Followers

Thursday, July 16, 2009

Bakaq : Kenapa PAS menang ciput?

Kenapa menang ciput oleh brader Bakaq;


Saya janji nak tulis kenapa PAS menang ciput mengalahkan Barisan Nasional (BN) di Manek Urai? Ni nak tulislah ni. Tapi, ni bukan analisa pilihan raya. Ni hasil tanya-tanya dan bersembang sana-sini ja.

1. Tak jejas dua pertiga PAS di Kelantan

Sehari dua sebelum pilihan raya tersebut, saya bersembang dengan beberapa kawan yang berasal dari Kelantan. Kesemua mereka penyokong PAS. Bila sampai ke tajuk Manek Urai, ting tong, ting tong, bersembanglah bab jambatan baru yang dijanjikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin - jambatan bagi menghubungkan Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru.

"BN berjanji hari ini dengan disaksikan oleh semua bahawa menang sahaja BN, kita akan terus memulakan kerja-kerja pembinaan, ini janji BN dan akan dikotakan," kata Timbalan Presiden Umno itu.

Salah seorang dari mereka berkata, "Kalau aku, aku bagi jah BN mene sekali. BN mene pun, buke nak jatuh kerajae Tok Guru. Tak dak apa satu. Dua pertiga tak jejas".

Terus seorang lagi kawan menyambut, "Betul, betul. Buke kita nak pejatuh Tok Guru. Kita nak suruh dia buat hok yang dia kata nak bagi sangat tu. Pilihan raya umum kita beri balik ke PAS".

Saya tak setuju. "Tak boleh. Takkan kerana nak ke benda hampa nak pelingkup momentum BN kalah. Setakat ni (pilihan raya kecil) di Semenanjung dah 5-0 dah (BN kalah atau tak berani bertanding). Umno nak sangat menang ni. Dia nak tunjuk Melayu sokong dia lagi (lihat posting bertajuk 'Mentalkinkan Melayu')".

Persoalannya, berapa ramai pengundi Manek Urai yang mempunyai pemikiran sedemikian dan berapa ramai anak Manek Urai di perantauan yang balik mengundi yang mempunyai pemikiran sedemikian?

Saya diberitahu, hujah itu adalah antara hujah popular Umno di Manek Urai.

2. Power kepala Agong

Suka tak suka terima, taburan duit juga menentukan pola pengundian. Kepala Agong (duit) memang power. Ada beg misteri?

Seorang pekerja pilihan raya PAS bercakap sendiri dengan anggota keluarga salah sebuah rumah di dalam kawasan Manek Urai. Mereka sendiri memberitahu beliau, jumlah yang diterima oleh seluruh anggota keluarga itu, orang ni dapat sikit dan orang nu dapat sikit, adalah RM5,000!

Hampa nak kata apa? Hampa larat nak bagi RM5,000? Duit tambang kepada yang tinggal di luar Manek Urai tak payah cakap la...

Bukan bagi saja-saja. Ada yang mengaku disuruh bersumpah waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi akan mengundi parti yang diwakili oleh pihak pemberi. Ada yang mengaku tak nak pergi mengundi kerana tak mahu mengundi parti yang memberi duit itu. Dia kata gitu la. Mana kita tau dia pi undi ka, dak ka.

3. Hantu ciptaan Umno

DAP menjadi hantu (bogeyman) ciptaan Umno. Dalam kempen bisik-bisik, ditaburkan pelbagai hasutan yang mengaitkan DAP. PAS pulak dah berkawan dengan DAP. Saya dah hint siap-siap sebelum ni dalam posting bertajuk "'Pantang Melayu' akan kalahkan PAS di MU?"

Anda rasa pengundi termakan dak dengan kempen lagu tu? Saya tak boleh kata ya atau tidak. Belum sempat bertanya-tanya lagi untuk kaji benda tu.

Apa nak heran Umno guna isu tu. Pemimpin tertinggi PAS pun dok jaja merata rumah kenduri bahawa "DAP agen Singapura". Dia lahap sungguh dakyah BTN tu. Dia tak peduli pun hakikat bahawa Umno menjadikan negara ini tanah jajahan Singapura.

Cerita Karpal Singh suruh langkah mayat dia dulu sebelum laksana hudud turut ditabur. Takkan depa nak cerita Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata:
Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan (Kenyataan Najib pada 20hb April 1983 kepada para wartawan).

Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu (Kenyataan Najib pada 20 April 1992 kepada para wartawan).
4. Rakyat merasa jauh hati

Ada juga yang menyatakan rakyat Kelantan jauh hati. Tahun lalu, saya pernah dengar seorang tokoh politik Kelantan berkata, "Dah berapa bulan dah (berlalu) pilihan raya umum. Program kebajikan tak berjalan lagi. Banyak sangat politiking sesama sendiri".

Saya tak tau betul atau tidak apa dia kata. Tetapi itulah yang saya dapat ingat dia kata.

Laa, kalau longkang tersumbat ka, jalan kampung berlubang berlopak ka, jangan la buat bodo ja. Cepat-cepat la selesaikan.

Orang miskin atau orang terdesak nak minta bantuan empat lima puluh ringgit, jangan la tahaq dia (biar dia tunggu terlampau lama) sebelum dihulur apa yang dihajati. Nak habaq bagi, kami orang miskin ni selalunya sensitif terlebih!

Lama dahulu, hampir setiap kali muktamar tahunan PAS, mesti ada gesaan supaya para pemimpin turun ke bawah. Harap la ni ada lagi gesaan lagu tu.

Kalau orang lain tak dan nak panas punggung dah terterap hangit kerana imej "gong", janganlah berlaku benda yang sama di Kelantan. Terterap tu loghat utara - tertiarap.

5. Kempen rumah ke rumah tak menyeluruh

Yang ni tak payah ulaslah. Dah berpuluh ribu kali dah orang dok sebut.

6. Umno dan PAS satu bendera

Umno memainkan isu Umno dan PAS tak lama lagi akan ada satu bendera.

Setakat itu sahaja yang saya dapat dengar punca-punca yang menyebabkan PAS menang ciput di Man U. Kalau maklumat yang saya dapat tak betul, this kutu takes full responsibility.

0 comments:

Quote of The Day

Dalam masyarakat Malaysia ni, masih tinggal sedikit lagi golongan bodoh dan buta sejarah yang terperangkap dengan propaganda anti komunis anjuran penjajah British.

PKM jelas melawan penjajahan. Sedangkan Umno, MCA dan MIC pada ketika itu memilih untuk menjadi talibarut British dan menghalalkan tindakan jahat yang dilakukan oleh British kepada pejuang-pejuang kemerdekaan tulen seperti Dr. Burhanuddin Helmy, Chin Peng, Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh, Suriani dan ramai lagi.

- Amin 'Black' Iskandar


"Nak harap Sultan? Semalam Sultan ada peluang terbuka untuk membubarkan DUN. Surat permohonan untuk membubarkan DUN dihantar jam 9.25 pagi. Kalau Sultan atau Raja Muda memperkenankan pembubaran DUN semalam…selesai krisis Perak ni. Tapi.. pengurniaan pingat lebih penting dari menyelesaikan kemelut Perak."

- Mat Saman Kati

iklan

EDYES

EDYES

PERKEMBANGAN DI KUALA KANGSAR !! (BACK UP DARI NOTOUMNO)

RASANYA BERITA PUKUL 4 INI ADALAH MUTAKHIR...

SALAM

4.00 ptg


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru Perak, memimpin kerajaan BN yang berjaya menumbangkan Pakatan Rakyat melalui usaha lompat parti.



3.48 ptg
Oppsss ada lagi .. !!!
Terdapat satu kumpulan kira kira 700 orang berkumpul di dataran Kuala Kangsar. Di Roundabout menuju ke Istana.
jeritan "Hidup hidup ... hidup rakyat !!!" bergema.

3.41 ptg
Cuaca masih mendung dan berangin. Keadaan sudah sedikit reda. Masih kelihatan anggota FRU yang berkeliaran. Mungkin sedang mencari barang barang yang tercicir. MB haram mungkin sedang mahu di tabalkan. Tahniah Rakyat Perak kerana dapat MB mamak.

Terima kaseh laporan dari Angkatan Muda Keadilan dan Unit Amal yang menghubungi wak. Terima kaseh kepada Ketua AMK Gombak, Kota Raja, Kajang, Shah Alam dan Ketua Penerangan AMK Selangor. Terima kaseh juga kepada Ketua AMK PUsat, En Shamsul Iskandar dan Ketua AMK Selangor, En Jonah yang turut berada di tempat kejadian, meredah asap dan getir serangan dari FRU. Salam kepada semua penyokong Pakatan rakyat dan Unit amal yang turut memberikan laporan dan membantu ramai rakyat ketika kejadian. Takbir !!!

3.34 ptg

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.

Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong Pakatan Rakyat.

Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling batu oleh penunjuk perasaan.

Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di kawasan masjid. - laporan mkini

3.34 ptg

Orang ramai sudah tidak dapat bertahan. Mereka beransur bersurai. Ramai murid murid sekolah yang berada di persekitaran pengsan kerana gas pemedih mata. Rombongan para mangkok hayun akan di lepaskan ke arah istana Sultan.

3.29 ptg
Upacara doa berakhir, Laungan TakBIR !!! Bergema .. Allahuakbar !!!!
Kelihatan ada yang cuba menjenguk ke luar kawasan dan ada juga yang masih di dalam masjid sambul berehat. Ramai yang sudah pulih selepas pekena garam.

3.26 ptg
Upacara doa menjadi semakin kuat dengan pertambahan orang ramai yang masuk ke dalam masjid. Anilnetto melaporkan pengalaman ini sungguh berlainan sekali. Dia sedang berada di dalam masjid dan ramai lagi yang bukan Islam turut berteduh di kawasan masjid untuk selamatkan diri.

3.25 ptg
Imam masjid Ubudiyah sedang berdoa. Orang ramai yang berada di dalam masjid sedang mengaminkan beramai ramai. Keadaan di luar masih kedengaran siren polis dan bunyi tembakan gas pemedih mata.

3.23 ptg

Banyak tangkapan telah di buat. Tidak dapat di pastikan berapa ramai kah yang telah di tangkap. Keadaan sekarang berangin dan gas pemedih mata terus di lepaskan. Gas tersebut terbang di persekitaran masjid.

3.22 ptg

Kelihatan sejumlah orang baring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana.
Sekejap tadi polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang tadi. - laporan Mkini

3.18 ptg
Orang ramai seperti di sekat di dalam masjid. Mereka di kepung. Mereka yang masuk ke dalam masjid mengucapkan syukur alhamdulillah. MB gelap sudah tiba di depan masjid dan sedang cuba untuk lepas dari sekatan.

3.15 ptg
Raja Nazrin baru dapat melepasi sekatan rakyat yang berada di depan masjid. Kelihatan masih ramai yang berkumpul dan menghalang lalu lintas. Kelihatan kenderaan dif dif kehormat masih lagi di sekat. Keadaan di sana, mendung dan berangin. Gas Pemedih mata sudah merebak di bawa angin sekitar 1 kilometer jauhnya.

Anil netto beransur pulih. seorang wanita sudah memberikan segengam garam untuk di makan bagi menghilangkan kesan gas.

3.10 ptg
Pintu belakang masjid telah di buka. Kelihatan mereka yang cedera akibat gas pemedih mata di bawa masuk. Kelihatan juga Anilnetto turut berada bersama. Anil berada di bahagian tempat wanita sembahyang. Di rehatkan. Kelihatan kira kira 40 wanita sedang bersembahyang di sana.

3.07 ptg
FRU sekarang sedang mengejar orang ramai sehingga masuk ke kawasan masjid. Berpuluh puluh gas pemedih mata telah pun di lepaskan. Anilnetto .. blogger yang membuat lapuran di laporkan turut terkena.

Kelihatan orang ramai sudah mula membaling objek seperti kayu ke arah polis FRU.

3.04 ptg
Di laporakan Raja Nazrin baru sampai di hadapan laluan ke masjid dan laluan masih lagi sesak dengan rakyat yang cuba menghalang mereka terus ke istana. Siren polis kedengaran di sana sini. Laungan rakyat "Allahuakbar !!!" masih lagi kedengaran.

3.01 ptg
Di beritahun Raja Di Hilir telah tiba di tempat kejadian.
Gas pemedih mata terus di lepaskan. Orang ramai kelihatan cedera. Gas di lepaskan di luar dan di dalam masjid.
5 buah truck FRU telah berjaya melepasi bentang orang ramai dan menuju ke istana. Beberapa buah kenderaan yang sepatutnya pergi ke istana telah di sekat.
Di hadapan Masjid terdapat sebuah sekolah dan kanak kanak sekolah turut terkena gas tersebut.

2.56 ptg
Sebelum ini Najib dan Hisammuddin menjangkan beberapa buah negeri lagi akan jatuh ke tangan BN dengan cara yang sama. Melompat parti.
Lapuran di perolehi beberapa orang yang di maksudkan adalah
7 dari kedah, 12 dari penang dan 6 dari Selangor. Waspada !!!

2.53 ptg
Tembakan gas pemedih mata di lepaskan. Orang ramai berlari ke arah dalam masjid. Ketika ini kira kira 8 tembakan gas telah di lepaskan. Sementara itu, sebahagian lagi orang ramai terus berarak ke Istana Sultan.

2.50 ptg
Dilapurkan Lori FRU lebih dari 10 buah. mereka terus menghalang FRU dari melalui jalan tersebut yang menghala ke istana. Mereka terus duduk. Polis memberi amaran melalui pembesar suara tapi penyokong PR menjerit ke arah mereka semula.

2.46 ptg
Kira kira 2000 orang penyokong Pakatan Rakyat duduk di tengah jalan berhadapan dengan FRU. dan mereka menghalang jalan menuju ke istana.

2.15 ptg
6,000 orang berkumpul di luar Masjid Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat bersedia untuk berarak ke Istana Sultan. FRU sudah bersedia sejak awal lagi. Selepas waktu Solat, mereka berkumpul diluar dan laungan Allahuakbar !! mula bergema.

Tidak lama kemudian, mereka mula keluar dan berhadapan dengan FRU. Laungan Hancur hancur hancur UMNO !! Hidup, hidup, hidup Rakyat turut berkumandang.

500 orang bergerak berasingan di hadapan bergerak untuk bertemu Sultan.

Gas pemedih mata di lepaskan. Perarakan masih berterusan dan rombongan merempuh benteng FRU. pada jam 2.39 ptg.

Sebahagian dari penyokong menyekat FRU di jalan berhadapan masjid dan sebahagian lagi mengepung jalan.

Kelihatan wanita yang pengsan terkena gas pemedih mata.