Friday, May 15, 2009

Bubar DUN Perak : Satu Khayalan Atau Kebetulan ?

Pilihanraya adalah satu-satunya jalan yang boleh menyelesaikan kemelut politik di Perak dan seterusnya menamatkan krisis politik negara buat seketika.

Seharusnya, waktu ini kita bekerja kuat dalam peranan masing-masing untuk kemajuan diri dan ummah. Namun apa yang berlaku di Perak menarik tumpuan perhatian rakyat di seluruh pelusuk negara yang akhirnya merugikan bangsa.

Tiga bulan negeri perak dirampas menyebabkan segala urusan, urusniaga, transaksi, pembangunan dan pelbagai program yang telah diatur menjadi terencat tergendala. Bayangkan sekiranya negeri Perak tidak pernah dirampas BN, sudah pasti ada kemajuan di sebalik tiga bulan.

Kini, setelah rakyat, negeri dan negara kerugian masa tiga bulan lamanya, barulah perkataan bubar diungkap. Apakah pembubaran DUN Perak akan berlaku begitu sahaja? atau setelah kerakusan 5 Februari diklasifikasi sebagai perbuatan yang haram-jadah? Keputusan mahkamah pada 11 May 2009 memberi gambaran betapa Najib dan UMNO telah melakukan rampasan kuasa yang ternyata tidak diiktiraf. Ini melambangkan satu perbuatan jahat yang tidak wajar disokong sekiranya kita ber-agama.

Satu khayalan atau kebetulan, DUN Perak akan dibubarkan. Khayalan bagi pihak Pakatan Rakyat menjadi kebetulan apabila fakta yang merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Perak menjadi penghalang utama kepada Barisan Nasional bagi merampas Perak walaupun dengan bantuan Sultan.

Dan apabila nampak gayanya seperti tiada peluang bagi UMNO untuk menukar kerajaan MB Nizar kepada kerajaan Mandela-Ghandi melayu, maka seperti yang kita sedia maklum, Najib akan bermuka-muka untuk berbicara mengenai pembubaran DUN Perak.

Semua ini kita dah baca. Bubar salah tak bubar pun salah, kerana merembat negeri Perak cara 'itu' sememangnya salah.


No comments: