Berkenaan penjualan pasir, Anwar memuji tindakan Khalid mengkaji penjualan pasir yang pada tahun sebelumnya, keuntungan daripada penjualan 100tan pasir hanya membawa kepada 20juta daripada sepatutnya 300juta. Kadar keuntungan yang sepatutnya lebih besar ini harus dikembalikan kepada rakyat dalam konteks merakyatkan ekonomi.
Beliau kemudianya menyentuh isu minyak yang dijangkakan akan menyebabkan rakyat melarat. Tiada negara pengeluar minyak yang naik setinggi kita. DSAI menegaskan sebagai negara pengeluar, tiada sebab untuk harga minyak itu dinaikkan. Kesan dari kenaikkan harga minyak ini ditanggung oleh rakyat yang semakin tertekan dengan kadar ekonomi yang tidak menentu. Kerajaan menyeru supaya rakyat berjimat, tetapi sepatutnya seruan itu didahului oleh pemimpin itu sendiri.
Beliau turut mengulangi pendirian Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak jika memerintah kelak, dan menambah beliau lebih rela kehilangan jawatan daripada membiarkan rakyat merana. Itu adalah janji sepertimana sebelum kemenangan besar PRU-12, dan janjinya tetap sama apabila gelombang tsunami kedua dalam masa terdekat yang bakal menyusul, menyaksikan tumbangnya kerajaan angkuh Barisan Nasional.
Anwar seperti sebelum ini, telah berulang kali mengatakan bahwa kerajaan dengan kapasiti yang ada, mampu untuk menurunkan harga minyak domestik.
Secara berseloroh Anwar berkata bahwa beliau dicemuh sebagai seorang yang gila dengan menurunkan harga minyak demi untuk menjadi PM. Lantas beliau menjawab, gila turun minyak adalah jauh lebih baik daripada Perdana Menteri yang gila naik minyak.
Ucapan beliau diselangi oleh tepukkan yang sangat gemuruh, kata-kata beliau merangsang jiwa rakyat. Beliau juga menenangkan rakyat dengan meminta supaya menunggu sedikit masa lagi sebelum gelombang tsunami politik yang kedua tidak lama lagi.
Dato Seri Anwar Ibrahim dengan yakinnya memaklumkan kepada semua hadirin, bahawasanya ramai ahli parlimen yang sudah bersedia untuk berhijrah ke Pakatan Rakyat. Bukan hanya dari Sabah dan Sarawak, malahan dari semenanjung juga ramai. Jumlahnya jauh melebihi 30kerusi yang diperlukan. Beliau masih lagi didatangi oleh ahli parlimen yang sudah tidak tahan dengan karenah pemimpin yang telah jauh menyimpang dari wadah membela rakyat.
Tidak lupa juga DSAI mengulas pendirian beliau terhadap meng'imarah'kan masjid di serata negari Pakatan Rakyat. Jelas beliau, masjid itu wajar di'imarah'kan dengan aktiviti keilmuan dan pelbagai lagi. Masjid juga bukanlah dibandingkan oleh betapa tebalnya karpet, betapa besar dan betapa indahnya kristal sesebuah masjid itu tetapi dibandingkan oleh sejauh mana masjid itu di'imarah'kan dengan majlis ilmuan, program2 kuliah dan sebagai pusat perkembangan Islam.
DSAI sekali lagi menyentuh isu yang telah diutarakan oleh YB Azmin Ali mengenai penipuan kerajaan tentang pembahagian subsidi gas. Rakyat hanya merasai sedikit subsidi berbanding syarikat gergasi yang menguruskan IPP. Juga diperjelaskan perbezaan penggunaan perkataan insentif, dan subsidi oleh kerajaan. Syarikat asing diberi insentif untuk memulakan operasi di Malaysia, manakala rakyat diberi subsidi sedangkan kedua-dua kata tersebut membawa maksud yang sama iaitu 'pertolongan kerajaan'.
Maklumat terbaru yang diterima, bagi mengawal kecurian dan ketirisan subsidi diesel, kerajaan telah menubuhkan sebuah syarikat untuk memantau pengagihan diesel. Namun begitu, syarikat yang ditubuhkan itu adalah proxy di mana kontrak sejumlah RM134juta telah diberikan kepada Teras Kimia Sdn Bhd tanpa melalui tender. Ironinya di sini, apakah matlamat sebenar kerajaan untuk berjimat dalam membasmi ketirisan subsidi diesel sedangkan perbelanjaan untuk membangunkan sistemnya menelan belanja sebanyak RM134juta. Apakah rasionalnya ?
Begitu juga dengan skim rebate cukai jalan. Mekanisma ini sudah tentunya menelan belanja berjuta RM. Adalah lebih baik kerajaan sendiri mengambil langkah penjimatan seperti yang diseru.
Juga dimaklumkan oleh DSAI, esok(hari ini) akan diadakan sebuah mesyuarat antara pucuk pimpinan Pakatan Rakyat bagi mengatur strategi terakhir sebelum menawan Putrajaya bagi membebaskan rakyat dari cengkaman kesengsaraan.
Ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim disudahi dengan luangan masa oleh beliau untuk bertemu para hadirin dan peluang untuk bersalam dengan pemimpin kesayangan tidak dilepaskan oleh warga yang hadir dari sekitar Keramat, Ampang, Setiawangsa dan tidak kurang juga dari seluruh lembah kelang.
Sekali lagi saya terpaksa menempuhi padang yang penuh lecak, dengan hati yang puas biar kaki penuh berlumpur. Kepuasan itu juga terpacar dalam diri setiap yang hadir, tidak kurang juga yang punggung basah dek duduk beralaskan hanya surat khabar.
Dato Seri Anwar Ibrahim kerap kali mengulangi keyakinanya untuk menawan Putrajaya. Dengan kredibiliti menjadi pertaruhan, dan jika sudah berkali2 perkara yang sama dijelaskan, diulang. Adalah tidak adil untuk kita tidak mempercayai Dato Seri Anwar Ibrahim untuk gelombang tsunami kedua.
Harapan Baru untuk Malaysia. Kita berhak untuk Malayisa yang lebih baik - wellfair !
EDYES
No comments:
Post a Comment