Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa
Kera di hutan disusukan
Beruk di parlimen bergayut sakan
Usul untuk undi tak percaya ini gamaknya terlebih awal. Mungkin setelah sipolan itu mencabar agar kerajaan BN diruntuhkan sebelum 16sept maka cabaran itu dibeli dengan satu pengumuman.
Pertama sekali, sekalung tahniah dan salut perjuangan kerana ketegasan dan keberanian Parti Progresif Sabah (SAPP) dan dua Ahli Parlimen mereka mempertahankan hak rakyat khususnya Sabah. Mereka bukan cakap kosong tetapi menggambarkan betapa kerajaan pusat tidak mengambil enteng dalam usaha membebaskan sabah dari kemelut kesusahan.
Banyak isu yang dikemukakan dalam pada membawa usul tidak percaya kepada pucuk pimpinan BN, tetapi perkara pokoknya ialah sejauh mana hasrat kerajaan pusat membantu rakyat Sabah. Itu saya katakan bukan ketamakkan peribadi seperti yang dilemparkan paklah kepada Yong Teck Lee.
Jika sekiranya jawatankuasa tertinggi BN membuat keputusan untuk menendang SAPP, maka akan dapat terlihat di sini tiada lompatan berlaku melainkan tendangan. Ini adalah strategi peperangan yang sangat cemerlang gemilang terbilang dari banyak sudut. Domino pun menyusul meruntuhkan pertahanan BN.
Adakah SAPP akan diperap dalam BN oleh keputusan majlis tertingginya? atau SAPP bertindak keluar BN walaupun keputusan mengatakan SAPP kekal di BN? Mana-mana keputusan adalah sebenarnya terletak di tangan SAPP dan para bakal pembangkang 'sementara'. BN umpama kehilangan bola dalam perlawanan ini.
Berbalik kepada KJ, siapakah dia untuk mencabar kredibiliti seseorang? adakah dia menteri kabinet? mungkin KJ seorang yang kaya raya, tapi siapa beliau untuk mencabar Anwar? Dengan cabaran itu, pastinya langkahan DSAI dimulakan. Rentak permainan dilajukan tatkala kedengaran cabaran dari menantu hantu.
Saya katakan mungkin DSAI menunggu detik yang paling sesuai untuk memulakan peperangan dan pastinya beliau menunggu provokasi yang lebih mahal dilakukan oleh orang BN. Sebelum ini telah banyak provokasi terhadap kredibiliti Anwar tetapi itu belum mencukupi. Tetapi setelah satu cabaran keluar dari mulut Khairy Jamaludin, maka jari dipetik dan semboyan perjuangan digendang. Sehari selepas KJ mencabar Anwar, SAPP pula mencabar kredibiliti paklah dengan mengusulkan undi tak percaya.
Syabas Dato Seri, permainan kian menarik. Kami sebagai rakyat tidak sabar untuk melihat seorang pemimpin yang bijak dan cerdik membawa Malaysia ke arah yang lebih makmur, ekonomi yang lebih baik untuk rakyat iaitu merakyatkan ekonomi, ketamadunan Islam yang terbela.
Saya yakin, Malaysia akan menjadi negara yang berganda lebih hebat dengan membayar sebuah reformasi. Kita reform kerajaan, kita reform mentaliti diri, kita reform sistem negara. Angin perubahan jangan dibendung demi kebaikkan sejagat.
Barisan Nasional - Pembangkang yang cemerlang
EDYES
No comments:
Post a Comment