Friday, May 23, 2008

Pulau Batu Putih milik Singapura !!

23/05/2008 5:56pm


Pulau Batu Putih


THE HAGUE 23 Mei – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini hari ini memutuskan bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Singapura.

Bagaimanapun, dalam penghakiman itu yang dibacakan oleh Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh, ICJ memutuskan Middle Rocks dimiliki oleh Malaysia.

Pulau Batu Putih, yang berukuran lebih kurang separuh daripada keluasan sebuah padang bola sepak, terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusoh di Johor.

Singapura memanggil pulau kecil itu dengan nama Pedra Branca (perkataan Portugis yang bermaksud Batu Putih).

Pertikaian antara Singapura dan Malaysia mengenai Pulau Batu Putih bermula pada 14 Februari 1980, apabila republik itu membantah tindakan Malaysia menerbitkan sebuah peta pada 1979, yang dengan jelas menunjukkan pulau itu terletak dalam wilayahnya.

Pada Februari 1993, Singapura meluaskan tuntutannya ke atas Middle Rocks dan South Ledge, yang terletak berhampiran pulau itu.

Pada 6 Februari 2003, kedua-dua negara menandatangani satu perjanjian khas bagi merujuk perkara itu kepada ICJ. - Utusan


edyes wrote:


Seperti telah diduga, kita kalah jua akhirnya. Ibarat kalah perang, kedaulatan kita tercemar !!

saya dalam keadaan takde mood nak komen lebih, sila klik di sini dan di sini dan di sini

UMNO HARUS BERTANGGUNGJAWAB PENUH !!!

Saya masih ingat lagi, dengan konfiden mereka katakan mustahil ianya jatuh ke tangan Singapura !

2 comments:

Anonymous said...

Menang Sorak...Pulau tergadai...

Balak yang menimpa...PRU12 bukan saja Hilang 5 negeri tertapi hilang Pulau Batu Puteh sekali....

Nampak sangat Pulau batu puteh Pun benci BN..hahaha

Anonymous said...

KENAPA UMNO PERLU BETANGGUNGJAWAB ??
INI HAL INTERBATIONAL.. BUKAN TENTANG POLITIK SEMATA-MATA. BUKALAH MATA TU. JANGAN HANYA TAU MENYALAHKAN 1 PIHAK SAHAJA. UMNO SUDAH MENJALANKAN TANGGUNGJAWABNYA DENGAN BAIK DALAM MENTADBIR NEGARA. ANDAI KATA PARTI LAIN DAPAT SELESAIKAN HAL INI , KENAPA TIDAK MEMBANTU ? KENAPA PERLU BERSEMBUNYI ? TAPI BILA KEPUTUSAN SUDAH DI KETAHUI , MULA MENUNDING JARI KEPADA PIHAK LAIN ? KEDAULATAN NEGARA MERUPAKAN TANGGUNGJAWAB SEMUA PIHAK.