Monday, September 7, 2009

Gempa Bumi di Seksyen 23!!!

Sesiapa pun yang duduk di sec. 23 Shah Alam mungkin tak setuju dengan isu kuil dialihkan ke kawasan majoriti Islam Sec.23.

Tetapi bila kerajaan negeri sudi ajak berbincang secara baik, kenapa wakil penduduk s23 bertindak keterlaluan umpama tidak bertamadun? Macam orang takde agama!!

Majlis belum bermula, tiba-tiba rampas microphone maki2 Menteri Besar ! Mana ada MB Barisan Nasional yang sanggup harung caci maki sepertimana yang dilalui oleh MB Khalid.

Saya fikir, kalau maki hamun berlaku terhadap Ali Rustam atau MB negeri BN yang lain, sudah tentu yang memaki hamun tu dah masuk lokap dan dibuang kerja. Fikir2kan lah...

Orang yang jadi dalang pulak, terdiri dari orang2 UMNO yang tak senang dengan kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor !

Kita manusia hidup di dunia nie ada peraturan. Kalau dah jadi penganut agama Islam, lagi ada adap dan peraturan. Bukan boleh main terjah sahaja yang akhirnya masalah menjadi makin rumit.

Kalau aku jadi MB, aku akan pastikan seksyen 23 Shah Alam mendapat turn terakhir dalam segala bentuk manfaat dan bantuan.

11 comments:

Anonymous said...

Salam. Just a little something from one of the residents of Section 23, Shah Alam. My request before you publish anything regarding whatever issue (now the focus is on Section 23), is that :-
1) Kindly do not look only at the surface of the matter. It has more layers than what was being portrayed by the media or by people of interest.

2) Study why the residents at Section 19 'demanded' the removal of the said temple & why the impact on the said temple (socially, physically &mentally), the lack of action & the biaseness by those elected thereof has angered the residents of Section 23. We have lived in peace & harmony with other residents from other races & beliefs (spiritual or political) for the past 4 years before the said elected officials suddenly dumps 'this matter' into our so-called laps....this is not a political ploy nor just a religious issue...it is more than that.

3) After doing 1) & 2) then put yourself in our shoes , how would you react if the same thing were to happen to you? Or would it be the case of 'calling the kettle black'...(if that is the right term)...

4) Study the Quran & Hadiths properly and as a whole, not partially just to prove your point.

5) Finally my deepest apologies for everything I've said, Maaf Zahir & Batin & Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.


ehsan23

Anonymous said...

DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

Surat ini ditujukan kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad, Rodziah Ismail, Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 23, Hj. Zainuddin & Pengerusi Surau Seksyen 23, Azrul Hakim, Penduduk ISLAM Seksyen 23, Para pemimpin ISLAM dan umat ISLAM keseluruhannya.

Saya merupakan seorang penduduk di Seksyen 23 dan telah hidup secara aman bersama jiran tetangga yang berbilang bangsa dan berlainan agama. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk untuk kebaikan penghuni tanpa mengira bangsa dan agama. Jiran-jiran saya terdiri dari kaum India. Ada yang beragama Kristian dan Hindu. Manakala kaum Cina pula ada yang beragama Kristian dan Buddha.. Saya terpanggil untuk memberikan sedikit cebisan pandangan saya berikutan kekecohan yang berlaku di kawasan perumahan kami sejak akhir-akhir ini. Semoga usaha saya ini mendapat keredhaan ALLAH S.W.T. INSYAALLAH.

SURAH AL-MAIDAH : 90
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (BERKORBAN UNTUK) BERHALA, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”

Saya ucapkan tahniah kepada KHALID IBRAHIM kerana masih ingin meneruskan hasrat untuk memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23. Perlu diingat sejarah Khir Toyo dan UMNO/BN, SALAH SATU FAKTOR KEKALAHAN pada 2008 adalah berpunca dari ‘anugerah penyapu’ yang diberikan. TIDAK MUSTAHIL KEJATUHAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR AKAN BERPUNCA DARI PROJEK KANDANG KHINZIR, ISU ARAK DAN PEMBINAAN ATAU PEMINDAHAN KUIL. INSYAALLAH.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada KHALID SAMAD kerana menerangkan sejarah kuil di Seksyen 19 dengan begitu panjang lebar. Cuma tuan TERLUPA menjawab isu yang dibangkitkan oleh penduduk Seksyen 23 - MENGAPA PEMINDAHAN KUIL DARI SEKSYEN 19 DIPINDAHKAN KE SEKSYEN 23 YANG MANA MAJORITI PENDUDUK ADALAH YANG BERAGAMA ISLAM? Sedangkan pada bulan Mei 2009, pertanyaan penduduk mengenai isu kuil tersebut ditolak mentah-mentah dan penduduk dikatatakan mempercayai ‘khabar angin’. ADAKAH INI JAWAPAN DAN TINDAK TANDUK SEORANG PEMIMPIN ISLAM YANG DILANTIK? KINI, SUDAH TERANG LAGI BERSULUH!!!

Sekiranya UMNO/BN GAGAL menangani isu kuil di seksyen 19 yang mana majoriti penduduk adalah beragama ISLAM, tuan sebagai salah seorang pemimpin yang dilantik hendaklah cuba menyelesaikannya permasalahan penduduk tersebut. Sekiranya SATU-SATUNYA JALAN PENYELESAIAN YANG DAPAT DICAPAI ADALAH SEKADAR MEMINDAHKAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 YANG JUGA MEMPUNYAI MAJORITI PENDUDUK YANG BERAGAMA ISLAM, itu bukanlah satu penyelesaian yang bijak kerana anda cuma ‘MENCAMPAKKAN’ MASALAH KUIL DI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23!!!

ADAKAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULA INGIN MENCIPTA REKOD UNTUK MEMINDAHKAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 DAN MENGULANGI IGAUAN DAN TRAUMA YANG DIHADAPI OLEH PENDUDUK ISLAM DI SEKSYEN 19 KEPADA PENDUDUK ISLAM DI SEKSYEN 23 DALAM TEMPOH TIDAK SAMPAI 2 TAHUN SEJAK MEMERINTAH SELANGOR???

ADAKAH INI PERUBAHAN YANG DIINGINKAN OLEH PENDUDUK SHAH ALAM SEWAKTU MENGUNDI PADA 2008???

ehsan23

Anonymous said...

Di Malaysia, terdapat kepelbagaian agama, bangsa dan kaum, maka lahirlah pelbagai parti politik seperti UMNO, PAS, PKR, DAP dan lain-lain. Mereka semua ada yang hidup berjiran. Begitu juga di Seksyen 23. TETAPI KAMI TIDAK PERNAH MENJADIKAN PARTI POLITIK SEBAGAI ALASAN UNTUK BERMUSUH DAN KAMI DAPAT HIDUP BERJIRAN DENGAN AMAN. KEPADA AHLI-AHLI POLITIK, CUBA CELIKKAN MATA DAN BUKA MINDA MENGENAI ISU YANG SEBENARNYA! KAMI MEMBANTAH PEMINDAHAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 DI MANA MAJORITI PENDUDUK ADALAH BERAGAMA ISLAM!!!

Kepada RODZIAH ISMAIL pula saya ucapkan jutaan terima kasih kerana ketidakprihatinan puan ke atas permasalahan yang melanda penduduk ISLAM di Seksyen 23. PERTANYAAN PENDUDUK DARI BULAN MEI 2009 MENGENAI ISU KUIL TERSEBUT HANYA DIJAWAB PADA BULAN OGOS 2009. ITUPUN JAWAPAN DIBERIKAN MELALUI MEDIA CETAK. MENGAPA WAKIL RAKYAT UNTUK PENDUDUK SEKSYEN 23 PERLU ADA PEJABAT DI SEKSYEN 23 SEKIRANYA TIDAK PERNAH BERJUMPA ATAUPUN INGIN BERKHIDMAT UNTUK PENDUDUK SEKSYEN 23???

Kepada Pengerusi Penduduk, HAJI ZAINUDIN, saya berharap tuan agar dapat memimpin penduduk ISLAM Seksyen 23 bagi membela nasib kami dan anak-anak kami demi menegakkan agama ISLAM. INSYAALLAH.

SURAH AT-TAUBAH : 123
“Hai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orang kafir yang di sekitar kamu itu, dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu, dan ketahuilah, BAHAWASANYA ALLAH BESERTA ORANG-ORANG YANG BERTAQWA.”

Kepada Pengerusi Surau, AZRUL HAKIM, saya utarakan pertanyaan-pertanyaan tersebut. Adakah wajar seseorang mengherdik dan memaki seseorang yang lebih tua dari dirinya yang sebaya dengan ayahnya sendiri? Dalam ceramah agama pula adakah wajar diceritakan perihal seorang pendakwah bebas yang ‘berkawan rapat’ dengan seorang artis wanita sebelum isteri pendakwah bebas tersebut tampil ke media massa untuk menerangkan keadaan sebenar rumahtangga mereka? Adakah wajar juga sewaktu ceramah agama, dijadikan medan untuk menjelaskan mengenai lokasi kuil sedangkan orang yang menjelaskan perkara tersebut bukanlah ahli yang layak ataupun wakil rakyat yang dilantik untuk menerangkannya kepada penduduk? Adakah wajar juga sesi ceramah agama dijadikan medan untuk memburuk-burukkan orang-orang lain yang seagama ISLAM hanya kerana berlainan pendapat atau berlainan parti politik? WALLAHU’ALAM.

AKHIR SEKALI, saya memohon maaf di atas kata-kata yang menyinggung perasaan tuan puan tetapi saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ISLAM untuk mengingatkan di antara satu sama lain. SEGALA YANG BAIK DATANGLAH DARI ALLAH S.W.T DAN YANG BURUK DATANGNYA DARI SAYA SENDIRI.

SURAH AL-FURQAN : 17
”Dan (ingatlah) suatu hari (ketika) ALLAH menghimpunkan mereka beserta apa yang mereka sembah selain ALLAH , lalu ALLAH berkata (kepada yang disembah); ‘ Apakah kamu yang menyesatkan hamba-hambaKU itu, atau mereka sendirikah yang sesat dari jalan (yang benar)?”

AL-FATIHAH : 5-7
“Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada engkaulah kami mohon pertolongan”. TUNJUKILAH KAMI JALAN YANG LURUS, (iaitu) jalan orang-orang yang telah engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi), dan bukan (pula jalan ) mereka yang sesat (Nasrani)”.

SURAH AL-AN’AM : 162
“SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADATKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH, TUHAN SEMESTA ALAM.”

AMIN YA RABBAL ALAMIN.


ehsan23

Edyes said...

salam buat ehsan23,

walaupun saya bukan salah seorang residen di sek23, namun saya percaya bahawa saya juga akan mempersoal sejauh mana berkesannya penyelesaian kuil di sek19 dengan membawanya ke sek23 sebagaimana majoriti penduduknya adalah Islam.

Apabila mengalihkan suatu bebanan liabiliti yang sukar ditanggung dari satu bahu ke suatu bahu yang punya kriteria yang sama, ini tidak akan menyelesaikan masalah malah mungkin akan bertambah. Atas sebab ini jugalah perbincangan secara matang diperlukan!

Bukankah sepatutnya penduduk sek23 menggunakan peluang kesempatan bersemuka dengan MB dan YB terlibat? Kesempatan ini telah disalahguna, atau tidak digunakan dengan cara yang betul dan berhemah.

Penduduk sek23 mempunyai hak untuk berkeras dan bertegas. Penduduk sek23 juga mempunyai hak untuk samada ingin bertolak ansur atau tidak. Malah dialog yang dianjurkan bertujuan untuk memenangi hati penduduk sek23. Dialog tersebut adalah jalan untuk menyelesaikan masalah dan medan untuk berbaik sesama umat. Mungkin juga ianya adalah satu peluang untuk kerajaan negeri menunjukkan betapa perkiraan mereka adalah salah dan penyelesaian secara baik wajar dituntut pada hari tersebut.

Tetapi, apa yang berlaku di dewan MBSA cukup memalukan. Dari sudut kemanusiaan, dari sudut keagamaan, dari sudut ke-bangsa-an, dari sudut politik dan dari segala sudut yang ada, penduduk sek23 tidak lebih dari sekumpulan manusia yang membenarkan diri mereka dikuasai nafsu syaitan. Peruntukkan akal yang telah Allah kurniakan, yang membezakan antara haiwan dan kemanusiaan gagal digunakan.

Wakil penduduk sek23 bukan hadir untuk berbincang, bukan hadir untuk menyelesaikan masalah, bukan hadir untuk menggunakan kebijaksanaan dalam menyelesaikan kerumitan. Mereka hanya hadir untuk merosakkan rundingan dan menambah koleksi provokasi perkauman.

Perlakuan tersebut memalukan agama dan bangsa. Perbincangan belum pun bermula disambut dengan berbakul caci-maki. Memaki-hamun mencaci-maki dalam sebuah medan perbincangan meletakkan Islam sebagai sebuah agama yang tiada tolak ansur dan penuh prejudis perkauman. Kelaluan wakil penduduk sek23 tak ubah sebagai mencemarkan kesucian Islam dimata masyarakat.

Kita sebagai orang islam sepatutnya menunjukkan contoh teladan betapa Islam itu adil kepada semua dalam semua aspek. Pemerintahan Islam itu adil dan penuh tolaransi maka penganut agama lain akan terpesona dengan kebenaran Islam.

Jika rasa hormat terhadap pemimpin adalah perkara lain, bagaimana pula dengan rasa hormat terhadap Ramadhan bulan mulia? Di manakah rasional? Di manakah adab tatasusila?

Saya percaya, jika Islam menjadi panduan sudah tentu perbincangan akan bermula dan berakhir secara baik. Tidakkah kita punya agama untuk dirujuk?

Sekali lagi saya nyatakan, saya tidak menyokong perpindahan kuil ke sek23 kerana ia umpama menyelesaikan masalah sek19 dengan menambah masalah sek23. Namun demikian, saya menentang sekeras-kerasnya usaha wakil penduduk sek23 menggagalkan rundingan. Mereka tak ubah seperti binatang.

AMNOBODO said...

////>> Apabila mengalihkan suatu bebanan liabiliti yang sukar ditanggung dari satu bahu ke suatu bahu yang punya kriteria yang sama, ini tidak akan menyelesaikan masalah malah mungkin akan bertambah. Atas sebab ini jugalah perbincangan secara matang diperlukan!

Bukankah sepatutnya penduduk sek23 menggunakan peluang kesempatan bersemuka dengan MB dan YB terlibat? Kesempatan ini telah disalahguna, atau tidak digunakan dengan cara yang betul dan berhemah./// <<<


Wakil penduduk sek23 bukan hadir untuk berbincang, bukan hadir untuk menyelesaikan masalah, bukan hadir untuk menggunakan kebijaksanaan dalam menyelesaikan kerumitan. Mereka hanya hadir untuk merosakkan rundingan dan menambah koleksi provokasi perkauman.

Perlakuan tersebut memalukan agama dan bangsa. Perbincangan belum pun bermula disambut dengan berbakul caci-maki. Memaki-hamun mencaci-maki dalam sebuah medan perbincangan meletakkan Islam sebagai sebuah agama yang tiada tolak ansur dan penuh prejudis perkauman. Kelaluan wakil penduduk sek23 tak ubah sebagai mencemarkan kesucian Islam dimata masyarakat.

Kita sebagai orang islam sepatutnya menunjukkan contoh teladan betapa Islam itu adil kepada semua dalam semua aspek. Pemerintahan Islam itu adil dan penuh tolaransi maka penganut agama lain akan terpesona dengan kebenaran Islam.

Jika rasa hormat terhadap pemimpin adalah perkara lain, bagaimana pula dengan rasa hormat terhadap Ramadhan bulan mulia? Di manakah rasional? Di manakah adab tatasusila?

Saya percaya, jika Islam menjadi panduan sudah tentu perbincangan akan bermula dan berakhir secara baik. Tidakkah kita punya agama untuk dirujuk?

Sekali lagi saya nyatakan, saya tidak menyokong perpindahan kuil ke sek23 kerana ia umpama menyelesaikan masalah sek19 dengan menambah masalah sek23. Namun demikian, saya menentang sekeras-kerasnya usaha wakil penduduk sek23 menggagalkan rundingan. Mereka tak ubah seperti binatang.
<<<<
___________________________________
iyer tak yer Edyes....saya rasa ehsan23 tuh yang pakai topi 1Malaysia dalam sesi dialog tuh ler...bodo ya amat....orang nak bincang elok2....jgn ler nak beremosi....ini belum apa2 lagi...dah macam2 maki hamun keluar....memang layak ler usung kepala lembu sana sini...pasai nak tunjukkan mereka tuh bodo piaQ macam kepala lembu yang diusung itu jugalah...Adoi....ada lagik makhluk bodo macam tu kat shah alam bandar anggerik yer?

AMNOBODO said...

Peserta demo kepala lembu didakwa
Sep 7, 09 6:27pm
Mereka yang terlibat mengarakkan kepala lembu dan membuat ucapan dalam demonstrasi membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam akan didakwa menghasut, kata peguam negara hari ini.

Tan Sri Abdul Gani Patail berkata mereka akan didakwa menurut Seksyen 4 Akta Hasutan atau Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

___________________________________

Ehh..hari tuh....Menteri Dalam Negeri yang dilihat tak berapa cerdik kata peserta demonstrasi nih semua ok...tak salah...emm..Noh Omar kata diaorang nih..'Hero Melayu'...Peguam Negara Gani Patail tak takot ker kat kuasa Hishamudin ngan Noh Omar tuh?..ishh....takot ler gani...takot lerrrrr....hahahahah

Unknown said...

Tak bertamaddun ... sengaja menghuru-harakan keadaan supaya terjadinya tragedi 13 Mei kedua dan Umno akan ambil alih negeri selangor ala Mageran, mungkin orang-orang hindu boleh bersabar lagi dalam beberapa waktu ini tetapi didalam hati mereka mungkin tersimpan dendam yang susah untuk dipadam, mereka bukan macam orang-orang melayu yang mudah lupa atas sesuatu perkara yang berlaku.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum.

Mungkin saya terlambat bagi komen pada Ehsan23.

Dari komen Ehsan23 tu, saya dapati beliau bukanlah mewakili suara Penduduk Seksyen 23 pun.

Malah saya rasa beliau komen tentang tazkirah/usrah di surau pulak. Itu pulak peginya. Apatah lagi di bulan Ramadhan ini, maki/hamun termasuklah kata2 kesat ingin merogol sewaktu di majlis tersebut tidak sedikit pun di bidas oleh saudara Ehsan23 kita ni. Jadi pembaca tau2 jelah dia ni penyokong mana.

Saya rasa kalau majoriti org tak setuju dgn Pengerusi Surau tu, Azrul Hakim dah tentu ramai org Seksyen 23 suruh dia letak jawatan.

Jadi, komen Ehsan23 ni hanyalah komen golongan minoriti Islam kat Seksyen 23 yang mungkin sekali duduk di bawah tempurung UMNO. Baik campak jauh2 je.

Anonymous said...

Salam. Saya ajk surau. Saya tahulah siapa ustaz azrul tu.Nak tahu pengerusi surau diterima atau tidak tunggulah nanti. terima kasih
saya tidak mewakili mana2 parti dan TIDAK PERNAH MENYATAKAN BAHAWA SAYA MEWAKILI SEKSYEN 23. Saya sebagai penduduk di seksyen 23 sekadar memberikan pandangan saya. terima kasih
-ehsan

Anonymous said...

To the Muslims who loves to sing the ‘toleransi song’, WOULD you be singing the same ‘toleransi song’ should the govt decides to relocate the said temple or any other worshipping place for that matter to your residential area or WOULD YOU BE SINGING A DIFFERENT TUNE ALTOGETHER???

Maaf Zahir Batin. Semoga kita mendapat hidayah & perlindungan dari ALLAH YANG MAHA ESA. INSYAALLAH. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
-ehsan

Anonymous said...

Hi. I’m Isaac. My friends kept asking me about the site for the temple in my housing area (Section 23) & I’ve told them. They came. They saw. They make their own assessment. Now, I’d like to make an open invitation to all Malaysians regardless of religion, political party or race to come here and have a look at the location that was earlier approved by the Exco’s. The direction is very simple. Upon entering Section 23, you will see the electrical shop, Seng Heng on your right; you turn left into Jalan Bonus. At the end of Jalan Bonus, there’s a t-junction & you make another left turn. You won’t miss it. The trees of the said location were recently cut down by pkns after the ‘fiasco’ at mbsa. Maybe then, others will understand why the Malays and Hindus of Section 23 acted the way they did.
Lastly, I’d like to wish all my Muslim friends a merry raya & have a wonderful holiday ahead. May we continue to live in peace & harmony. Amen.