Monday, June 9, 2008

Pidato Anwar Di Keramat AU2 : Tawan Putrajaya !












Setelah membayangkan keadaan hujan selama seminggu berturut-turut di sebelah petang membawa ke malam, dijangkakan juga ceramah pidato anwar malam ini akan ditemani hujan. Namun dengan keberkatan, pidato Anwar lancar tanpa gangguan hujan mahupun gangguan makhluk polis.

Terima kasih tak terhingga dihamburkan kepada ketua polis Selangor yang telah sudi memberi permit. Mungkin mereka sedar bahwa tiada gunanya bersikap sombong dalam keadaan negara yang berkemungkinan akan beralih kuasa, dan sudah tentu mereka membeli 'insuran'.

Tetapi, Anwar tetap menegaskan yakni tiada unsur-unsur membalas dendam jika sekiranya kerajaan di ambil alih. Harus diingat, polis juga pemandu, polis juga mempunyai kenderaan sendiri. Maka saya berpendapat, mereka ini juga frust dengan kenaikkan minyak yang super mendadak ini kerana mereka tidak terlepas daripada kesempitan hidup yang semakin melarat dengan kenaikkan harga minyak.

Saya sampai tepat pada pukul 9 malam di keramat AU2 dari kampung Jemapoh, Kuala Pilah. kemudian ke hometown di Paroi Jaya, dan meneruskan perjalanan ke KL sambil singgah di Pantai Dalam untuk menghantar anak dan isteri sebelum memulakan perjalanan ke AU2 Keramat. Lebih daripada separuh perjalanan saya hari ini tanpa menggunakan air-condition di atas langkah yang disarankan oleh kerajaan iaitu 'penjimatan'.

Padang yang penuh lecak itu tidak menjadi masalah untuk rakyat mendengar harapan baru dari DSAI. Apa yang mengejutkan ialah, walaupun notis pidato ini disebarkan dalam masa hanya beberapa hari, namun jumlah kedatangan adalah diluar dari jangkauan. Itulah buktinya sabuah kebangkitan. Ramai yang datang walaupun setiap hari Pakatan Rakyat dan ketua umumnya dicerca di telivisyen, walaupun hari-hari dikutuk dan diperlekeh di dada akhbar, sokongan seakan tidak pernah pudar malah lebih meluap dengan isu terkini.

Ceramah perdana dimulakan oleh Adun PAS Saari Sungip yang menguraikan usul pemansuhan ISA dan pengharaman Islam 'had-harihari'. Diikuti ucapan yang berkobar oleh YB saudara Azmin Ali yang menyentuh isu2 panas di dewan rakyat termasuklah isu pengharaman promosi pelancongan terhadap negeri Pakatan Rakyat secara bersurat. Namun begitu, tidak diakui oleh menteri bertanggungjawab.Dalam kes itu, Azalina kemudianya berjumpa dengan Azmin dengan mengatakan surat tersebut telah ditarik balik dan disusuli oleh surat lain.
YB Azmin juga mempersoalkan subsidi gas yang di uar-uarkan oleh kerajaan kununya berjumlah 16bilion walhal sebenarnya yang hanya sampai kepada rakyat jelata hanyalah lebih kurang 3bilion sahaja.

Di mana selebihnya ? Sila tanya dengan syarikat2 IPP yang mengaut keuntungan berbilion-bilion RM di atas nama subsidi. Antaranya ialah syarikat gergasi Genting dan YTL coperation. Sudahlah mereka merupakan syarikat monopoli giant di negara ini, diberi pula subsidi yang melampaui batas. Adakah kerana saham syarikat tersebut salah-satu taruhan proxy pemimpin kita?

Kemudian suasana gamat menyelubungi kedatangan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan sorakan keramat REFORMASI.

Ceramah perdana disambung dengan ucapan YAB Datuk menteri besar Selangor. Datuk Khalid mengambil peluang menerangkan isu air percuma dengan membongkar keuntungan sebenar Syabas iaitu antara 80% hingga 100% setiap tahun. Syabas bethe. Dengan keuntungan sebegini besar, tidak mustahil pemotongan 20meter padu air tidak dapat dilaksanakan. Kerajaan pusat tidak mengambil iktibar daripada tindak tanduk positif kerajaan Selangor dalam memperkasa rakyat malah menuduh pemberian ini sebagai 'rasuah'.

Sudah ketandusan idea dan modal, tuduhan 'rasuah' tersebut oleh seorang ahli parlimen dari Johor umpama membangkang usaha membantu rakyat. Khalid menegaskan bahawa air di Selangor adalah hak rakyat Selangor, itu perkara pokok. Kenapa harus rakyat ini membayar hasil bumi sendiri dengan harga yang begitu mahal hingga menguntungkan kronis beratus juta. Cukuplah sekadar kos penyelenggaraan.

Adakah kerana warga Johor sudah menyesal angkara 'bijak' penjualan air yang terlalu murah kepada jiranya, maka negeri lain tidak boleh disenangi dengan air percuma. sungguh irihati para pengundi UMNO di sana.

Tanpa melengahkan masa, YAB Khalid memberi laluan kepada Prime Minister in waiting untuk berpidato. Dato Seri Anwar memulakan pidatonya dengan membidas tohmahan kerajaan pusat serta bekas pemimpin kerajaan Selangor terhadap kerajaan baru pimpinan YAB Khalid dalam konteks menunaikan manifesto pilihanraya lalu. Kerajaan Selangor kata beliau, mengutamakan hal-hal berkaitan 'merakyatkan ekonomi'.

Berkenaan penjualan pasir, Anwar memuji tindakan Khalid mengkaji penjualan pasir yang pada tahun sebelumnya, keuntungan daripada penjualan 100tan pasir hanya membawa kepada 20juta daripada sepatutnya 300juta. Kadar keuntungan yang sepatutnya lebih besar ini harus dikembalikan kepada rakyat dalam konteks merakyatkan ekonomi.

Beliau kemudianya menyentuh isu minyak yang dijangkakan akan menyebabkan rakyat melarat. Tiada negara pengeluar minyak yang naik setinggi kita. DSAI menegaskan sebagai negara pengeluar, tiada sebab untuk harga minyak itu dinaikkan. Kesan dari kenaikkan harga minyak ini ditanggung oleh rakyat yang semakin tertekan dengan kadar ekonomi yang tidak menentu. Kerajaan menyeru supaya rakyat berjimat, tetapi sepatutnya seruan itu didahului oleh pemimpin itu sendiri.

Beliau turut mengulangi pendirian Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak jika memerintah kelak, dan menambah beliau lebih rela kehilangan jawatan daripada membiarkan rakyat merana. Itu adalah janji sepertimana sebelum kemenangan besar PRU-12, dan janjinya tetap sama apabila gelombang tsunami kedua dalam masa terdekat yang bakal menyusul, menyaksikan tumbangnya kerajaan angkuh Barisan Nasional.

Anwar seperti sebelum ini, telah berulang kali mengatakan bahwa kerajaan dengan kapasiti yang ada, mampu untuk menurunkan harga minyak domestik.

Secara berseloroh Anwar berkata bahwa beliau dicemuh sebagai seorang yang gila dengan menurunkan harga minyak demi untuk menjadi PM. Lantas beliau menjawab, gila turun minyak adalah jauh lebih baik daripada Perdana Menteri yang gila naik minyak.

Ucapan beliau diselangi oleh tepukkan yang sangat gemuruh, kata-kata beliau merangsang jiwa rakyat. Beliau juga menenangkan rakyat dengan meminta supaya menunggu sedikit masa lagi sebelum gelombang tsunami politik yang kedua tidak lama lagi.

Dato Seri Anwar Ibrahim dengan yakinnya memaklumkan kepada semua hadirin, bahawasanya ramai ahli parlimen yang sudah bersedia untuk berhijrah ke Pakatan Rakyat. Bukan hanya dari Sabah dan Sarawak, malahan dari semenanjung juga ramai. Jumlahnya jauh melebihi 30kerusi yang diperlukan. Beliau masih lagi didatangi oleh ahli parlimen yang sudah tidak tahan dengan karenah pemimpin yang telah jauh menyimpang dari wadah membela rakyat.

Tidak lupa juga DSAI mengulas pendirian beliau terhadap meng'imarah'kan masjid di serata negari Pakatan Rakyat. Jelas beliau, masjid itu wajar di'imarah'kan dengan aktiviti keilmuan dan pelbagai lagi. Masjid juga bukanlah dibandingkan oleh betapa tebalnya karpet, betapa besar dan betapa indahnya kristal sesebuah masjid itu tetapi dibandingkan oleh sejauh mana masjid itu di'imarah'kan dengan majlis ilmuan, program2 kuliah dan sebagai pusat perkembangan Islam.

DSAI sekali lagi menyentuh isu yang telah diutarakan oleh YB Azmin Ali mengenai penipuan kerajaan tentang pembahagian subsidi gas. Rakyat hanya merasai sedikit subsidi berbanding syarikat gergasi yang menguruskan IPP. Juga diperjelaskan perbezaan penggunaan perkataan insentif, dan subsidi oleh kerajaan. Syarikat asing diberi insentif untuk memulakan operasi di Malaysia, manakala rakyat diberi subsidi sedangkan kedua-dua kata tersebut membawa maksud yang sama iaitu 'pertolongan kerajaan'.

Maklumat terbaru yang diterima, bagi mengawal kecurian dan ketirisan subsidi diesel, kerajaan telah menubuhkan sebuah syarikat untuk memantau pengagihan diesel. Namun begitu, syarikat yang ditubuhkan itu adalah proxy di mana kontrak sejumlah RM134juta telah diberikan kepada Teras Kimia Sdn Bhd tanpa melalui tender. Ironinya di sini, apakah matlamat sebenar kerajaan untuk berjimat dalam membasmi ketirisan subsidi diesel sedangkan perbelanjaan untuk membangunkan sistemnya menelan belanja sebanyak RM134juta. Apakah rasionalnya ?

Begitu juga dengan skim rebate cukai jalan. Mekanisma ini sudah tentunya menelan belanja berjuta RM. Adalah lebih baik kerajaan sendiri mengambil langkah penjimatan seperti yang diseru.

Juga dimaklumkan oleh DSAI, esok(hari ini) akan diadakan sebuah mesyuarat antara pucuk pimpinan Pakatan Rakyat bagi mengatur strategi terakhir sebelum menawan Putrajaya bagi membebaskan rakyat dari cengkaman kesengsaraan.

Ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim disudahi dengan luangan masa oleh beliau untuk bertemu para hadirin dan peluang untuk bersalam dengan pemimpin kesayangan tidak dilepaskan oleh warga yang hadir dari sekitar Keramat, Ampang, Setiawangsa dan tidak kurang juga dari seluruh lembah kelang.

Sekali lagi saya terpaksa menempuhi padang yang penuh lecak, dengan hati yang puas biar kaki penuh berlumpur. Kepuasan itu juga terpacar dalam diri setiap yang hadir, tidak kurang juga yang punggung basah dek duduk beralaskan hanya surat khabar.

Dato Seri Anwar Ibrahim kerap kali mengulangi keyakinanya untuk menawan Putrajaya. Dengan kredibiliti menjadi pertaruhan, dan jika sudah berkali2 perkara yang sama dijelaskan, diulang. Adalah tidak adil untuk kita tidak mempercayai Dato Seri Anwar Ibrahim untuk gelombang tsunami kedua.

Harapan Baru untuk Malaysia. Kita berhak untuk Malayisa yang lebih baik - wellfair !

EDYES

No comments:

Post a Comment