkan. Apakah kita juga perlu haramkan Zul Nordin??

Aku fikir, kalaulah ada perkataan yang lebih haram dari 'haram', itulah Zul Nordin...

3 comments:

azman kamarul said...

bila pulak naik taraf jadi mufti ni, nak keluar fatwa haram dan halal ni?

Nizam said...

Sepatutnya PENYAMUN TARBUS tu yang perlu diharamkan

Anonymous said...

awat kalut sangat hangpa ni zulbabwe,hang dapat kerusi tu atas party mana?.warga kulim bukan undi semata mata undi tuboh hang,depa undi atas parti yang hang dok dudok tu.mai sat nak story sikit, lagu ni siapa yang dok makan gaji haram,dap ke atau hang?mulut tu jangan caboi,dok ingat sikit kelaku tu noh!!.

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan