Monday, July 20, 2009

Kemana Hilang Undi PAS Dalam PRU 12

Kemana Hilang Undi PAS Dalam PRU 12

Di dalam PRU 12, PAS menang dengan majoriti 1,352 undi. Kini majoriti itu tinggal hanya 65 undi. Apakah yang menyebabkan ini berlaku? Rumusannya adalah seperti berikut,

  • Di dalam PRU 12, sentimen pengundi terutamanya pengundi di perantauan dan pengundi-pengundi muda ialah untuk mempertahankan Negeri Kelantan daripada ditadbir oleh UMNO Barisan Nasional.
  • Mereka tidak mahu Negeri Kelantan turut menjadi Negeri yang bergelumang dengan rasuah, maksiat dan kemungkaran seperti negeri-negeri lain yang ditadbir oleh UMNO Barisan Nasional.
  • Satu cara untuk menyekat UMNO BN ialah dengan secara beramai-ramai mengundi PAS.
  • Majoriti mereka ini bukanlah ahli mana-mana parti politik.
  • Ahli-ahli UMNO dan pimpinan UMNO Kelantan sendiri sebenarnya lebih suka UMNO terus gagal merampas Kelantan kerana dengan cara demikian, wang pembangunan untuk rakyat Kelantan terus menerus akan disalur menerusi Parti dan Agensi-Agensi seperti KADA, KESEDAR, Majlis Tindakan Pelancongan dsbnya yang mana ahli-ahli politik UMNO adalah pengerusinya.
  • Dengan UMNO terus kecundang, mereka akan terus menjadi orang-orang penting dengan peruntukan yang berpuluh-puluh juta ringgit.

Namun di dalam berhadapan dengan Pilihanraya Kecil, sentimennya adalah berbeza,

  • Pengundi senyap tahu bahawa undi mereka tidak akan memberi Negeri Kelantan kepada UMNO.
  • Ini kerana PAS sebagai kerajaan mempunyai majoriti besar di Dewan Undangan Negeri.
  • Oleh yang demikian mereka mengundi BN dengan harapan Kerajaan PAS akan lebih sensitif terhadap kehendak penduduk tempatan.
  • Mereka juga mengundi BN sebagai protes kepada ketidakpuasan hati mereka, jika ada terhadap pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz.


Analisis di atas adalah salah satu kompartment daripada analisis penuh sheih kickdefella mengenai PRK Manik Urai.

klik sini untuk menghayati analisis penuh kickdefella

3 comments:

Cerita Kita said...

Pengundi semakin terpengaruh dengan unsur-unsur kemewahan yang diwar-warkan dan dikobar-kobarkan oleh Umno-BN. Rakyat Trengganu mewah dengan royalti minyak. Kelantan bila nak dapat? Bila Kelantan nak bangunkan industri agar banyak peluang pekerjaan? Dan banyak lagi!

jaringanluar said...

care to visit http://jaringanluar.blogspot.com

Edyes said...

usah risau,

bila PR memerintah nanti, rakyat kelantan, terengganu, sabah, sarawak akan dapat lebih dari apa yang mereka terima hari ini iaitu 5%.

DSAI dah janji 20% untuk rakyat (melalui kerajaan negeri). kita takleh lupa tu.

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan