Monday, October 18, 2010

CHEGUBARD - Ikon Perjuangan !!



Di dalam politik personaliti, individu akan menjadi faktor dan akan bergerak dan bertindak seperti seorang celebriti. Ini telah menyebabkan, kebanyakan pimpinan muda yang menyerlah bergerak secara bersendiri.

Misi saya adalah untuk menjadikan AMK sebagai sebuah organisasi yang dimiliki oleh KESEMUA ORANG-ORANG MUDA bukan sahaja di dalam PKR, termasuk juga orang-orang muda yang tidak menggangotai PKR.
 
Kita tahu, sifat orang muda biasanya "REBEL". Saya kenal dengan ramai orang-orang muda yang pintar dan berani dan bersama perjuangan Pakatan Rakyat tetapi tidak berminat untuk bersama parti. Ini berlaku kerana AMK masih lagi gagal untuk dijadikan sebagai sebuah platform untuk MENYATUKAN anak-anak muda di seluruh negara... ~ CheGUBARD, Anak Muda Penerus Momentom Reformasi


Sunday, October 17, 2010

Jom Pakat Undi Chegubard !


Oleh : LeeSlimShady

Chegu Bard, satu nama dimana personalitinya menggerunkan ramai. Sebut nama Chegu Bard, semua orang tahu, ini orang tak takut pada siapa-siapa pun dalam 'circle' politik di-Malaysia. Kalau kita lawat blog "perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata" nya disini http://chegubard.blogspot.com blog itu dipenuhi dengan gambar-gambar dia turun berdemonstrasi mewakili rakyat-rakyat marhein bagi menunjukan rasa tidak puas hati terhadap satu-satu benda, gambar-gambar dia bakar seseorang (gambar bakar patung yang menyerupai seseorang), bantah sana-sini. Gambar kena 'katok', gambar kena gari, gambar kena usung dengan polis, macam-macam lagi lah gambar-gambar yang menunjukan dia seorang 'fighter'. Gurkah-gurkah politik di'port' kata, kalau tanya dia siapa hero atau idola dia, gerenti dia jawab Che Guevara.

Chegu Bard adalah anak-anak muda 'GENERASI REFORMASI'

Gurkah-gurkah politik di'port' tak kan lupa peranan Chegu Bard pada satu tunjuk perasaan beberapa tahun lepas, dimana dia telah mengusung tilam untuk dihadiahkan kepada Dollah Badawi kerana sikap Perdana Menteri Dollah Badawi yang didakwa suka tidor. Begitu juga dengan perhimpunan untuk dia hadiahkan 'kek harijadi Altantunya' kepada Najib.

"Tak ada hal kalau saya tidak mendapat restu dari Anwar Ibrahim. Banyak calon-calon yang dok jual nama Anwar pun, tapi bila bertanding, keputusan dalam pemilihan tak bagus juga," Chegu Bard memulangkan paku buah keras kepada gurkah-gurkah yang bekerja untuk sesiapa juga pada mana-mana pemilihan parti PKR 2010.

CHEGU BARD akhirnya menetapkan pendirian untuk bertanding merebut jawatan Ketua AMK di dalam pemilihan PKR kali ini. Tahniah diucapkan kepada Chegu Bard kerana akur akhirnya dengan kehendak akar umbi, khususnya dari golongan yang tidak mahu semangat atau roh reformasi disemadikan.

Satu aspek yang saya cukup hormati dengan Chegu Bard adalah sepanjang tempoh kempen kali ini, beliau berjaya menjarakkan dirinya dari kontroversi. Tidak seperti YB Azmin dan Dato Zaid, Chegu Bard berjaya menempuhi kempen beliau dengan suasana yang sihat. Namun demikian, dalam politik ini jika kita tidak `mengusik', orang lain pula `mengusik'. Itulah adat berpolitik terutamanya di dalam sebuah parti yang boleh dikatakan masih ramai pemimpin dan ahlinya yang belum suci dirinya dari `berbau UMNO'.

Lihatlah, YB Azmin mulanya sepi tetapi apabila Dato Zaid `mengusik', maka YB Azmin pun membalasnya. Bahkan, usikan Dato Zaid merata-rata sehingga ke Ketua Umum, Presiden, Timbalan Presiden habis diusiknya. Arahan parti agar memboikot akhbar Utusan pun dipersendakan oleh Dato Zaid. Inilah hebatnya Dato Zaid yang Chegu Bard tidak boleh nak ikut.

Ada pendapat yang menyebut Chegu Bard mendapat `sokongan' kuat dari DS Anwar kerana beliau adalah di antara `ahli keluarga' terdekat dengan Ketua Umum PKR itu. Ada juga yang menyebut Sdr Rafizi pun mendapat sokongan dari DS Anwar kerana beliau berada di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor itu. Setakat ini calon Ketua AMK yang popular adalah Chegu Bard dan Sdr Rafizi. Mustahil DS Anwar mahu kedua-duanya serentak menjadi Ketua AMK. Jelas pada kita, banyak yang tidak betul persepsi orang ramai terhadap sokongan DS Anwar kepada calon-calon Ketua AMK ini.

Setahu kita, Chegu Bard tidak pernah menggunakan pengaruh DS Anwar sepanjang kerjaya beliau di dalam politik. Lihatlah Chegu Bard sekarang, apa yang ada pada beliau selain dari Ketua Cabang PKR Rembau yang dipilih oleh orang Rembau sendiri. Jika beliau mahu gunakan pengaruh DS Anwar, sudah tentu sekarang Chegu Bard menjadi YB kerana DS Anwar akan letakkan beliau di kawasan yang selamat semasa Pilihanraya Umum yang lalu. Chegu Bard tidak kisah apabila beliau tewas di Parlimen Rembau. Beliau juga tidak mengkhianati parti untuk mengikut bekas bosnya di dalam Gerak iaitu Ezam Sesumpah. Mungkin jika beliau ikut Ezam sesumpah, sekarang ini kita panggil Chegu Bard Senator Badrul Hisham. Tidak mustahil kan?

Kita tahu Chegu Bard tidak pernah `usik' sesiapa sepanjang kempen beliau untuk menjadi Ketua AMK. Bahkan, secara terbuka Chegu Bard menyokong sesiapa sahaja yang dipilih oleh ahli-ahli di dalam pemilihan kali ini. Baca di sini. Namun, ada yang tergamak buat fitnah kepada beliau. Baru-baru ini ada cerita tentang Chegu Bard `dapat jutaan' duit dari satu pihak untuk menyokongnya. Kalau begitu kayalah Chegu Bard, tetapi mengapa handphone Chegu Bard pun jenis `cokia' bukan Nokia canggih ? Dengar ceritanya handphone pun ada yang tolong belikan kerana katanya beliau pernah kehilangan handphone `Blackberry' buatan China. Kalau berjuta Chegu Bard dapat, jomlah kita tengok rumah banglo atau kereta mewah Chegu Bard.

Kesimpulannya, keputusan Chegu Bard untuk bertanding kerusi Ketua AMK amat dialu-alukan dan mesti kita beri sokongan. Roh atau semangat reformasi tidak akan mati sekiranya Chegu Bard menjadi ketua kepada golongan muda di dalam PKR. Ketokohan dan keberanian beliau tidak perlu diulas lagi, Umno pun tahu siapa Chegu Bard malahan mana pegawai-pegawai Polis yang tidak kenal anak muda Rembau ini? Aktiviti anak-anak muda di dalam berdemontrasi tidak lengkap tanpa kehadiran Chegu Bard. Chegu Bard tidak muncul sewaktu pemilihan ini saja, beliau sentiasa muncul selagi ke tidakadilan masih berlaku di negara ini.

Steadylah Chegu Bard!

Jom kita pakat-pakat undi Chegu Bard untuk Ketua AMK.

Saturday, October 16, 2010

Tolak Calon Yang Tidak TEGUH Pendirian !


Salam Reformasi !

Jika anda melihat signboard atau papantanda seperti ini, Itu bermakna anda berada dalam zon yang tidak membenarkan anda berpatah balik atau U-TURN.

Begitu juga sekiranya anda adalah seorang pemimpin. Bersikap tegas dalam menegakkan istiqomah merupakan satu kriteria yang terbaik untuk menjadi seorang pemimpin yang serba lengkap. Pemimpin yang berkaliber perlu teguh pada pendirian, hebat dalam mengotakan kata-kata serta tepat dalam menunaikan janji. Seorang pemimpin itu perlu berani dan tidak mudah diperkotak-katik serta tidak harus membenarkan dirinya dimanipulasi oleh pihak tertentu semata-mata untuk kepentingan seseorang.

Adalah menjadi tanggungjawab ahli AMK untuk menolak calon ketua AMK yang tidak teguh dalam berpendirian, apatah lagi jika pemimpin itu gemar berdolak dalik. Ini adalah satu sifat yang akan membawa kepada kehancuran parti apabila seorang ketua itu boleh dibeli.

Sebuah organisasi pemuda seperti AMK perlu stabil dalam setiap keputusan dan juga berani menghadapi cabaran yang menggunung besarnya di hadapan. Ayuh tolak pemimpin yang tidak mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berani kerana semua ahli perlu sedar betapa sayap pemuda amat merelukan keberanian.

Walaubagaimanapun, saya cuba bersikap adil kerana hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk calon-calon Parti Keadilan Rakyat menghantar borang pencalonan. Segala-galanya tidak mustahil walaupun dalam sekitar masa satu minit, mungkin boleh ada perubahan. Tunggu entri saya seterusnya selepas setiap pencalonan diterima dan disahkan secara rasmi hari ini.

Dari tegak bertimpuh, baik rebah merempuh !! Anda berada dalam zon NO U-TURN !!


EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

Friday, October 15, 2010

Di Johor Ada yang Makan Dedak, Di KL nak buat Menara 100 Tingkat !!

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kita berasa sungguh bangga kerana ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas.
"Satu lagi mercu tanda yang akan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Bhd ialah Warisan Merdeka, yang dijadual siap pada 2020," katanya semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Tahun 2019 adalah tahun bankrapsi mengikut perkiraan Idris Jala, tetapi menurut Presiden UMNO, tahun 2020 kita ada bangunan pencakar langit yang setinggi 100 tingkat. Aku tak faham...

Setelah projek 10 bilion Bakun menjadi projek gajah putih, kini kerajaan sekali lagi menceburi sebuah projek mega dan lebih malang, kali ini wang pemegang saham Permodalan Nasional Berhad bakal menjadi mangsa. Apakah hak kerajaan untuk menentukan ke mana arahnya pelaburan PNB?

Thursday, October 14, 2010

Aku Dah Kata, Jangan Isi Minyak RON95 !!!


gambar hiasan

KAMPAR: Enam sahabat maut, termasuk lima rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas terbabas dan merempuh pokok di Kilometer 30.1 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu lima rentung dan mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, lima mangsa itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah dan mengalami kebakaran 80 peratus di badan.

Semua mayat dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat. Abdul Aziz berkata kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Lim dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampar dikatakan terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh sebatang pokok di kanan jalan dan terbakar.

Akibat kemalangan itu, kereta Honda City berkenaan musnah terbakar dan pasukan Bomba dan Penyelamat dari sini dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu memadamkan kebakaran dan mengeluarkan kesemua mangsa. - BERNAMA
 
Saya tak pandai nak bicara perihal qada dan qadar, tetapi saya fikir sekiranya kereta mangsa tersebut tidak terbakar, mungkin mangsa masih boleh diselamatkan.
 
Saya juga bukanlah cerdik pandai dalam bidang automotif, saya cuma tahu serba sedikit tentang minyak yang mempunyai formula oktana 95% dan pentana 5% (pentana adalah bahan yang menjana pembakaran) yang dikenali sebagai minyak RON95. Manakala untuk RON97, terdapat hanya 3% pentana dan selebihnya adalah oktana. Keperluan oktana dan pentana ini adalah bergantung kepada keperluan enjin dan jika ia tidak sesuai, akan menyebabkan ketukan (knocking).
 
Terdapat banyak testimoni yang memberi reaksi negetif terhadap kepenggunaan RON95. Sila tanya lebai google untuk mendapatkan feedback dari pengguna dan anda akan setuju dengan saya.
 
Apa yang menjadi persoalan di sini ialah, adakah kebanyakkan perlanggaran terbakar yang berlaku pada tahun ini disebabkan oleh penggunaan RON95?
 
Terdapat fakta yang mengatakan negara eropah menggunakan RON95 sebagai minyak premium nasional. Tetapi kita harus juga mengambil kira faktor iklim garisan khatulistiwa sepanjang tahun di negara ini dengan kepanasan puratanya 32darjah celcius berbanding negara eropah yang panasnya yang tidak pun mencecah 20darjah celcius. Jadi, minyak RON95 yang mempunyai 5 peratus bahan bakar adalah sesuai untuk negara atas angin berbanding negara berasap seperti Malaysia.
 
Saya cuma hairan mengapa sejak akhir-akhir ini, banyak kemalangan terbakar berlaku. Masihkah anda ingat kejadian yang menimpa arwah Acik Spin ? Juga masih kita ingat sebuah Proton Pesona terbakar di hadapan sebuah balai polis pada minggu lalu?


Sudah banyak entri yang berkaitan keburukkan RON95 telah saya paparkan dalam blog ini. Antaranya ialah ;
 
 
 
 
 
 
Terus terang saya katakan, saya tidak lagi mengisi RON95 sejak sekian lama di atas banyak faktor-faktor negetif yang sendiri dilalui dan terutamanya di atas faktor keselamatan. Berjimat 5 ringgit untuk setiap isian 20 liter untuk mengisi RON97 membuatkan saya rasa lebih selamat dan berbaloi.
 

EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

Anwar : BN Siap Sedia Untuk Pilihanraya Mengejut !!



Tindakan terbaru kerajaan menunda pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah pentanda “utama” bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ada kemungkinan kita akan saksikan pilihan raya umum yang mengejut dan saya jangkakan pembentangan bajet esok adalah bajet pilihan raya,” katanya pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Anwar, yang pernah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan berkata, rang undang-undang GST itu dirangka dengan lemah dan ia bukan hanya akan membebankan rakyat tetapi juga tidak mampu membantu menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia. -mkini

Ayuh kita tadah tangan!! Esok dalam pembentangan bajet 2010, kita akan dihidangkan dengan gula-gula yang paling enak untuk dua PRK umumnya, dan PRU yang dijangka seawal April 2011 khasnya.

Serangan ke atas Anwar semakin diperhebat. Pagi tadi di mahkamah dapat kita lihat betapa skrip yang mereka cipta telah sampai ke kemuncaknya apabila 3 orang doktor bekerjasama merobek dubur Saiful dan menjumpai specimen berbentuk air mani lelaki. Oh jijiknya 1Malaysia !

Bersedialah untuk melihat gegak gempita bajet kali ini ! Bajet Pilihanraya !!

Nurul Izzah Akhirnya Layak Bertanding Timbalan Presiden !

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akhirnya layak bertanding jawatan timbalan presiden PKR setelah biro politik memutuskan menerima pencalonan dari Sempoerna yang lewat dihantar.

Setiausaha Agung Saifuddin Nasution berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat terbarunya malam tadi. - mkini

Ini satu berita baik untuk brader Sam. Andainya Nurul Izzah bertanding di timbalan presiden, maka undian dari srikandi dan wanita muda masih akan terbuka luas untuk calon naib presiden.

Tetapi, apakah yang akan terjadi dalam PKR sekiranya semua calon timbalan presiden lain memberi laluan kepada Nurul Izzah untuk one by one dengan Azmin, dan kemudiannya Nurul Izzah menang jawatan Timbalan Presiden PKR? Tiada yang mustahil apabila semua kekuatan 'asal bukan azmin' bersatu dibelakang satu calon.

Khalid juga sanggup mengenepikan borang pencalonannya sekiranya 'term-term' tertentu dipenuhi. Tak susah pun nak ikut apa kemahuan Khalid.

Live : Perbicaraan Anwar 14 Oktober !

Kali ini saya sedikit lewat untuk menyampaikan lintas langsung perbicaraan Anwar sepertimana yang saya paparkan dalam perbicaraan sebelum ini.

walaubagaimanapun, segala maklumat perbicaraan ada di dalam CIL di bawah;

Semuanya Hanyalah Kerana Dia




Yang rupawan tiada bandingan

Masyhur namanya di bibir yang bestari

Ingin kukenali

Dan ingin ku mengerti


Apa yang perlu

Agar ku dapat bersatu

Setelah kian lama

Terbiar jiwa lara


Yang hilang tercari-cari

Sang puteri semakin kenal dia

Semakin mendalam rasa

Semakin yakin dia

Luruhlah segalanya


Kerana dia kugembira

Kerana dia kubahagia

Kerna dia bermakna

Semuanya hanyalah kerana dia


Kerana dia! kumabuk rindu

Kerana dia tercabar fitrahku

Kerna dia sebenarnya

Semuanya hanyalah kerana dia

Antara Rahimi dan Bekas Banduan...



"Latheefa sendiri harus tahu bahawa saya adalah bekas banduan dan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Saya merasakan Latheefa seharusnya sebagai seorang peguam, tidak harus melakukan perbuatan sebegini kepada saya kerana walaupun saya mempunyai rekod buruk atas kesilapan saya dahulu, saya tetap seorang rakyat Malaysia."

Dakwa Rasid, setelah dikawal rapi selama 24 jam, serta beberapa insiden buruk di Quality Hotel, dia terpaksa akur kepada apa jua permintaan mereka.

"Selama hampir tiga tahun saya menanggung perasaan takut dan rasa tidak tenteram kerana memikirkan akuan bersumpah tersebut. Saya sangat berasa tertekan dengan keadaan ini dan terpaksa menerima kaunseling. Selepas beberapa sesi kaunseling, saya semakin tenteram dan cuba meyakinkan diri saya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.-mkini

Persepsi ini telah mula dijual setelah cukup masaknya setelah dua tahun disimpan sebagai senjata, dan produk persepsi ini datang bersama satu lagi pakej yang dibawakan khas untuk anda semua - pengakuan Rasid si bekas banduan.

Saya ingin mengajak pembaca semua berfikir, siapakah sebenarnya yang memaksa dan siapakah sebenarnya yang dipaksa?

Saya difahamkan, Rahimi bebas untuk pergi ke mana-mana. Zulkifli Ibrahim dan Din Binjai a.k.a sharpshooter hanya menjadi teman seandainya sesuatu yang buruk menimpa Rahimi kerana pengakuan bersumpahnya melibatkan nama DS Najib serta Rosmah. Sudah pasti ada ancaman dari skuad khas UTK yang bersetia menjaga kepentingan Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Saya memetik kandungan blog sharpshooter yang mengatakan;

Untuk makluman semua, Rahimi dijaga dengan baik, beliau di benarkan berjumpa dengan sesiapa sahaja, menelefon siapa sahaja bahkan beliau pernah memperkenalkan kepada ibu dan bapa beliau bahawa 'inilah 2 orang abang (sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim) yang jaga keselamatan beliau sepanjang di sini'

Malah pernah pada satu malam, Rahimi berkata dia nak tengok Euro final 2008? Kami bawa Rahimi ke Sri Pentas TV3 dalam ribuan manusia.

Sharpshooter melihat dengan mata dan kepala sendiri pengakuan Rahimi yang divideokan tanpa paksaan dan dengan kerelaannya sendiri. Latifah Koyah sebagai peguam bertanya beberapa soalan kepada Rahimi dan beliau menjawab tanpa skrip yang diberi dalam erti kata lain, Rahimi sendiri yang menceritakan dengan kerelaannya.

Apa yang berlaku ke atas Rahimi mempunyai skrip yang sama dengan apa yang berlaku ke atas Rasid. Bekas banduan yang mengenali Anwar sejak mereka berada di penjara dan kemudiannya diambil oleh bekas timbalan perdana menteri itu sebagai pembantu am di kediaman dan kemudiannya di pejabatnya, tidak punya sebab untuk dipaksa, apatah lagi untuk dikurung. Rasid adalah orang yang dikutip oleh Anwar, di manakah aras keperimanusiaan yang ada pada Rasid apabila membuat tuduhan yang meletakkan Anwar Ibrahim sebagai ahli politik gestapo, sedangkan Anwar adalah pembela nasibnya dan nasib rakyat.

Sekarang cuba tuan-puan pembaca budiman fikir sejenak-dua, apakah benar Rahimi dan Rasid ini dipaksa oleh orang-orang Anwar (yang sebenarnya bergadai nyawa melindungi mereka), atau Rahimi dan Rasid ini telah dipaksa untuk membuat laporan polis bahawa mereka telah dipaksa?

Tidak mustahil mereka juga dipaksa oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk memudahkan proses menghumban Anwar ke Sungai Buluh dengan jualan-jualan persepsi bahawa mereka telah dipaksa melakukan pengakuan bersumpah!

Berfikirlah secara dua hala - Rahimi dan Rasid juga mungkin dipaksa untuk menukar akuan bersumpah masing-masing sepertimana yang berlaku ke atas Bala. Sukma dan Dr Munawir juga pernah dipaksa untuk mengaku diliwat dalam kecelaruan fitnah 1998, apalah besarnya dugaan apabila dipaksa untuk menukar akuan bersumpah pada fitnah 2008 !


EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION