Friday, May 9, 2008

Sejarah Mengajar Kita : Ops Lalang 1987

sumber oleh : ibnukhuzaimah

Operasi Lalang atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh Polis Malaysia/Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik negara pada tahun 1987. Di Stadium TPCA di Jalan Abdul Aziz, di Kampung Baru dihimpunkan 10,000 ahli pemuda UMNO.

Di sinilah bermulanya Peristiwa 13 Mei iaitu di hujung Jalan Abdul Aziz/Jalan Raja Muda, berhampiran kediaman Dato Harun Idris yang kini telah didirikan bangunan milik Yayasan Selangor.

Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang dan aktivis pendidikan cina, ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.

Antara nama terkenal yang ditahan ialah, Lim Kit Siang, Chandra Muzaffar, Karpal Singh, Chan Kit Chee, Kua Kia Soong (Dong Jiau Zong), Lim Fong Seng Pengerusi (Chinese Education Associations), Halim Arshat - Ketua Pemuda PAS, Mohamad Sabu, Ibrahim Ali Ahli, Mohamed Fahmi Ibrahim dan ramai lagi.

Prelude kepada Ops lalang, isu-isu sensitif dimainkan dalam surat khabar Cina dan dibalas dengan surat khabar berbahasa Melayu. * Lee Kim Sai antara lain menyatakan 'Melayu pun pendatang'. Hak keistimewaan Bumiputera dipertikaikan semula.

* Tindakan Kementerian Pelajaran melantik 100 guru besar bukan berpendidikan Mandarin di sekolah jenis kebangsaan Cina telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiau Zong, dan lain-lain. Pemimpin MCA, Gerakan, DAP dan Dong Jiao Zong telah sepakat mempertahankan 'stail' pendidikan sekolah Cina.

* Pada 11 Oktober 1987, seramai 2000 ahli Dong Jiau Zong telah berhimpun di Wisma Persatuan Hainan bersebelahan Tokong Thian Hou di Kuala Lumpur. Mereka mencadangkan murid-murid memboikot sekolah ini selama 3 hari.

Para pemimpin muda UMNO seperti Dato Muhammad Mohamad Taib - Menteri Besar Selangor, Ibrahim Ali, Fahmi Ibrahim, Rais Yatim , Anwar Ibrahim mahu UMNO menunjukkan rasa prihatin mereka. Najib Tun Razak ketika itu Timbalan Ketua Pemuda UMNO.

Dalam Ucapannya Najib dengan gagah mahu memandikan keris dengan darah orang Cina Malaysia.Dato Muhamad Muhamad Taib pula dilaporkan mebgeluarkan kenyataan di RTM, menggesa 'bawalah pisau - senang nak kupas limau'.

Di simpang-simpang jalan utama ke Kuala Lumpur, polis dan tentera telah mendirikan khemah dan sekatan jalan raya. Contohnya di Jalan Cheras- Kajang.

Perhimpunan pemuda UMNO di Stadium TPCA ini mendesak Lee Kim Sai selaku Timbalan Presiden MCA dan Menteri Buruh mestilah meletakkan jawatan. Gelaran Dato telah ditarik balik oleh Sultan Selangor. Lee Kim Sai telah 'dibenarkan melarikan diri' ke Australia.

Anwar Ibrahim selaku Menteri Pendidikan ketika itu mahu melancarkan perhimnpunan rasaksa (500,000) di Kuala Lumpur bagi menyambut ulang tahun UNNO ke-41.

Walaubagaimanapun Prebet Adam, "telah menyelamatkan suasana" dengan berlakunya kejadian huru-hara' di Jalan Chow Kit di mana Prebet Adam dari Kem Tentera Ulu Kinta telah membunuih dua orang Cina dengan senjata rifle M16. Prebet Adam dikatakan mengamuk akibat tertekan dengan peristiwakehilangan salah seorang ahli keluarganya.

Dato Zaman Khan selaku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri tidak senang dengan perhimpunan yang dirancang oleh UMNO itu. Siaran waktu pagi, Dato Zaman Khan mengumumkan di radio akan kejadian yang berlaku di Chow Kit. Berikutan itu, perhimpunan raksasa telah dibatalkan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Menteri Dalam Negeri.

Sebagai tindakan seimbang, pemimpin UMNO, DAP, PAS, Dong Jiao Zong dan pemimpin lain yang tiada kena mengena telah ditangkap. Lee Kim Sai yang sepatutnya diambil tindakan tegas, telah berlepas ke Australia manakala Najib Razak yang mahu memandikan keris dengan darah cina serta Muhamad Taib yang mahu mengupas kulit limau tidak titahan.

Gambaran ini menjelaskan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri merupakan undang-undang draconian yang boleh dipergunakan mengikut selera sipemakai menahan seseorang tanpa bicara, sedangkan masih terdapat banyak undang-undang lain yang boleh menahan seseorang mengikut kesalahan yang dilakukan.

Operasi Lalang ini menimbulkan kontroversi kerana mereka yang 'bersalah' terlepas. Sebaliknya pemimpin pembangkang yang berada di tepi 'arus' telah ditangkap dan dipenjarakan di Kem Tahan Kamunting Taiping selama 2 tahun atau lebih.

Tahanan politik ini ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan penahanan tanpa bicara, tanpa mengambil kira bersalah atau tidak seseorang itu. Sehingga kini Malaysia mendapat kritikan di peringkat antarabangsa dan dalam Negeri. Ramai yang percaya ISA bertentagan dengan Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan al-Quran sendiri.

Gerakan Mansuhkan ISA (GAM) giat berkempen supaya ia dimansuhkan.

edyes wrote :

Sejarah mengajar kita agar lebih matang, dan sejarah ini juga menunjukkan ISA itu hanya digunakan untuk orang tertentu.

Mungkin terdapat 'imunity' kepada ahli2 UMNO untuk dikenakan ISA sedangkan jelas dan nyata hasutan itu dilaungkan. Sepatutnya nama ISA ini ditukarkan kepada ISAfnU. ISA for non UMNO.

1 comment:

Anonymous said...

Saudara Edyes,

Terima kasih kerana menerbitkan rencana ini di blog saudara. Saya dapat memahami apa yang berlaku sewaktu Operasi Lalang dengan lebih mendalam (misalnya, tindakan prebet Adam dan komen-komen Muhammad Muhammad Taib sewaktu itu).

Adalah diharap undang-undang draconian seperti ini dimansuhkan satu hari nanti, dan Malaysia terus maju jaya secara progresif, harmonis dan aman.

Sekian