Sunday, December 27, 2020

Biar Anwar Bersihkan Nama PH Dari Segala Sabotaj Terdahulu

 


Manifesto bukan kitab suci katanya. Kenyataan yang dilafaz oleh Tun Mahathir hanya selepas 2 bulan menjadi Perdana Menteri memberi gambaran yang sangat kontradik dari apa yang telah dijanjikan sebelum menang PRU15.

Bayangkan, belum pun dua tahun jadi kerajaan, tetapi hanya selepas 2 bulan, seolah tidak langsung mahu berusaha mengotakan janji manifesto.

"kita tidak dapat patuhi manifesto. Kita perlu ingat, manifesto bukan kitab suci, ia hanya panduan." Tun Mahathir 16 Julai 2018.

Kita harus menerima hakikat bahawa kenyataan seperti ini telah menjadi antara punca yang membangkit kemarahan orang ramai yang mengundi PH ketika PRU14. Tidakkah kita sedar ini adalah salah satu bentuk sabotaj kepada PH?

Fahamkan semula 'point' asas di sini ialah, Tun baru jadi PM untuk PH selama 2 bulan, tetapi sudah mengaku kalah dalam melaksanakan Manifesto PRU14 dengan alasan ia bukan kitab suci, ia tidak perlu dilaksana.

Ketika PH berhempas pulas berkempen untuk menangi hati rakyat supaya mengundi PH, tiba-tiba keluar kenyataan yang begitu mengecewakan umum. Rakyat pasti rasa ditipu dan pihak yang paling terkesan ialah PH itu sendiri.

Kini, apakag PH sekali lagi ingin mengangkat Tun di atas nama sebuah gabungan lebih besar?

Cukuplah bersama Tun, biar Anwar bersihkan semula nama PH yang dirosakkan oleh pelbagai sabotaj terhadap nama baik agenda Reformasi.


Adakah Mukhriz Lupa Siapa Paling Korup Hingga Keluarga Kaya Berbilion?

 

Adakah kamu fikir rakyat tidak sedar kekayaan berbilion ringgit keluarga kamu itu adalah dari kepimpinan yang korup?

Menurut Mukhriz dalam laporan Malaysiakini;

Seorang perdana menteri yang mendapat sokongan pemimpin Umno yang korup tidak akan mendapat sokongan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), kata Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir.

Presiden penaja Pejuang itu berkata ini kerana parti tersebut tegas menentang rasuah yang dilabelnya sebagai "musuh nombor satu orang Melayu."

Bercakap pada majlis ceramah Pejuang di Kedah malam tadi, Mukhriz berkata Pejuang akan berada di pihak yang bertentangan dengan pimpinan Umno seperti Najib Razak, Zahid Hamidi, Tengku Adnan Tengku Mansor dan "pemimpin korup" yang lain.

Wahai Mukhriz, antara disokong dan memberi sokongan adalah dua maksud yang jelas berbeza. 

Kita tidak menyokong pihak yang korup itu jelas, dan jika sokongan diberi kepada Anwar Ibrahim oleh sesiapa pun, itu bukan bermakna yang Anwar Ibrahim akan menjadi korup. Tidak sama sekali.

Apa yang penting di sini ialah, tanahair memerlukan seorang pemimpin yang benar-benar boleh mentadbir negara dengan baik dan membawa kestabilan politik serta ekonomi. 



Saturday, December 26, 2020

Kegagalan Tun Adalah Kejayaan Reformasi, Di Mana Pendirian Kita?

 


Depa kata gabungan Anwar (PKR) dan Tun hasilkan kemenangan PRU14. Tapi apalah guna menang kalau akhirnya reputasi PH dihancurkan. 

Lihatlah kedudukan kita hari ini, lihatlah di mana kita berada pada hari ini. Kita terpaksa bangkit semula, menuever untuk mengembalikan mandat rakyat setelah agenda Reformasi menjadi korban dek pengkhianatan.

Dan hari ini, kita nak bangkit dengan cara mengangkat PM 22 bulan yang gagal?

Mungkin saya silap, Tun tidak gagal sebenarnya. Tun setakat ini telah berjaya memastikan gerakan Reformasi yang bermula pada tahun 1998 lalu tidak menang sehingga hari ini. Lihatlah 22 bulan itu, apakah pembaharuan (reform) yang benar-benar berjaya? 

Lihat saja bagaimana si Koya dilantik, lihat bagaimana satu demi satu manifesto PH dilacurkan. Ini kejayaan Tun, dan kegagalan kita untuk mengenal. Apakah kita masih tidak kenal dan membenarkan kegagalan? 

Agaknya apabila ditakdirkan kita menang PRU15 nanti dengan gabungan GC, apakah jaminan bahawa Tun tidak lagi khianat demi kesumat tidak mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi PM?

Dulu pun sudah saya timbulkan persoalan ini, tapi depa kata benda belum pasti jangan sesekali 'jump to conclusion'. Apakah sekarang kita masih belum pasti?

Tepuk dada tanya hati, adakah Tun yang menolak agenda Reformasi, atau kita juga?

Bila ditanya apakah ada keperluan untuk menukar kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan;

Kalau nak tukar jangan lah tukar dengan yang dah terbukti gagal - Anwar

 


REKOD TERTINGGI DICATAT HARI INI - 2335 KES BAHARU COVID-19


Pecahan kes baharu (2,335)
KL
385 kluster sedia ada
232 kluster baharu (Tapak Bina Jalan Seng)
60 saringan kontak rapat
41 lain-lain saringan
10 import
Selangor
314 kluster sedia ada
83 kluster baharu (Plastik Subang dan Jalan Pekasam)
198 saringan kontak rapat
114 lain-lain saringan
1 import
Johor
225 kluster sedia ada
138 kluster baharu (Sungai Redan dan Pagar Siput)
29 saringan kontak rapat
20 lain-lain saringan
Sabah
27 kluster sedia ada
168 saringan kontak rapat
53 lain-lain saringan
P.Pinang
43 kluster sedia ada
8 kluster baharu (Lis Putih dan Sentosa Residensi)
7 lain-lain saringan
Kelantan
35 kluster baharu (Seragam Chepa dan Halban)
7 saringan kontak rapat
12 lain-lain saringan
N.Sembilan
24 kluster sedia ada
2 saringan kontak rapat
7 lain-lain saringan
Perak
11 kluster sedia ada
9 saringan kontak rapat
6 lain-lain saringan
Pahang
10 kluster sedia ada
7 kluster baharu (Semambu dan Pagar Bentong)
1 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan
Kedah
2 kluster sedia ada
11 saringan kontak rapat
3 lain-lain saringan
Labuan
1 kluster sedia ada
11 saringan kontak rapat
4 lain-lain saringan
Sarawak
6 lain-lain saringan
Melaka
1 kluster sedia ada
3 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan
Putrajaya
2 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan
Perlis
1 lain-lain saringan


 

ANWAR: Skandal Daging Merosakkan Kepercayaan Umum





Andainya skandal daging ini berlaku ketika PH sedang mentadbir negara, apakah agaknya hamburan caki maki yang mungkin dilemparkan..

Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seperti berikut;

KENYATAAN MEDIA
26 Disember 2020

Baru baru ini kita digemparkan dengan pendedahan berhubung kartel daging yang didakwa turut didalangi kakitangan agensi kerajaan.

Ini ternyata satu kegiatan yang tidak bermoral tatkala kita harus pertingkatkan segala usaha dan upaya kita dalam memerangi rasuah dan kebobrokan, namun kakitangan kerajaan ini mudah dibeli sekaligus mengabaikan tanggungjawab mereka kepada negara dan rakyat. 

Skandal ini ternyata telah merobek reputasi dan imej institusi itu yang diamanahkan memulia dan meningkatkan darjat Islam. 

Meski dikurniakan peruntukan yang bukan kecil hampir setiap tahun, namun skandal ini telah merosakkan kepercayaan umum kepada institusi tersebut. 

Saya menggesa kebobrokan seperti ini dihentikan. Saya juga mendesak kerajaan dan kementerian untuk segera menjalankan siasatan rapi, cekap, dan telus serta mengheret dalang ke muka pengadilan. 

ANWAR IBRAHIM

Gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya dalang di sebalik skandal daging ini dibawa ke muka pengadilan adalah tepat sekali. Jangan kita biarkan kes ini sejuk dan hilang ditelan masa.

Semoga kemelut ini berjaya diselesaikan dan menjadi pengajaran buat semua. Cukup²lah makan daging kanggaroo plus.


PPBM Tuduh Umno Tidak Relevan di Selangor Sedangkan PPBM Hidup Atas Ehsan Sokongan Umno




Sebenarnya PPBM lebih cemas untuk hadap PRU-15. Mereka kini di ambang kuasa, namun tidak mustahil kuasa yang mereka miliki hasil dari sokongan Umno itu akan berterusan selepas PRU. Mereka perlukan kemenangan untuk kekal berkuasa, menang dengan kerusi yang selesa.

Maka atas rasa cemas itu cuba disembunyikan dengan nada yang angkuh.

Di Selangor, PPBM cuba berkepak mengatakan Umno sudah ditolak di Selangor untuk 3 penggal berturut. Dengan maksud lain, PPBM mengatakan Umno tidak relevan di Selangor. Ini semua hanyalah 'pantun' untuk mendapat jumlah kerusi yang lebih.

PPBM Selangor masih berusaha berunding dengan UMNO mengenai pengagihan kerusi di Selangor, namun bersedia “bertembung” dengan parti itu pada pilihan raya umum ke-15, jika terpaksa, kata Pengerusi PPBM Selangor, Abdul Rashid Asari.

Beliau membayangkan bahawa UMNO setakat ini menolak usaha PPBM untuk merungkai isu pengagihan kerusi di Selangor dalam menghadapi PRU yang dijangka diadakan tahun depan apabila pandemik Covid-19 reda.

“Jika (kena) bertembung (dengan UMNO), maka bertembunglah. Hendak buat macam mana lagi. Sudah jelas rakyat Selangor tidak menerima UMNO sebagai pemimpin di Selangor. Jadi, kita akan teruskan agenda kita bawah Perikatan Nasional (PN),” kata beliau kepada FMT
PPBM Selangor usahlah dabik dada. Sebenarnya bukan Umno yang ditolak di Selangor, tetapi parti yang berasaskan kaum telah ditolak. Rakyat Selangor berfikiran lebih terbuka untuk menerima dan mengekalkan agenda Reformasi yang dioborkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertembungan PPBM dan Umno di Selangor akan menguntungkan Pakatan Harapan dan seterusnya mampu mengekalkan negeri Selangor di bawah pentadbiran PH.

PH juga perlu bijak khususnya dalam pembahagian kerusi. Gabungan 3 parti di Selangor sudah cukup untuk Kerajaan PH dikekalkan. Jika dibahagikan kerusi itu kepada lebih banyak pihak, ia secara tidak langsung membuka ruang kepada pihak oppurtunis untuk menjadi 'King Maker' seperti yang berlaku di dalam Kerajaan Pusat.

Selangor kini sudah menjadi fix deposit bagi PH. Kekalkan momentum, perkuatkan PH. 


TERKINI: Team Ebit Lew Kemalangan Ketika Pulang Dari Misi Bantuan

 


Dimaklumkan sebentar tadi team media Ustaz Ebit Lew telah terlibat dalam satu kemalangan sekembalinya dari misi menyalurkan bantuan. Ayuh kita doakan semoga mereka dipermudahkan urusan dan segalanya baik-baik sahaja.

“Sedih rasa. Pohon doakan 3 orang team media kami kemalangan baru sekejap ini. Doakan selamat semuanya. Merekalah yang merakamkan untuk program Jejak Ebit Lew. 

Tadi kami 4 kereta ke Penang membantu abang sekeluarga yang 8 bulan tidur dalam kereta. Semasa sama-sama balik ke kl. Betul-betul lorong kanan smart tag lepas tol jalan Duta. Tiba-tiba ada kereta dari kiri uturn ke kanan. Estima mereka cuba elak menyebabkan melanggar divider tengah jalan. 

Sekarang saya di Hospital Gleneagles menanti ketiga-tiga team buat ct scan. Doakan semuanya baik dan selamat. Doakan Teyha, Azrin dan Ijad semuanya selamat dan baik-baik ajer. Sedih dengar mereka mengerang sakit.”

Rupa-rupanya mereka baru sahaja pulang dari menyampaikan bantuan pantas kepada sekeluarga yang mengidap di dalam kenderaan sejak 8 bulan yang lalu. Diharapkan ujian ini tidak sesekali melemahkan semangat pasukan Ebit Lew dalam melaksanakan kerja-kerja amal yang terpuji.

Sumber: @ebitlew

Friday, December 25, 2020

Beberapa Kali Menolak Permintaan Tun M Untuk Berjumpa, Menaikkan Saham Anwar Ibrahim

1. Nak jenamakan semula PH? 2. Nak kepimpinan baharu? 3. Nak gabungan lebih besar?

1. Kalau PH yg selama ini dipimpin Tun M tu hebat, kenapa nak jenamakan semula PH? Adakah 'brand' itu dah tak laku sebab dihancurkan oleh PM 22 bulan?

2. Kepimpinan baru telah bermula sejak DSAI mengepalai PH. Usaha mengembalikan mandat rakyat masih berlangsung. Harus adil dan bersabar.

3. Untuk apa gabungan yang lebih besar sedangkan gabungan 3 parti dalam PH sudah memadai. Apakah kamu tidak yakin?

Cukup²lah kena game dengan atuk. Dalam kalian tidak sedar, saham DSAI terus melonjak naik bila menjauhi atuk. Beberapa kali mengelak bila atuk minta berjumpa, ketegasan ini cukup berharga bagi mereka yang bijak menilai erti prinsip dan maksud pengkhianatan.

Thursday, December 24, 2020

Jumlah Melebihi 100,000 Kes Covid-19 di Malaysia



Pecahan kes baharu (1,581)

Selangor
68 kluster sedia ada
101 kluster baharu (Kebun Baru dan Sungai Burong)
206 saringan kontak rapat
115 lain-lain saringan 
1 import

KL
251 kluster sedia ada
34 kluster baharu (Tapak Bina Jalan Tun dan Jalan Pandan)
57 saringan kontak rapat
37 lain-lain saringan

Sabah
20 kluster sedia ada
140 kes saringan kontak rapat
89 lain-lain saringan

N.Sembilan
127 kluster sedia ada
14 saringan kontak rapat
3 lain-lain saringan

Johor
80 kluster sedia ada
17 saringan kontak rapat
18 lain-lain saringan

Melaka
14 kluster sedia ada
6 saringan kontak rapat
17 lain-lain saringan

Perak
14 kluster sedia ada
7 saringan kontak rapat
5 lain-lain saringan

Labuan
6 kluster sedia ada
9 saringan kontak rapat
11 lain-lain saringan

Pahang
8 kluster sedia ada
3 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan

Kelantan
2 kluster sedia ada
5 saringan kontak rapat
2 lain-lain saringan

Terengganu
3 kluster sedia ada
1 saringan kontak rapat
3 lain-lain saringan

Kedah
2 kluster sedia ada
2 lain-lain saringan

Putrajaya
1 kluster sedia ada
1 saringan kontak rapat
2 lain-lain saringan

Sarawak
1 lain-lain saringan
1 import


 

Maksud Puad Zarkashi, Umno Beri Nyawa dan Kekuatan Kepada Bersatu Selagi PN Masih Kerajaan


Dr Puad Zarkashi hari ini sekali lagi mencadangkan supaya ada di antara anggota parlimen BN melakukan tindakan berani dengan menarik balik sokongan Kepada PN.

"Tarik sahaja sokongan daripada Muhyiddin sebagai perdana menteri. Nampak macam kamikaze tetapi apa salahnya, demi rakyat. Mungkin tidak semua (ahli parlimen BN) sanggup. Lima orang tarik sokongan pun alhamdulillah. Tiga pun OK. Gunakan hati nurani,"

Umno sebenarnya tersepit. Sokongan kepada PN (dan Bersatu) adalah sebenarnya sokongan yang membawa rebah buat Umno. Lebih lama membiarkan PN berkuasa, maka semakin kuatlah seteru mereka yang dijangka boleh bertanding di kesemua kerusi Umno.

Umno dan Bersatu ini hanya berpaut pada kuasa yang dirompak dari kerajaan PH 22 tahun. Ya, dibantu oleh OT95. Namun selagi mana kerajaan ini masih berdiri, walaupun di hujung tanduk letaknya, selagi itulah Bersatu mengukuhkan kedudukan mereka. 

Umno hanya memberi nyawa kepada musuh utama mereka. Kesatuan Melayu? Ini semua rethorik.