50 tahun merdeka...
Dengarlah orang-orang yang menyokong kerajaan, tentang anak-anak kita setelah 50 tahun merdeka...Pembangunan di Malaysia pesat dan maju, bangunan pencakar langit tumbuh merata. Jalan-jalan yang bertaraf dunia, sekolah-sekolah juga percuma, cahaya letrik dan saluran air sampai ke seluruh pelusuk negara. Itu tidak dinafikan, hebatnya Malaysia setelah 50 tahun merdeka.
Tetapi apa guna kemajuan itu jika anak melayu LAH yang paling ramai masuk pusat serenti ?
ApaLAH gunanya pembangunan itu kalau ramai anak-anak melayu yang meringkuk dalam penjara?
Apa guna kepesatan itu, jika ramai anak melayu yang kandungkan anak luar nikah, ramai anak melayu yang minum arak (BERSEPAH, jangan kata takde), ramai anak melayu yang terjebak dengan maksiat...
Salah siapakah ini, anak-anak siapa yang sosialnya teruk ini? adakah salah anda? atau salah mereka?
Atau anda-anda semua nak kata anak-anak melayu yang masuk jail dan pusat serenti itu adalah salah mereka?
Atau anda-anda semua nak kata anak melayu yang terjebak maksiat itu perkara biasa? kerana peredaran zaman?
Atau anda2 semua nak kata anak melayu yang minum arak itu adalah dosa mereka? bukan dosa anda?
Atau anda2 semua nak kata anak luar nikah yang dikandungkan itu bukan anak anda?
SedarLAH bahawa mereka adalah orang kita, orang melayu kita, orang seagama kita, saudara seislam kita, semua anak-anak melayu adalah anak-anak kita... anak bangsa kita!!! sedarLAH...
Apa yang nak dibangga dengan 50tahun merdeka jika mentaliti masih ditakuk lama. Mudah diperlekeh, mudah ditertawa, mudah ditipu, mudah dipermainkan oleh kerajaan bongkak dan zalim yang mengaut semua warisan peninggalan nenek moyang kita untuk keluarga mereka tanpa mempedulikan anak-anak melayu kita yang makin melara, yang makin bergelumang dosa...
Kemajuan dan kepesatan pembangunan itu memanglah dituntut oleh agama, tetapi biarlah ianya selaras dengan taraf kehidupan yang lebih selesa, lebih baik, lebih sempurna dan didokongi oleh Islam sepenuhnya, untuk anak-anak kita, untuk semua anak-anak kita. anak bangsa kita....
Demi agama, demi bangsa, demi anak-anak kita dan demi negara, marilah menuju kejayaan bersama Islam nescaya Allah akan merahmati kita dan ingatlah janji Allah bagi umat yang memperjuangkan agamaNYA.
Takbir!!!!
nukilan edyesdotcom
No comments:
Post a Comment