Undur PM: Surat Mukhriz di internet
Mar 14, 08 12:26pm
Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir menggesa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan-jawatannya sebagai perdana menteri dan presiden Umno bagi memulihkan parti itu dan kerajaan BN."Hanya dengan peletakan jawatan Perdana Menteri dan presiden Umno oleh Datuk Seri sendiri dapat pemulihan Umno, BN dan negara dilakukan dengan jaya," katanya dalam sepucuk surat peribadinya kepada Abdullah.
Surat bertarikh 12 Mac itu turut diedarkan kepada timbalan Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak, dua naib presidennya Datuk Wira Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan juga setiausaha agung Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad. Malaysiakini difahamkan surat dua halaman itu tidak bertujuan diedarkan kepada umum, namun ia kini mula diterbitkan di beberapa laman web dan blog politik.
edyesdotcom wrote :
Inilah yang ditunggu-tunggu... kita menunggu seorang hero untuk dengan berani tampil ke hadapan dan mengemukakan dalil2 perlunya pm kita berundur. Sudah pasti ianya adalah untuk kebaikan UMNO dan BN itu sendiri... cuma budaya yes-bos masih bertapak kuat dikalangan pemimpin dan ahli umno. mereka juga seperti tidak menerima hakikat bahawa UMNO sudah tidak lagi relevan bersama paklah.
Kalau paklah tidak mampu nak memerintah, serahkan kepada orang lain yang lebih berkaliber. 5 tahun masa dah diberi tetapi negara menuju kehancuran. Dari aspek ekonomi, dari aspek moralisasi dari kebanyakan aspek malaysia semakin lemah. jenayah meningkat mendadak dalam tempoh 3 tahun ini dan rakyat pasti akan rasa terancam... pecah rumah, ragut, culik, rempit, PATI, rompak rogol, rasuah dan macam2 lagi. Adakah aura paklah tidak begitu kuat hingga sewenang-wenangnya rakyat negara ini (dan negara luar) melakukan jenayah ?
Selagi paklah masih di atas, selagi itulah risiko kejatuhan UMNO makin bertambah. Atau nak tunggu DSAI kembali ke parlimen?? bak kata mukhriz "Musuh BN memerlukan hanya 35 kerusi untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri," dan sama-samalah kita nantikan detik itu. saya yakin rakyat Malaysia sudah bersedia untuk apa jua bentuk perubahan walaupun bertukar kerajaan. ini kerana mereka masing2 ingin bebaskan diri dari belengu tekanan hidup yang semakin hari semakin parah......
saya akhiri dengan sebuah sajak rojak...
KJ oh KJ
kelantanganmu itulah kebencianku...
KJ oh KJ
Menjadi PM satu agendamu tetapi harus diingat, untuk naik ke tahap itu, sokongan rakyat adalah perlu.... haru disayangi rakyat terlebih dahulu... tapi yang berlaku, kau terlalu bongkak untuk beradu... bagaikan tiada seteru kau melulu... penuhkan pestolmu dengan peluru, kerna bilamasa saja bila buku dengan ruas dah bertemu, kau pasti akan buntu, tungguuuuuuuu... mungkin kau pun tak tahu, kaulah punca kejatuhan mertuamu....
KJ oh KJ
Dalam konteks senario politik masa kini, rakyat tidak lagi sebodoh yang kau sangka... tidak boleh lagi dibeli dengan janji manis maupun wang ringgit... duit ko memang banyak bai, tapi bukan boleh beli semua orang supaya ko boleh jadi PM.
KoJol oh KoJol
udah2 lah tu!!
No comments:
Post a Comment