Monday, March 17, 2008

Teori Anwar Jadi PM

Implikasi Kejayaan BR:
Menubuhkan Kerajaan Pusat Bila-bila MasaKini Barisan Rakyat (BR) sudah memiliki 82 kerusi parlimen. Sesebuah parti yang ingin menubuhkan kerajaan pusat mestilah sekurang-kurang memiliki 112 kerusi parlimen. Ini bermakna BR hanya memerlukan sebanyak 30 kerusi sahaja lagi untuk membentuk kerajaan pusat yang baru. Dari manakah 30 kerusi ini mampu diperolehi?Dalam keadaan BR yang kuat dan BN yang semakin lemah, kemungkinan untuk berlaku lompatan di kalangan ahli palimen adalah tidak mustahil.

Kemungkinan untuk ahli parlimen BR dibeli oleh BN ada dan kemungkinan ahli parlimen BN melompat ke BR pun ada. Bukan sekadar itu, tidak mustahil parti komponen BN akan keluar BN dan bergabung dengan BR. Kemungkinan ini lebih besar diandaikan kepada parti-parti politik di Sabah dan Sarawak. Mereka mengikut arus di Semenanjung. Jika BN tidaklah menjaminkan sesuatu kepada mereka atau mereka lebih yakin pada BR yang diterajui oleh DS Anwar Ibrahim, maka akan berlaku nanti tsunami politik yang kedua iaitu, pembentukan kerajaan pusat yang baru dengan DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
>
Parti-parti di Sabah dan Sarawak tidaklah mesra-BN sebagaimana MCA dan MIC. UMNO datang ke Sabah dalam bentuk meluaskan jajahan UMNO itu sendiri. Dan atas dasar kepentingan dan perkiraan politik, parti-parti peribumi di Sabah sanggup membubarkan parti mereka dan menubuhkan UMNO. Maka sudah pasti kecintaan mereka kepada UMNO tidaklah sekuat mana.Jika parti-parti tersebut yakin dengan bilangan kerusi parlimen mereka mencukupi untuk membentuk kerajaan pusat di bawah BR di samping tawaran-tawaran bijak dari DS Anwar Ibrahim, maka sudah pasti naiklah kerajaan baru dan merudumlah UMNO dan BN. Ketika itu tidak mustahil beberapa orang ahli parlimen UMNO sendiri mula melompat ke BR.

Apabila perkara di atas terjadi, maka terbitlah implikasi-implikasi baru yang lebih menarik. Antaranya corak dan gaya pemerintahan, dasar-dasar baru negara, penguasaan media massa, pembersihan badan kehakiman dan pembaikpulihan pasukan keselamatan,SPR, pembasmian rasuah dan pendakwaan ke atas kaki rasuah dan sebagainya. Seandainya itu terjadi, saya tak yakin UMNO mampu bernafas lagi di bumi Malaysia. UMNO ialah parti kebendaan, projek dan pangkat. UMNO bukan seperti PAS yang berjuang di atas dasar akidah yang jelas. Justeru itu, tunggulah muka-muka pemimpin dan ahli-ahli UMNO menjadi peminta sedekah dengan cara memuji BR dan mengutuk-ngutuk BN dan UMNO yang selama ini mereka julang macam orang utan menjulang pisang.

Posted by Ibnu Hasyim


edyesdotcom wrote:

Nampaknya teori ini telah beberapa kali dibangkitkan oleh Ibnu Hashim di blognya. Maka saya bentangkan di atas untuk sama-sama kita amati kesahihan dan logiknya perkara ini.

Pada pendapat saya, sekiranya teori ini ada kebenaran dan ada jalanya, sudah tentu klimexnya ialah apabila berlakunya pilihanraya kecil yang melibatkan de facto leader of Keadilan iaitu DSAI. Tentunya inilah saat yang paling gamat menantikan hancurnya Bee END apabila DSAI menang di pilihanraya tersebut.

Lompatan di parlimen pasti berlaku di mana sekutu2 DSAI yang silently masih berada di Parlimen mahupun Kabinet paklah itu sendiri, tidak akan melepaskan peluang untuk terlibat secara langsung dalam kempen untuk menaikkan pemimpin asal mereka(DSAI). Salah satu daripada jangkaan saya ialah bakal menteri kabinet paklah iaitu Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan rakan-rakan sewaktu beliau masih Ketua Pemuda UMNo Bee END.

Bersedialah untuk menghadapi apa jua perubahan yang berlaku. Bersiaplah untuk mengharungi apa jua kemungkinan yang bakal terjadi. Setiap anjakkan mempunyai risikonya yang tersendiri dan kita pasti menghadapinya dengan semangat reformist!

"Kalau Takut Dengan Risiko, Usah Bicara Soal Perjuangan"

Anwar Ibrahim

REFORMASI sudahpun berlaku di sini, sama-samalah kita nantikan Klimexnya !!!


REFORMASI !!

No comments: