Thursday, November 20, 2008

Kerajaan Maya Blogospera - Objektif Dan Rangka Pimpinan

Maklumat oleh RentapRevolusi

Kerajaan Maya Rakyat, ringkasnya KAMAR, ialah sebuah pakatan para pemaya (bloggers) yang bersetuju dengan objektif (fungsi) yang dinyatakan di bawah. Ia dibentuk pada 22 November 2008 di Ipoh, Perak. Para pemaya yang hadir pada tarikh pembentukan ialah mereka yang disenaraikan dalam lampiran Peserta.(akan diberikan semasa pertemuan)

Objektif

Objektif KAMAR ialah fungsi KAMAR. Ia berkembang luas berdasar scenario politik sesuatu masa. Namun, kerangka utamanya adalah sebagai berikut:

- Membantu orang ramai menjalankan aktiviti kemasyarakatan;

- Bekerjasama dengan kerajaan melaksanakan projek pembangunan;

- Mencadang kepada orang ramai aktiviti yang patut dijalankan;

- Membantu kerajaan merancang projek yang akan dilaksanakan;

- Merancang serta membimbing masyarakat dalam bidang keusahawanan;

- Mengadakan program pendidikan secara maya kepada masyarakat.

- Menyebar pelbagai maklumat kepada masyarakat.

Pimpinan

KAMAR dipimpin oleh:

1. Ketua Umum dinamakan PrimaMaya

2. Setiausaha Agong dinamakan ProMaya

3. Bendahari Agong dinamakan PraMaya

4. Jawatankuasa dinamakan J-Pemaya (seramai, misalan: 9 – 12 orang)

5. Juruaudit

Peserta

1. Para pemaya yang hadir pada 22 November 2008; dan

2. Mereka yang diterima mendaftar selepas tarikh tersebut.

Pejabat (akan ditentukan oleh pimpinan)

Kewangan (akan ditentukan oleh pimpinan)

Perancangan (akan ditentukan oleh pimpinan)

Lain-Lain (akan dibincangkan)

Agenda Konvensyen Teh Tarik (22/11/2008)

5.00pm: Salam perkenalan. (memperkenalkan para-para dan pari-pari Pemaya.)
5.20pm: Melantik Promaya sementara untuk mencatit perjalanan konvensyen.
5.25pm: Pembentukan kabinet Kerajaan Maya Rakyat
6.00pm: Pembentangan usul-usul.
7.00pm: Bersurai
7.30pm:
Makan malam diKluang Station Cafe.


Untuk maklumat lanjut mengenai KAMAR sila refer di sini.

Untuk mengetahui senarai para bloggers yang akan hadir dalam konvensyen 22/11/2008, sila refer di sini.

2 comments:

Anonymous said...

Blogospera? Pemaya? Wakakaka

Kalau Justin Hall baca mesti beliau pun confius. Alahai bloggers 2008.

Joe Rock said...

ya!teruskan usahe menjadi melayu baru..sebagai mat saleh saya merasa malu di dunia ini ada bangsa yang bodoh dan menjadi bahan lawak untuk saya ketawa apabila stress