“Jika Nizar digulingkan menerusi undi tidak percaya dari Sidang DUN yang dipanggil oleh speaker yang dilantik BN, apa akan terjadi jika kemudiannya mahkamah memutuskan Sivakumar masih speaker yang sah, sama seperti Nizar.”
“Ini kerana Baginda telah menolak nama Idris Jusoh yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Najib yang mahu mengangkat Idris ke dalam kabinet Malaysia. Tujuan Najib ialah untuk menenangkan Idris dan penyokongnya setelah Idris diketepikan oleh Istana dari terus menjawat jawatan MB Terengganu.”
YB. Dato’ Seri Mohamed Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak yang sah akan mengadap YTM Raja Muda Perak jam 8.30 pagi ini, 12 Mei 2009.
YB. Nizar akan memaklumkan keputusan mahkamah dan berkemungkinan besar akan memohon agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan.
Berkemungkinan Dewan Undangan Negeri Perak akan dibubarkan dan berkemungkinan pada 13 Mei 2009, SPR akan mengesahkan bahawa telah menerima makluman pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak.
Jadi, mungkin 13 Mei 2009, satu nafas baru kepada demokrasi apabila melihat urusan pemilihan sesebuah kerajaan dikembalikan kepada rakyat.
Tapi mungkin 13 Mei 2009, BN akan cuba memanggil satu sidang DUN tergempar menerusi Speaker yang dilantik oleh ADUN BN, Dato’ Ganesan supaya satu usul undi tidak percaya dapat dibuat terhadap YB. Nizar. BN pasti menang.
Tetapi apakah ini akan menyelesaikan masalah? Speaker asal, YB. Sivakumar yakin dia masih Speaker yang sah. Bererti Sivakumar pasti akan mendapatkan perintah mahkamah bagi memastikan kepentingannya dan Pakatan Rakyat terbela.
Jika Nizar digulingkan menerusi undi tidak percaya dari Sidang DUN yang dipanggil oleh speaker yang dilantik BN, apa akan terjadi jika kemudiannya mahkamah memutuskan Sivakumar masih speaker yang sah, sama seperti Nizar.
Persoalan pertama, sanggupkah BN hidup dengan persepsi suka bertindak mengikut undang-undang rimba sehingga menyusahkan semua pihak.
Kedua, sanggupkah bekas MB haram BN, YB. Zambry terus bergelumang dengan lawak borianya dan berdepan dengan kemungkinan kehilangan jawatan MB kali kedua menerusi proses perundangan?
Keputusan untuk menamatkan segala ketidak ketentuan ini terletak pada kuasa istana Perak.
Krisis UMNO Terengganu dengan YDP Agong
Istana tidak boleh mengharapkan UMNO untuk membelanya. Lihat sahaja apa yang sedang berlaku di Terengganu.
Dikhabarkan, Idris Jusoh amat geram dengan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
Ini kerana Baginda telah menolak nama Idris Jusoh yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Najib yang mahu mengangkat Idris ke dalam kabinet Malaysia. Tujuan Najib ialah untuk menenangkan Idris dan penyokongnya setelah Idris diketepikan oleh Istana dari terus menjawat jawatan MB Terengganu.
Akibat penolakkan oleh Istana itu, Idris nekad mahu menggulingkan Ahmad Said Menteri Besar pilihan Istana Terengganu. Maka berlakulah apa yang kita semua tahu sehinggakan hari ini waran tangkap dikeluarkan ke atas bekas setiausaha politik Idris Jusoh sewaktu beliau menjadi MB Terengganu.
Sekali lagi polemik politik UMNO telah mencemarkan Istana.
Mengapa UMNO tidak mengambil tindakan kepada Idris Jusoh dan YB-YBnya yang tidak henti-henti menderhaka. Tidak cukup memanggil Tuanku YDP Agong sebagai ‘Natang’ atau ‘animal’, hari ini mereka mahu pula mengajar Tuanku.
Raja Nazrin perlu mengambil langkah penting mempertahankan sendiri kedaulatan Raja-Raja dengan menyerahkan hak kembali kepada rakyat. Insyaallah, istana Terengganu akan menyusur kemudian jika ada yang berani memulakannya.
Kedaulatan sebenar terletak pada kesetiaan dan cinta rakyat pada Baginda Tuanku.
Yang patut harus disegerakan. Yang muda memimpin yang tua.
edyes wrote:
Bagaimana sidang usul tidak percaya akan berlaku bersama speaker yang haram? Kalau MB yang dilantik hasil dari undang-undang rimba itu haram, sudah tentu speaker undang-undang rimba juga HARAM!
UMNO dan Najib dah salah langkah. Mengheret speaker yang masih sah adalah satu daripada undang-undang rimba barbarian !
1 comment:
Itu ler gopoh sangat! Kalau yer pun nak ambil alih kerajaan Perak ni, ikut ler prosedure yang betul. Dah rasa punya sokongan majoriti apa salahnya suggest pada Sultan supaya dibuat undi tak percaya di Sidang DUN. Ni tak... main redah jer cam lahap sangat! Sudahnyer nyusahkan semua orang.
Sekarang bila dah jadi camni, bukan nak ambil iktibar... duk masih berdegil. Tak abih-abih nak nyusah rakyat lagi.
Buang pi ler slogan baru kerajaan tu dalam longkang. Takde makna langsung!
Post a Comment