oleh goblog101
ICJ telah mengesahkan Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca milik Singapura. Ini adalah rentetan dan akibat kurangnya kecerdikan dikalangan barisan kepimpinan orang kita yang mengetuai kerajaan. Dulu, Institusi Kesultanan Johor ditipu untuk menyerahkan Singapura kepada penjajah yang licik dan penuh tipu daya iaitu Inggeris. Kita berpeluang menebus kembali tanah Temasik ini apabila gagasan Persekutuan Malaysia dibentuk pada 1963 iaitu selepas 6 tahun merdeka (1957).

Namun, seperti yang kita sendiri akui, barisan kepimpinan kita terlalu bertolak ansur dan sentiasa memandang mudah semua perkara...nak cepat senang dan tidak sanggup berjuang bersusah payah dalam mempertahankan hak. Diarahkan pecacai bawahan bermandi peluh, mengangkat senjata berjuang menentang komunis mempertahankan maruah bangsa tapi orang atasan bersenang lenang perjudikan maruah bangsa.
Tunku Abdul Rahman Putra Sultan Abdul Hamid Cucu Chulalongkorn telah bertindak memberikan tanah seluas hampir 700 km persegi kemerdekaan dari Malaysia pada 1967. Alasannya? Konon tidak mahu gagasan "Malaysian Malaysia" menular ke Tanah Semenanjung dan mengancam keselamatan negara.
Sebenarnya, Tunku ambil jalan mudah dan hendak cepat selesaikan masalah kesinambungan politik peribadinya. Dia hendak terus menjadi Perdana Menteri tetapi tidak sanggup dan tidak mampu mengawal Lee Kuan Yew yang ternyata lebih berkarisma dalam politik serta bercita-cita mengetuai Malaysia dan menyimpan Tunku dalam "peti sejuk-beku".
Maka, tanpa memberi peluang usul mengenai pemisahan Singapura dari Malaysia dibincangkan secara panjang lebar dan tulus akan sebab musabab serta akibatnya dalam parlimen dan tanpa mendapat kata sepakat yang sepatutnya dari ahli parlimen serta rakyat Malaysia, beliau secara unilateral telah mengambil keputusan mengeluarkan Singapura dari Persekutuan Malaysia.
Dikhabarkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Pertama iaitu Yam Tuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman (nama hampir sama dengan TAR) tidak bersetuju dan mengalirkan air mata (bukan seperti Tajol Rosli yang asyik menangis) semasa menandatangani perisytiharan pemisahan.
Apa reaksi barisan kepimpinan kita pada masa itu terhadap keputusan unilateral Tunku Abdul Rahman? YA, KAMI SOKONG! KAMI SETUJU! BIAR SINGAPURA DATANG MELUTUT KEPADA KITA SATU HARI NANTI. Orang luar tersenyum sinis. "Bodoh piang la diaorang ni, hehehe" kata mereka dalam hati. Tapi, diluar mereka menunjukkan muka toya tanda bersedih atas pemisahan tersebut. Muka sedih itu hanya untuk tontonan dan melayan ego barisan pimpinan kita saja.
Jelas kelihatan sindrom "KAMI SOKONG" dikalangan barisan kepimpinan kita walaupun pucuk pimpinan telah melakukan kesilapan yang amat besar yang mana generasi sekarang masih menanggung akibatnya. Sindrom "in denial" juga jelas kelihatan dengan menafikan mereka telah silap dan cuba menyedapkan hati dengan berkata suatu hari Singapura akan datang melutut meminta bantuan oleh kerana tiada sumber semulajadi untuk meneruskan kehidupan.
KELMARIN, generasi kini berjuang mendapatkan kembali hak kita walaupun ia hanyalah batu ditengah lautan dan menaruh harapan pula untuk mengusainya. Semalam kita kalah dalam tuntutan walaupun kita tahu itu HAK KITA. Singapura dulu pun HAK kita. Geran tanah Singapura masih ada di Johor. Apa akan jadi pada ESOK? Adakah esok kita akan kehilangan Johor pula dek kerana kepimpinan yang kurang cerdik dan sentiasa ingin bermain golf dengan kepimpinan Singapura sambil dipuji-puji oleh mereka?
Budaya KAMI SOKONG tanpa usul periksa asalkan orang yang disokong itu nombor wahid dalam politik Malaysia ini masih wujud dan menular dikalangan barisan kepimpinan sekarang. Contohnya?

- Wilayah Pembangunan Iskandar dibuka seluas-luasnya kepada Singapura. KAMI SOKONG!
- Orang luar (bukan warganegara) tidak perlu dokumen perjalanan apabila melintas sempadan dari Singapura ke WPI. KAMI SOKONG!
- Hak keistimewaan bumiputra dihapuskan dalam WPI. KAMI SOKONG!
- Rakyat Johor tidak mahukan Jambatan Bengkok. Mereka nak jambatan lurus dengan Singapura. KAMI SOKONG!
- Projek landasan keretapi berkembar ke utara dibatalkan kerana kerajaan tidak ada dana untuk menampung kos pembinaan yang tinggi. KAMI SOKONG!
- Kita tidak kalah dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu, hanya hilang 5 negeri saja. KAMI SOKONG!
- Inflasi semakin meningkat. Ubah gaya hidup. KAMI SOKONG!
- Beras naik harga. Jadi, kita tukar menu. Makanlah ubi kayu dan keledek. KAMI SOKONG!
- Tun Dr. Mahathir tidak boleh memberi sebarang komen dan kritikan terhadap pimpinan sekarang. Dia telah diberi masa lebih 20 tahun untuk memerintah. KAMI SOKONG!
- Rakyat tidak boleh mempertikaikan perlantikan senator seperti Muhammad Mohamad Taib, Mashitah dan Zaid sebagai menteri sedangkan "track record" mereka meragukan dan masih ramai ahli politik yang menang dalam pilihanraya berkelayakan kerana itu hak mutlak Perdana Menteri. KAMI SOKONG!
- Rakyat masih mahukan saya sebagai Perdana Menteri. KAMI SOKONG!
- Saya kuat tidor. KAMI SOKONG!
No comments:
Post a Comment