Menghalalkan Rasuah Demi Mempertahankan Rasuah
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera kepada semua rakyat Malaysia.
Kita bukan ahli politik,
Kita hanya rakyat biasa,
Kita bukan jenis yang tak ambil kisah,
Kita cuma tiada upaya untuk mengubah,
Kita menjunjung pemimpin mulia,
Kita menjunjung pemimpin mulia,
Kita tolak pemimpin rasuah,
Kita cuba sedaya upaya,
Kita tetap akan kalah,
Kita kalah bukan kerana tiada usaha,
Kita kalah bukan kerana tiada usaha,
Kita kalah kerana rakyat sendiri memuliakan rasuah,
Kita jangan mudah menyerah kalah,
Kita terus berjuang sehingga ke akhir hayat kita,
Kita nampak rakyat terima rasuah,
Kita nampak rakyat terima rasuah,
Kita lihat rakyat hidup bergelumang dengan fitnah,
Kita tahu tanda-tanda kiamat kecil telahpun tiba di depan mata,
Kita tahu dunia akhir zaman itu “fitnahnya” akan menjadi lebih bahaya,
Kita jangan lupa dirikan solat,
Kita jangan lupa selalu berdoa dijauhkan daripada “fitnah” selepas solat,
Kita jangan mudah lupa,
Al Quran dan Hadis Undang-Undang di Dunia dan Akhirat,
Kita jangan terikut rentak penentang,
nanti perjuangan kita juga sama seperti mereka,
Kita telah nampak perubahan,
Kita telah nampak perubahan,
Kita nampak ada harapan,
Kita tolak semua pemimpin rasuah dan pemimpin lemah,
Kita pilih pemimpin mulia tidak kira dari mana sekalipun partinya,
Terima kasih Datuk Seri Anwar Ibrahim,
sungguhpun saya tak mengenali Datuk Seri,
saya mengenali perjuangan yang di bawa oleh Datuk Seri,
ia adalah perjuangan yang benar,
Perjuangan menentang Kezaliman iaitu kezaliman daripada pemimpin yang zalim,
Perjuangan menentang Kezaliman iaitu kezaliman daripada pemimpin yang zalim,
yang memuja Machavelli , yang mengamalkan “Matlamat menghalalkan cara”
Saya kenal perjuangan Datuk Seri, menolak pemimpin yang rasuah,
kerana hampir kesemua pemimpin yang saya tahu/lihat mempunyai kekayaan yang tak munaSabah dan datang sekelip mata setelah mendapat kuasa dan kedudukan,
Alhamdulillah sekiranya mereka ini mendapatkannya dengan cara yg betul tanpa bertindak zalim dan menindas org lain dan menghakis amanah rakyat…
Saya kenal perjuangan Datuk Seri, untuk membela dan memperjuangkan rakyat miskin Melayu, India, Cina, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi peribumi di Malaysia ini,
saya kenal perjuangan Datuk Seri, untuk terus mempertahankan Melayu/Bumiputra dengan cara yang boleh diterima oleh bangsa-bangsa lain,
saya kenal perjuangan Datuk Seri, untuk terus mempertahankan kesucian Islam dan seterusnya mempertingkatkan Islam di mata dunia dengan cara yang disenangi, tanpa menidakkan hak anutan Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain lagi…
Teruskan perjuangan Datuk Seri,
sesungguhnya menegakkan kebenaran memang begitu rencamnya,
Al Quran dan Hadis banyak menceritakan keperitan dan kepayahan para Nabi dan Rasul dalam menegakkan Kebenaran dan Keadilan,
dan sememangnya perjuangan Datuk Seri menegakkan Kebenaran dan Keadilan adalah perjuangan yang betul dan tepat sekali dikala ini,
tatkala pemimpin-pemimpin,
penyokong-penyokong “mereka” mahupun rakyat telah “menghalalkan” perbuatan rasuah,
Mereka ini telah lama mengamalkan “Matlamat Menghalalkan Cara” sebagai cara hidup mereka,
Mereka “menghalalkan” rasuah “demi” mempertahankan Islam,
Mereka “menghalalkan” rasuah “demi” mempertahankan Diri Mereka,
Mereka “menghalalkan” rasuah “demi” mempertahankan Ahli Keluarga,
Mereka “menghalalkan” rasuah “demi” mempertahankan Sahabat Handai,
Mereka “menghalalkan” rasuah “demi” mempertahankan Penyokong-Penyokong,
Mereka “menghalalkan” rasuah “demi” mempertahankan Kroni-kroni mereka,
Mereka “menghalalkan” rasuah “demi” mempertahankan rakyat Malaysia,
dan akhir sekali,
Mereka “menghalalkan” rasuah “demi” mempertahankan “rasuah” yang mereka amalkan selama ini,
dan akhir sekali,
Mereka “menghalalkan” rasuah “demi” mempertahankan “rasuah” yang mereka amalkan selama ini,
Maka hiduplah seluruh rakyat Malaysia dengan amalan rasuah yang telah “dihalalkan” oleh pemimpin yang rasuah….
akhirnya,
Malaysia akan menjadi negara Islam yang porak peranda dan berpecah belah,
akhirnya,
Malaysia akan menjadi negara Islam yang porak peranda dan berpecah belah,
Semoga dijauhkan dari menjadi seperti negara-negara Islam yang bergolak yang lain..
Hanya orang-orang yang berpesan kepada kebenaran dan bertindak melakukan pembetulan dapat menyelematkan Malaysia… Sebagai rakyat biasa Malaysia.. saya melihat Datuk Seri mempunyai kepimpinan yang dianugerahkan oleh Allah SWT utk melakukannya…Teruskan …. Doa dan Dukungan saya dan rakyat Malaysia yg sedar akan terus bersama Datuk Seri…
Hanya orang-orang yang berpesan kepada kebenaran dan bertindak melakukan pembetulan dapat menyelematkan Malaysia… Sebagai rakyat biasa Malaysia.. saya melihat Datuk Seri mempunyai kepimpinan yang dianugerahkan oleh Allah SWT utk melakukannya…Teruskan …. Doa dan Dukungan saya dan rakyat Malaysia yg sedar akan terus bersama Datuk Seri…
Amin
“Segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan Segala yang Buruk itu Datangnya dari Diri saya Sendiri”
oleh Reformist dari Sabah
1 comment:
bapak segala rasuah heheee......
bapak segala penipu heheee......
bapak segala GAY heheee......
bapak segala segala bapak heheee
http://www.isuhot.com/modules.php?name=Tv&video=modules/Tv/anwarsakit.wmv
http://www.isuhot.com/modules.php?name=Tv&video=modules/Tv/sukma.wmv
Post a Comment