Thursday, July 29, 2010

VIP Itu Ialah Tun Ling Liong Sik !! Fail PKFZ dibuka Kembali !!

Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya berhubung pembabitannya dengan skandal Zon Pelabuhan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ling, 67, juga adalah bekas presiden MCA. Beliau adalah antara ahli politik terkemuka pernah didakwa atas tuduhan rasuah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau tiba di mahkamah sebentar tadi dengan ditemani oleh isterinya, Toh Puah Ena Ling serta dua anak lelakinya dengan memakai baju berwarna unggu muda dengan tali leher berwarna unggu gelap.

Ling didakwa menipu dan dituduh mengikut Seksyen 417 dan 418, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dan denda jika sabit kesalahan.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan ikat jamin diletakkan pada RM1 juta. Mkini

Akhirnya 'Ikan Jerung' naik ke darat !!

Dari dulu dah disebut-sebut, baru hari nie tangkapan dapat dibuat !

Apa yang dihairankan oleh bekas menteri pengangkutan dan bekas presiden MCA dengan jumlah ikat jamin yang bernilai RM 1 juta itu ? Sedangkan wang rakyat yang dirembatnya melebihi 2 ribu juta!! di ulangi, 2000 juta !

Kalau kurang satu juta, masih ada RM 1999 juta !!

Pasti lepas nie banyak lagi yang akan terbongkar !!

Soalan cepu emas edyes :- ADAKAH INI ADALAH DI ANTARA FAKTOR PM KITA BERCUTI ??

2 comments:

Isa said...

Takpa Robert kwok boleh tolong bayarkan... RM1juta... apa ada hal..

Daniel Ling pun mampu bayar... kah..kah..kah...

Anonymous said...

yang romen paris hilton tu pun boleh bayarkan...

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan