Wednesday, June 18, 2008

SAPP akan buat pengumuman penting !

oleh Malaysiakini

Parti Progresif Sabah (SAPP) akan mengadakan sidang akhbar pada jam 2 petang ini di ibupejabatnya di Kota Kinabalu, dijangka untuk membuat satu pengumuman penting.

Walaupun khabar angin tersebar luas bahawa parti itu mungkin bertindak keluar dari Barisan Nasional (BN), tetapi sumber-sumber yang rapat dengan parti itu berkata, ia mungkin tidak berlaku hari ini.

"Hari ini hanyalah langkah pertama. Mungkin tidak ada yang akan melompat parti," kata satu sumber.

Difahamkan, di sidang akhbar hari ini, parti itu mungkin mengulangi desakannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meningkatkan lagi tumpuan terhadap Sabah, terutama dalam menangani masalah pendatang haram serta pembasmian kemiskinan.

"Parti itu mungkin menyatakan ia sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah," kata sumber itu.

edyes wrote:

Suspen, memang suspen !

Kenapa tiba-tiba nak buat pengumuman penting pulak? Katanya takde ura-ura mengenai lompat, jadi kenapa perlu ada pengumuman?

Adakah ini retorik dari BN untuk menangkis dakwaan Anwar? Atau ada keputusan yang ditunggu-tunggu oleh Pakatan Rakyat ?

Ayuh, kita nantikan berita yang sensasi ini. Tidaklah saya kisah samada ada lompatan atau tidak. Keadaan kucar kacir seperti ini sudah cukup memberi impak yang besar kepada kem UMNO dan paklahnya.

REFORMASI !!

No comments: