Monday, April 7, 2008

Perhimpunan Rakyat "countdown dari Black 14 ke arah kemenangan Rakyat"


BLACK 14

Perhimpunan Rakyat "countdown dari Black 14 ke arah kemenangan Rakyat"

Black 14 dikenang sebagai peristiwa hitam negara yang dikenang saban tahun tetapi 14 April 2008 ia bakal disambut dengan berbeza sekali kerana 14 April 2008 bukan lagi gelita. Ia sudah mula diterangi cahaya. 15 April udara di Malaysia akan berbeza kerana wira Rakyat Anwar Ibrahim bakal melangkah masuk ke arus perdana politik negara secara sah.

Seluruh rakyat dijemput untuk bersama dalam Black 14 perhimpunan khas countdown rakyat seperti di bawah

Tarikh : 14 April 2008
Masa : 8.45 malam
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman Kg. Baru, Kuala Lumpur

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan sulung perdana selepas pilihan raya selain dari ucapan pimpinan utama Pakatan Rakyat mengimbau kenangan perjuangan rakyat.

Tayangan video khas dari black14 ke arah kemenangan rakyat dan pameran khas turut akan diadakan.

(kiriman che'gu bard)

edyes wrote:

Inilah yang dinanti-nanti !!!
harap perhimpunan ini menjadi kenyataan..
Walaubagaimana pun, keselamatan DSAI adalah menjadi keutamaan. Para 'inteligence' DSAI, sila pastikan kedudukan DSAI berada dalam keadaan yang paling selamat kerana saya pasti ada pihak yang terdesak sekarang ni.
Takbir !!

REFORMASI !!!
REFORMASI !!!
REFORMASI !!!

HIDUP HIDUP !!
HIDUP RAKYAT !!!

Mengapa Rakyat Singapura 500% Lebih Kaya Dari Malaysia


"Ketika ini hasil per kapita rakyat Malaysia ialah AS$6244(RM21,500), satu prestasi yang membanggakan berbanding negara yang membangun, tetapi pada masa yang sama pendapatan per kapita rakyat Singapura AS$30,810(RM106,000). Lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia.

Pada akhir 1970-an pendapatan per kapita rakyat kedua-dua negara ini adalah lebih kurang sama, mengapa jurang tersebut bergitu lemah. Ada yang akan menjawab kita tidak boleh membandingkan dengan Singapura kerana Republik tersebut hanya sebuah Pulau Kecil yang mempuyai hanya 4juta penduduk.

Kalau bergitu mari kita bandingkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia dengan Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang adalah 40juta, sementara Taiwan 21 juta. Pada era 1970-an rakyat kedua-dua negara ini lebih miskin berbanding rakyat Malaysia. tetapi pada hari ini pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan Adalah AS$19,200(RM66,000), sementara Taiwan pula AS$15,700(RM52,300). Iaitu 2 atau 3 kali ganda berbanding rakyat Malaysia.
>
Ini berbeza dengan kecenderungan pemimpin negara membandingkan kehebatan Malaysia berbanding negara-negara yang paling daif di Afrika atau negara-negara yang sering dilanda peperangan dalaman. Mereka langsung Membangkitkan tentang pelaburan asing yang banyak?mengumumkan projek koridor yang bernilai bertrillion ringgit (entah dimana duitnya?? sedangkan projek pembangunan jambatan P.Pinang kedua bernilai 3billion pun dipinjam dari China?), pengumuman tentang prestasi indeks BSKL yang mencapai 1200mata?Projek Monsun Cup dan Taman Tamadun Hadhari yg bernilai beratus juta? Sedangkan jurang semakin hari semakin melebar. Satu lagi indeks rasuah yang membimbangkan?
>
Apakah mungkin diengkari kenyataan bahawa rakyat Singapura 500% lebih kaya berbanding kita? dan rakyat Taiwan dan Korea Selatan 300% lebih kaya dari kita?Apakah tidak mengaibkan kita negara yang mempunyai hasil minyak mencapai RM80billion setahun, dibandingkan negara yang tidak mempunyai sumber asli?Inilah kenyataan pahit yang perlu kita terima pada merayakan sambutan 50tahun kemerdekaan negara.

Jepun berada di tangga pertama, Korea Selatan & taiwan di kelas kedua dan Malaysia di kelas ketiga. Jika aliran ini tidak disekat dan diterbalikkan tidak hairan jika jurang ini semakin melebar. Di Asia China sebagai kuasa ekonomi baru, India dengan Industri Teknologi Maklumatnya, semakin rakus memburu peluang.

Tetapi dimana kita, yang saban hari dipaparkan di kaca TV (baca media propaganda) memaparkan tentang prestasi cemerlang BSKL yang lebih 1200mata, tertinggi pernah dicatatkan? Apa yang kita dapat dgn propaganda murahan ini?tidak dinafikan rakyat terus menerus diperbodohkan dan dilenakan oleh media propaganda yang ditaja oleh pemimpin tertentu(baca menteri), yang paling menghairankan ada yang terpengaruh.

Suatu ketika dulu kita dianggap sebagai kuasa ekonomi baru, merupakan harimau ekonomi asia. Suatu pencapaian yang boleh dikagumi. Kita mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi semasa era 1990-an.Tetapi kini gambaran prestasi kita dibayangi oleh Taiwan, Korea Selatan, India, China dan Vietnam...
Renung-renungkanlah.... Rakyat Malaysia"


edyes wrote :

Petikan dari Agenda Ekonomi Malaysia. sila klik di sini untuk membaca rencana penuh.

Ahli Umno sabotaj 22 DUN, 14 parlimen


Ahli Umno sabotaj 22 DUN, 14 parlimen
Nash Rahman Apr 6, 08 1:40pm

Barisan Nasional, khususnya Umno, tewas di 14 kerusi parlimen dan 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihanraya umum 8 Mac kerana perbuatan sabotaj ahli Umno sendiri. Ketika mendedahkan demikan, presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tanpa sabotaj, BN dapat mempertahankan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Dalam pilihanraya umum lalu, BN mendapat 140 kerusi parlimen - kurang lapan kerusi untuk mendapatkan majoriti dua pertiga. Umno tewas di 31 kerusi parlimen apabila hanya mampu mempertahankan 78 daripada 109 kerusi yang dimenanginya pada 2004.

Menurut Abdullah lagi, jika tidak berlaku sabotaj dalam kalangan ahli-ahli Umno di 22 kerusi DUN tersebut, BN tidak akan kalah di Kedah dan Perak. Menurutnya, semua kerusi parlimen dan DUN terbabit merupakan "kawasan putih" dan BN tidak menghadapi masalah untuk memenanginya, jika tidak berlaku sabotaj tersebut.

edyes wrote :

Seperti biasa, ‘mereka’ sekali lagi menyalahkan orang lain dalam hal kejatuhan UMNO dan BN pada temasya PRU12. Apakah ini hasilnya paklah berdiam diri selama beberapa minggu? Kononnya, BN masih boleh mengekalkan majority 2/3 jika tiada sabotaj berlaku. Jika inilah yang diperkata oleh paklah dan disokong oleh penjilat setia, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa ‘mereka’ masih angkuh dan tidak memperhalusi punca-punca kekalahan yang sebenar dengan bahasa senangnya – tidak mengaku salah !!

Apakah maksud sabotaj? Mengapa sabotaj itu terjadi? Tidak salah jika dikatakan bahawa sabotaj itu berlaku setelah bahagian-bahagian yang terlibat itu di’sabotaj’ terlebih dahulu. Sebagai contoh, senarai pencalonan telah diubah di saat akhir dengan meletakkan proxy orang tertentu bagi mengukuhkan penguasaan dalam kerajaan. Oleh demikian, pucuk pimpinan UMNO harus bertanggungjawab penuh di atas kejadian sabotaj ini dalam mana-mana sudut sekalipun.

Pada pandangan umum, kita seharusnya tahu bahawa kejadian seumpama sabotaj ini berlaku atas kelemahan sendiri, bukanya sebagai ‘cerita’ untuk menagih simpati atas kekalahan teruk pada 8 Mac lalu.

Kepada paklah dan rakan-rakan, jika benar UMNO tiada masalah di detik ini, jika benar UMNO itu kuat seadanya, jika benar tiada kucar-kacir dan huru-hararey yang berlaku, sila tumpukan perhatian kepada pembangunan rakyat. Jangan ber’press confrence’ lagi dan tinggalkan segala isu ‘pengunduran’ ini segera lantas menumpukan perhatian kepada memperkasakan ekonomi dan janganlah tindas kami lagi dengan kenaikkan harga barang.

Kami menanti langkah kerajaan seterusnya dalam konteks membasmi kemiskinan dan jika kerajaan sekarang sudah tidak mampu membereskan masalah rakyat, nantikanlah kedatangan kerajaan baru pimpinan Pakatan Rakyat !!! yakni kerajaan untuk rakyat !!

>
PS: HARGA MINYAK TURUN 30SEN SERTA MERTA DAN SEMUA JENIS YURAN PERSEKOLAHAN DIMANSUHKAN !!!

PAS Tunjang Pakatan Rakyat?


PAS Tunjang Pakatan Rakyat?

Posted on Monday, April 07 @ 08:33:09

Oleh Azzam

Menurut laporan, Dato' Ahmad Yaakob, TMB Kelantan mengeluarkan kenyataan bahawa PAS perlu menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat supaya agenda Negara Islam dapat diteruskan. Kemudian kenyataan ini disokong oleh Pemuda Terengganu, Kedah dan Kelantan. Saya tidak mengetahui konteks ucapan Ust Ahmad Yaakob. Tetapi pada hemat saya, sekiranya kenyataan itu dibuat secara terbuka kepada wartawan dan tepat seperti dilaporkan, saya rasa kenyataan tersebut agak premature. Sokongan dibuat oleh pemuda juga agak premature.

Saya bukanlah terlibat secara langsung dalam politik, tetapi dengan sedikit lawatan dan dialog di Perak baru-baru ini, kita memahami bahawa sikap, tindakan dan akhlak yang kita tunjukkan semasa pemerintahan di negeri-negeri terbabit adalah lebih utama dari retorik negara Islam tersebut. Selain Kelantan, kita masih belum dapat buktikan keikhlasan, komitmen, akhlak kita dalam pemerintahan. Kita juga mengakui bahawa kemenangan kita tempohari bukanlah satu endorsement kepada negara Islam secara total, sebaliknya hanyalah kemahuan rakyat kepada satu kerajaan yang adil, bebas rasuah, berkebajikan dan transparen.

Kes di Perak wajar utuk dijadikan iktibar bagi pejuang Islam dalam sistem demokrasi khususnya golongan muda. Walaupun kita cuma menang enam kerusi, PKR tujuh dan DAP 18, kita dianugerahkan Allah sebagai MB. Kita tidak perlu mengatakan bahawa kita sebagai tunjang kepada Pakatan Rakyat di Perak kerana kita adalah sebahagian dari penyumbang kepada perubahan tersebut sahaja. Tetapi sebaliknya sekiranya kita mendakwa sebagai tunjang, saya yakin 100% bahawa MB bukannya dari orang PAS kerana kelihatan kita tamak untuk menjadi 'tunjang' tersebut. Kita melihat, khususnya di Perak, apa yang ditunjukkan oleh pimpinan di sana sangat cemerlang berbanding dengan retorik kosong siapa menjadi 'tunjang' ini.

Ust Ahmad Awang khususnya sebagai Pesuruhjaya di Perak telah menunjukkan contoh tauladan yang sangat baik. Beliau tidak bertanding dalam pilihanraya ke 12 lepas. Kerusi beliau telah diberikan kepada PKR iaitu Bagan Serai. Dan beliau bekerja bersungguh-sungguh menunjukkan keikhlasan beliau dan PAS dalam membantu perubahan rakyat ini. Kerana kesunguhan dan keikhlasan ini, seolah-olah beliau yang menjadi pemimpin pakatan rakyat walaupun tidak pernah disebut begitu. Kebolehan beliau memimpin, kebolehan memahami suasana, boleh berbahasa inggeris, boleh bertolak ansur dalam perkara dibenarkan agama dan kadang-kadang boleh buat kelakar masa perbincangan serius membuatkan beliau sangat dihormati bukan sahaja oleh pemimpin PKR tetapi juga DAP.

Bahkan sebelum DAP mengenali siapa Mohd Nizar, DAP sudah menerima segala keputusan yang dibuat oleh Ust Ahmad Awang kerana sifat-sifat tersebut. Bahkan kita juga dimaklumkan bahawa DAP menganggap Ust Ahmad Awang sebagai tok guru di Perak dan mereka mencium tangan tok guru ini. Itu sebelum mereka mengenali Mohd Nizar. Dan Mohd Nizar adalah orang ke lima dalam hiraki PAS Perak. Orang kedua, ketiga dan keempat juga mempunyai kebolehan masing-masing. Apa yang ditunjukkan oleh orang kelima Mohd Nizar adalah sangat cemerlang. Kualiti kepimpinan yang ada pada beliau menyebabkan semua orang merasai beliau layak untuk menjadi MB. Bahkan Lim Kit Siang sendiri tidak pernah mempertikaikan kelayakan Mohd Nizar sebagai MB. Lim cuma mempertikaikan MB daripada PAS. Kemudian beliau mengakui bahawa Mohd Nizar layak secara meritokrasi yang DAP perjuangkan selama ini.

Mohd Nizar dan PAS Perak tidak perlu meminta-minta atau berkempen untuk menjadi 'tunjang'. Itulah hakikatnya, bahawa kita diiktraf sebagai tunjang walaupun tidak perlu diucap. Bagaimana kita mahu menjadi 'tunjang' sekiranya kita gagal menyediakan pemimpin berkualiti di kalangan pemuda seperti yang ditunjukkan oleh PAS Perak. Dengan kita cuma ada 23 kerusi sahaja di Dewan Rakyat, saya bimbang keikhlasan kita nak menjadi 'tunjang' akan dilihat sebagai tamakkan kuasa sahaja. Ini adalah satu yang sangat premature.

Namun begitu, saya menaruh sangka baik kepada pimpinan bahawa konteks ucapan mereka adalah satu persediaan dalaman bagi anggota harakah supaya terus bekerja dan kita kelak akan diiktiraf dengan sendiri sebagai tunjang, tanpa kita membuat permohonan untuk itu. Pimpinan pemuda seharusnya menyambut saranan Ust Ahmad Yaakob dengan menyediakan barisan pemuda yang sanggup bekerja untuk kemenangan Pakatan Rakyat seperti yng ditunjukkan oleh Pemuda selangor.

Saya juga percaya damage control yang dilakukan oleh TG Nik Aziz dalam hal menjemput Karpal Singh ke Kelantan insya Allah memberikan kebaikan kepada Islam dan PAS. Sekian.
Azzam
edyes wrote :
Artikel yang sangat baik dari seorang pejuang PAS. Even orang PAS sendiri akui bahawa mereka bukanlah tunjang dalam komposisi Pakatan Rakyat. Keputusan PRU12 tempohari menunjukkan bahawa rakyat mahukan keadilan saksama, perubahan pentadbiran dan lebih kebajikan kepada rakyat, bukanlah satu endorsement kepada negara Islam secara total.
>
Namun begitu, kita bukanlah menolak Islam. Islam itu universal. Islam itu menyeluruh. Islam di mana-mana dalam kehidupan kita jadi tiada sebab kita menolak Islam malah mengagongkannya.
>
wallahualam.

Sunday, April 6, 2008

Sudah Lupakah Apa Itu Pakatan Rakyat ?

Baru berapa hari Pakatan Rakyat telah ditubuhkan, seharusnya persefahaman yang di bina itu akan lebih mantap dan tiada 'leaking' yang membolehkan Barisan Nasional yang agak kritikal itu membuat 'turning point'! Di saat kita menunggu detik paklah meletakkan jawatan, dengan mudah mereka mengalihkan tumpuan seluruh negara untuk menyaksikan pertandingan lawan pedang diantara kit siang dan PAS !!

Sedar atau tidak, setelah kita berjaya di 'stage' yang pertama iaitu menidakkan majoriti 2/3 BN, kita terlupa agenda utama kita. Segala usaha dan usahasama yang diusahakan 24jam sewaktu menghadapi PRU12 tempohari akan menjadi sia-sia. Ramai orang melayu yang mengundi DAP akan menyesal dengan perkembangan ini begitu juga sebaliknya, orang cina yang mengundi PAS juga akan menyesal manakala orang india akan pening kepala...

Kenapa terburu-buru? kenapa begitu melayani wartawan? tidak cukupkah publisiti yang sedia ada? adakah YB lim kepingin untuk masuk tv3 lagi? atau karpal singh berangan menjadi karam singh..? umumnya semua telah ketahui akan akibat daripada sebarang komen yang memainkan sensitiviti penubuhan negara Islam. Ini adalah modal utama BN untuk melagakan DAP dan PAS !!!

DAP dan PAS sedar akan perkara ini kerana masing2 telah lama berpolitik! Dalam pada menubuhkan Pakatan Rakyat, segala perkara yang berkaitan dengan penyimpangan idealogi seharusnya dicari jalan penyelesaian yang muktamad!! Dalam konteks masalah Lim-Karpal dan PAS, adakah tuan2 yang bijak pandai ini masih perlukan DSAI untuk menyelesaikan masalah? DSAI memang berwatak 'problem solver' dengan ketrampilan karismanya serta kebijaksanaanya dalam berdiplomasi.

kepada YB Lim dan DAP, apakah masalah anda jika negeri2 seperti Kelantan, Terengganu(bakal), Kedah dan Perlis mengamalkan dasar Islamic law as Islamic state? tidak boleh compromi kah? ataupun anda2 di penang sana jelousy kepada parti PAS yang kini diterima oleh non-muslim (kebanyakanya indian) dengan penubuhan kelab penyokong PAS? Ingin diketahui juga adakah DAP lebih rela BN memerintah(sambil merompak) sampai bila-bila berbanding dengan jika PAS yang menegakkan negara Islam?

Adakah anda 'terasa' kerana non-muslim ini tidak menyertai DAP sebagai tunjang parti untuk mereka..? Ya, memang ada sekumpulan bekas MIC yang bertindak keluar dari parti sami velue lalu menyertai kelab penyokong PAS dan mereka berbuat demikian kerana mereka yakin bahawa pimpinan PAS yang berlandaskan islam MAMPU berlaku adil !! Wahai DAP, jika mahu terus memerintah P.Pinang dan bersama-sama dengan melayu untuk memerintah Malaysia suatu hari nanti, tolonglah memahami sensetiviti orang melayu yang beragama Islam. Sedikit pengorbanan untuk kebahagiaan bersama, secubit pengorbanan untuk sebuah tumbukan padu maut kepada BN !

Mereka yang bukan islam menerima identiti PAS sebagai 'moderate Islamist' manakala DAP pula sukar diterima oleh orang melayu kerana beberapa isu yang dibangkitkan adalah seperti menikam orang Islam itu sendiri. Walaubagaimanapun, tiada pilihan lain untuk 'mengajar' BN dalam PRU12 dengan membuang undi kepada DAP dan dalam masa yang sama, kita juga 'expecting' sesuatu yang baik dari DAP untuk bangsa selain cina setelah kemenangan banyak dicapai terutamanya kemenangan sebuah negeri di utara. Sebuah negeri ! bukan sebuah kerusi atau sebuah daerah!

Sekarang, tolong kembali kepada agenda asal. Segala ketidak-serasian sepatutnya dihindar jauh-jauh, segala kemushkilan direnungi oleh maklumat / panduan / 'manual' yang logik dan sahih, segala pertembungan idealogi disudahi dengan kompromi 'win-win situation', segala keretakan ditampal dengan semangat setiakawan, sudah lupakah apa itu Pakatan Rakyat?

Kepada Pakatan Rakyat, kelahiran ini telah lama dinanti. Bila sudah bersatu, bermuafakatlah... Melayu-Cina-India-Iban-Kadazan semua boleh hidup bersama, sekarang masanya untuk memperbaiki kehidupan itu demi masa depan yang lebih cemerlang dan Malaysia yang lebih mapan!! Gunakan kebijaksanaan anda dan yakinlah kami rakyat akan sentiasa berjuang untuk anda. Jangan persiakan perjuangan kami.

YB YB semua, sekarang masa untuk bekerja... sila pastikan tiada 'longkang' yang tersumbat di tempat jagaan anda agar 'banjir' tidak lagi berlaku!

oleh Edy Noor

Friday, April 4, 2008

Kehancuran UMNO Dari Sudut Pandangan Ku Li


Berikut adalah antara petikan penting ucapan Ku Li.

1. "Kekuatan UMNO itu terbukti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pertama yang diadakan dalam tahun 1955. Parti Perikatan yang diterajui oleh UMNO dengan dukungan rakan-rakan dari MCA dan MIC mencapai kemenangan yang cemerlang. Daripada 52 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan (sekarang Parlimen) yang ditandingi, Perikatan memenangi 51 kerusi dan menguasai lebih 2/3 atau hampir 95%".

2. "Empat puluh tahun kemudian, iaitu selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 dalam tahun ini, UMNO jatuh tarafnya sebagai parti yang terkuat dan yang didukung oleh majoriti orang Melayu tiba-tiba jatuh menjadi parti yang kecil perwakilannya dalam Parlimen. UMNO cuma berjaya memenangi 78 buah kerusi Parlimen, menurun sebanyak 32 buah kerusi dari jumlah 110 buah kerusi yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-11"

3. "Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 31 kerusi Parlimen. PAS memenangi 23 kerusi. Dalam tahun 2004 parti ini mempunyai 6 orang ahli Parlimen sahaja. Akibatnya, BN kehilangan kuasa majoriti 2/3 majoriti dalam Parlimen. "

4. "jatuhnya empat buah negeri – Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang - ke tangan parti Pakatan Rakyat, iaitu gabungan parti PAS-PKR-DAP. PAS di Kelantan menjadi bertambah kuat"

5. " didapati bahawa hanya 48% sahaja daripada pengundi seluruh negara yang menyokong (mengundi) BN, manakala jumlah undi popular seluruh negara yang menyokong parti-parti lawan ialah 52%. Jadi, mesej atau isyarat pengundi agak terang dan jelas: Mereka mahukan perubahan kerajaan. Mereka mahukan kerajaan yang lebih cekap, telus, bersih, beramanah, adil dan pro-rakyat tanpa mengira kaum.

6. "Kita sebut satu kes sahaja, iaitu kes yang berkaitan dengan ‘rakaman video Lingam’ yang didedahkan kepada Suruhanjaya yang dilantik untuk mendengar kes ini." "Bayangkan juga, para tauke atau tauke judi boleh ‘campur tangan’ dalam soal pelantikan hakim."

7. "Ada yang mengatakan bahawa kita sebenarnya tidak kalah, kita masih menang; ada yang berkata, ‘BN akan bangkit semula untuk menebus kekalahannya’; ada yang menyalahkan orang Melayu yang memilih parti lain, dan berkata orang Melayu itu ‘tidak mengenang jasa’ (tidak tahu saya ‘jasa siapa dan apa’); ada yang menyalahkan generasi muda Melayu kerana kononnya mereka ‘tidak faham perjuangan UMNO’ atau kerana mereka tidak mendapat berita, maklumat dan cerita yang sebenar tentang kerajaan, UMNO dan BN yang disiarkan dalam surat khabar arus perdana, tetapi membacanya dari blog-blog ‘anti kerajaan’ dan ‘anti UMNO’ dalam Internet."

8. "Ada yang mengatakan bahawa kita sebenarnya tidak kalah, kita masih menang; ada yang berkata, ‘BN akan bangkit semula untuk menebus kekalahannya’; ada yang menyalahkan orang Melayu yang memilih parti lain, dan berkata orang Melayu itu ‘tidak mengenang jasa’ (tidak tahu saya ‘jasa siapa dan apa’); ada yang menyalahkan generasi muda Melayu kerana kononnya mereka ‘tidak faham perjuangan UMNO’ atau kerana mereka tidak mendapat berita, maklumat dan cerita yang sebenar tentang kerajaan, UMNO dan BN yang disiarkan dalam surat khabar arus perdana, tetapi membacanya dari blog-blog ‘anti kerajaan’ dan ‘anti UMNO’ dalam Internet."

9. "Anggaplah masalah yang kita hadapi itu sebagai darurat UMNO. Untuk menangani sesuatu darurat kita perlu bertindak segera sebelum darurat itu merebak".

10. "Rakyat hari ini tidak sama lagi dengan rakyat 40 atau 30 tahun yang lepas. Harapan mereka tidak sama lagi dengan harapan ibu bapa atau nenek mereka. UMNO perlu terus relevan dengan cita-cita, harapan dan tuntutan mereka."

11. "Rasuah politik akan dan memang sedang berlaku dalam parti sebagai cara untuk membeli undi atau untuk mengekalkan kedudukan pemimpin yang lemah. Maka lahirlah banyak ‘pak turut’ dan ‘tukang ampu’ dalam parti yang secara tidak bermoral dan berprinsip akan sentiasa memuji dan membela pemimpin walaupun mereka tahu pemimpin itu lemah. "

12. "Setiap kali menjelang pilihan parti, ada sahaja orang dan puak yang menyeru anggota parti supaya jawatan Presiden Parti, atau Timbalan Presiden, Ketua Wanita, atau Ketua Pemuda tidak ditandingi."

13. "UMNO tidak lagi memperjuangkan hak-hak yang menjadi warisan bangsa Melayu sejak dahulu kala. UMNO dilihat sebagai parti yang tidak lagi mempedulikan bahasa Melayu, budaya Melayu dan ekonomi rakyat Melayu yang miskin. Ini memarahkan orang Melayu"

14. "Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, kita lihat ada orang dari kaum India dan kaum Cina, misalnya, mengibarkan dan menjunjung bendera PAS, dan mereka mengundi calon PAS di kawasan kuat UMNO. Mengapa? Apakah kerana mereka sudah dipukau atau di-Islamkan oleh orang PAS? Tidak. Mereka berbuat demikian kerana mereka percaya bahawa PAS, berdasarkan prinsip Islam, lebih adil daripada UMNO terhadap kaum bukan Islam".

15. "Mereka berkata orang PAS takut kepada Tuhan; jadi mereka takut hendak bercakap bohong atau melakukan dosa kepada makhluk Allah, tidak kira bangsa dan agama. Mereka berkata, Tok Guru Nik Aziz jauh lebih baik, bersih dan amanah daripada kebanyakan pemimpin UMNO Kelantan"

16. "kelakuan beberapa calon UMNO tidak beradab. Mereka sombong, bercakap besar, riak, dan suka menabik dada. Seorang calon Parlimen UMNO memberitahu media bahawa matlamat dia ialah untuk memastikan lawannya hilang deposit. Calon ini mengalami kekalahan teruk, diajar oleh pengundi Melayu." " Bahkan seluruh jentera UMNO digerakkan untuk melancarkan semacam ‘perang salib’ terhadap PAS, gayanya seperti perang yang dilakukan oleh Bush terhadap negara Islam."

17. "Kita kena buang segala anggota UMNO di atas itu yang jahat, yang korap, yang tidak berbudaya dan berakhlak tinggi, dan yang tidak bijaksana. Ada orang boleh jadi geliga otaknya, lulusan dari Oxford, Harvard dan sebagainya, tetapi tidak bijak, tidak pandai, tidak cerdik budaya. Orang ini tidak layak diangkat oleh UMNO untuk menjadi pemimpin mereka"

18. " Inilah sebabnya mengapa saya menggesa supaya Perhimpunan Agung Khas itu diadakan sebelum Perhimpunan Agung UMNO diadakan. Kita tidak mahu nanti perwakilan yang datang ke persidangan pemilihan itu datang seperti fiil lama, tidak mengetahui apakah kelemahan dan masalah UMNO, lalu mereka memilih atau disuruh memilih calon-calon yang sama, yang lemah untuk memimpin parti."

19. "Kalau begitu gayanya, saya khuatir kita akan mengalami malapetaka yang lebih buruk lagi."

edyes wrote :

Teks ucapanya begitu panjang maka saya mengambil peluang untuk memaparkan unsur-unsur penting dalam ucapan Ku Li.

Jika diamati ucapan ini, kita akan dapati bahawa Ku Li sedar akan kelemahan yang ada pada UMNO sebelum PRU12 dan pasca PRU-12. Beliau ingin berkongsi pemahamanya yang 'excellent' itu dengan semua perwakilan supaya agenda untuk menjatuhkan paklah dan menantu beruknya itu lebih progresif.

Perjumpaan bersama Ku Li seumpama ini amatlah dihalang oleh pucuk pimpinan UMNO dan pemimpin barua atau penjilat-penjilat yang mahukan paklah kekal supaya kerja mereka lebih lancar. Ramai pemimpin pertengahan UMNO yang sedar kelemahan yang ada tapi apakan daya, mereka hanya mengikut arus. Mereka juga sedar akan perlunya paklah undur demi memperbaiki sampan UMNO yang kian reput itu tetapi apa yang mereka mampu lakukan hanyalah "angguk angguk, geleng geleng, suruh tunduk dia tunduk... iya-iya, saya-saya, kiri kanan ikut saya... hangguk hangguk". Kerana apa..? kerana perjuangan parti hanyalah di mulut mereka semata-mata... jadilah sebuah parti yang tidak relevan !

Perjuangan UMNO untuk memartabatkan bangsa melayu? bukan untuk memartabat... tapi untuk kerabat !!

Thursday, April 3, 2008

13 April : MP Sabah & Sarawak sertai PR jika Pak Lah tak berundur

13 April: MP Sabah & Sarawak sertai PR jika Pak Lah tak berundur

Oleh yb_pmn

"Hangat.. lagi panas! semua ternanti2 peristiwa 13 April... Sebagaimana diwar-warkan oleh Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Yahya Sahri semalam, 13 April akan berlaku satu peristiwa besar.Sumber rapat dipercayai melaporkan, pada tarikh itu negara bakal dikuasai pembangkang (PR) apabila majoriti MP Sabah dan Sarawak sepakat menyeberangi PR apabila BodoLAH berdegil meletakkan jawatan parti.


Ini sebagai tindak balas spontan dan hanya menunggu masa 'meletus' memandangkan BodoLAH masih lagi angkuh dan berdegil melepaskan jawatannya. PM tidur Malaysia kelihatan gugup dan pucat apabila gertakkan beliau kepada MP di Malaysia Timur itu tidak diendahkan apabila mereka mengadakan pertemuan baru-baru ini. BeEnd yang hanya bergantung kepada komponen di Sabah dan Sarawak sahaja sekarang untuk berkuasa begitu cemas apabila dua Timbalan Menteri dari sana yang juga merupakan orang kuat parti bertindak menolak dan meletak jawatan dalam kabinet BodoLAH.

Susulan itu, beliau terpaksa terbang ke sana untuk memujuk MP dan adun BN lain supaya kekal dalam pakatan BeEnd. Selain itu, BodoLAH turut menjanjikan beberapa lagi jawatan penting dalam kabinet yang mungkin akan dirombak dalam masa sebulan dua ini. Tetapi memandangkan tidak mahu terpalit rasa malu, beliau tidak mampu merombak barisan kabinet yang lemah dalam tempoh terdekat.

Dalam situasi ini, kata putus yang dijangka diperolehi daripada MP dan BodoLAH adalah 13 April nanti. Barah di Sabah dan Sarawak sudah tiba di kemuncaknya, dan Ketua Menteri Sabah sendiri turut bengang dengan PM apabila kaum keluarganya sendiri diperkitak katikkan oleh BedoLAH. Malah diberitakan, Pairin Kitingan yang memang popular sebagai pembangkang sebelum ini, akan mengikut jejak langkah adiknya Jefrey Kitingan dalam barisan PKR.

Di Sarawak pula, tawaran lebih menarik daripada Anwar kepada barisan MP di sana dikhabarkan mengembirakan mereka. Walaupun begitu, semua MP yang ingin melompat ke PKR tidak ditawarkan atau dijanjikan wang ringgit sebagaimana digembar gemburkan.Tunggu dan lihat!

edyes wrote :

Susulan daripada teka-teki 13April, kini ianya kian terungkai. Namun begitu saya masih menganggap berita ini adalah satu 'rumours' yang agak radikal dan sekiranya 'ramalan' ini benar-benar berlaku, maka kita sebagai rakyat Malaysia wajar bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku !

wallahualam

Pemuda PKR Gesa Abdullah Jangan Letak Jawatan ?

Oleh Mohamad Mukhreez


Ketua sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta semua pihak terutamanya ahli-ahli Umno agar tidak mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Ini kerana menurut Shamsul, Abdullah merupakan aset paling berharga kepada pembangkang ketika ini. "Lebih lama beliau berkuasa, lebih baik kepada kita (pembangkang)," katanya kepada KLpos.com. Shamsul berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penafian Abdullah bahawa beliau akan meletak jawatan dalam tempoh terdekat.

Mengenai peluang pembangkang membentuk kerajaan pusat, kata Shamsul, "Insyallah dengan Abdullah memimpin BN, dan Anwar (Ibrahim) memimpin Pakatan Rakyat, saya beri tempoh empat bulan dari 15 April ini," "Selepas 15 Ogos, kerajaan pusat akan berubah tangan dan kita akan mengumumkan Pakatan Rakyat mengantikan Barisan Nasional," katanya.
>
edyes wrote :
>
Reverse Psychology ! Seperti yang pernah dinyatakan, dari mana sudut sekali pun UMNO dan BN telah lemah dan hanya menunggu masa untuk tumbang berkecai. Walaupun paklah kekal, mahupun digantikan oleh Najib monggolia, ataupun diambil alih oleh Muhyiddin, semuanya serba tidak kena.
>
Pemimpin yang menangguk di air yang keruh, Ku Li, menawarkan diri untuk merawat UMNO 'sambil' menawarkan diri juga untuk menjadi presiden UMNO melalui AGM. Di tempelak pula oleh Najib melalui bahasa kasarnya "Rawat UMNO Kelantan dulu sebelum merawat UMNO federal" dan bahasa halusnya "Turn aku pula untuk jadi presiden, turn kau Ku Li dah berakhir tahun 1988 dulu...".
>
Oleh demikian, paklah kekal atau berundur tidak akan memberi kesan yang banyak kepada arus perubahan yang berlaku kerana rakyat semakin hari semakin jelak dengan permainan politik UMNO yang kuno itu.

Artikel Pilihan dari Forumer

Oleh Edirossa

Walaupun saya masih belum nampak hasil dari kemenangan PR (pakatan Rakyat) walau hanya di 5 buah negeri, Sekalipun mungkin Islam tak yg terbaik dibawah PR, Tapi saya yakin dibawah gabungan Pas dan PKR, Islam tak kan jadi seburuk spt dibawah UMNO!!

DAP?!

Walaupun selama 50 tahun UMNO menanam faham perkauman kedalam minda org2 Melayu, yg kununnnnya kalau DAP menang, akan terhapuslah Melayu dibumi Malaysia, namun saya agak yakin yg DAP (dalam PR) akan lebih baik dari MCA dan MIC (dalam BN) !!


Dan saya agak terharu bila Lim Guan Eng pun turut mengambil contoh Umar Abd Aziz sebagai pemimpin sederhana yg berjiwa rakyat. Dan mungkin kerana itu Lim Guan Eng tak sanggup guna duit 300,00 milik rakyat semata-mata diguna utk upgrade kediaman rasmi KM di Penang utk dirinya.... Lim Guang Eng lebih rela tinggal bersama bapanya Lim Kit Siang seperti sebelum menjadi KM...


PAS?!

Saya yakin yg PAS akan jauh lebih baik dari UMNO dlm menjaga kebajikan rakyat,Sekalipun mungkin dibawah PAS, ekonomi negeri bawah jajahannya tak jd terbaik didunia,Tapi saya yakin Pas dibawah pimpinan Nik Aziz yg hanya tinggal dirumah kampung yg paling buruk kalau nak dibandingkan dgn pemimpin2 UMNO, dan menyedekahkan separuh elaunnya sebagai MB Kelantan selama 18 tahun, dan begitu juga dgn Haji hadi Awang...
>
Saya yakin yg mereka tak akan merompak duit rakyat spt UMNO.....dan juga yakin yg Pas akan menjaga Islam jauh lebih baik dari spt Islam di bawah UMNO yg semakin jauh dari Tuhan!!
>
edyes wrote : PKR tidak di ulas kerana isu pakatan rakyat ialah pergabungan antara PAS dan DAP. Tak salah mereka bergabung untuk menentang musuh rakyat !
>
>
Sekadar Pendapat Oleh masMerah
Islam bagaimana yang akan berjaya?
  1. Islam ahli sunnah waljamaah yang mengamalkan demokrasi (harus di ingat dalam islam juga ada yg percaya pada fahamankomunis)
  2. Islam tanpa suku suku, puak puak atau team team dan bernaung bawah satu bumbung satu jenama
  3. Islam yang boleh berkerjasama dengan yang bukan islam
  4. Islam yang memperjuangkan maruah dan keadilan mengikut hukum dengan ikhlas(bukan perjuangan peribadi, atau perjuangan periuk nasi perut sendiri)
  5. Pucuk pimpinan dari kalangan mereka yang bergelar umarak dan ulamakyang sewajibnya berlandaskan hadis dan quran serta fasih dalam lingkungan ilmu kepimpinanBersih dari kemungkaran, tamak haloba dan sederhana serta penganut dan PENGAMAL yang baik
  6. Islam yang mementingkan keamanan berlandaskan hukum syarak bukan Extremism atau fanatik
  7. Islam yang memilih meleraikan kekusutan dari memilih mencorakkan atau mencetuskan khilafiah
  8. Pemimpin islam yang boleh menerima pakai nasihat yang bernas = jauh menyimpang dari yang berkuasa vetoatau dari penolong pemimpin kaki ampu yang takut menyatakan kebenaran dan berlindung dengan kepalsuan untukkepentingan politik peribadi
  9. Islam yang agresif dalam pekembangan ekonomi dan menseimbangi dalam agihan rezeki
  10. Islam yang open minded, sikap terbuka dalam aliran kemajuan global dari pelbagai bidang
  11. Islam yang meletakkan ilmu dunia dan akhirat di tangga yang paling atas
  12. Saling hormat menghormati antara instituisi di raja dan jentera pentadbiran dalam majlis musyawarh
Ini pendapat Merah saja tau = seorang yang bukan ahli atau fasih dalam politik. Semua ini kesan dari bacaan dan penelitian dalam posting2 mesra. Salah n silap harap maaf kan...
edyes wrote: Good point of view.

Levi Pekerja Asing: RM 10 atau RM 1.5 Billion


Oleh : sulaiman

Cadangan MB Selangor untuk mengenakan levi RM10 sebulan ataupun RM100 setahun telah mendapat bantahan daripada NGO seperti SUARAM. Hasrat murni MB Selangor ialah untuk mengutip dana bagi mewujudkan program latihan yang sistematik dan berkesan bagi melatih belia-belia Selangor.

Tanpa latihan, belia Selangor akan tidak dapat bersaing dengan limpahan buruh asing yang dikategorikan sebagai 'murah' dan bersedia untuk bekerja tanpa had. Ini mewujudkan keadaan yang kurang sihat untuk perkembangan dan kemajuan Malaysia. Tambahan pula, kebanjiran pendatang asing yang sesetengahnya tanpa permit mengakibatkan peningkatan kadar jenayah di kawasan setempat.

Justeru, usaha mengadakan latihan ini wajar di sokong. Berkenaan dengan kutipan dana, kerajaan pusat wajar memberikan geran latihan kepada negeri-negeri memandangkan kerajaan pusat telah mengutip tidak kurang RM 1.5 BILION setahun levi pekerja asing di Malaysia (Sumber : KERTAS PERINTAH 40A TAHUN 2006, DEWAN RAKYAT). Melalui geran ini, maka negeri-negeri boleh mengadakan program latihan spesifik bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia Malaysia.

Kita mahu belia Malaysia menguasai minimun suatu kemahiran pertukangan yang membolehkan mereka bekerja sendiri. Contoh kemahiran ini seperti bidang elektrik, permotoran, perkhidmatan restoran, penghawa dingin,'welding' dan sebagainya. Setakat ini, kemudahan latihan yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia dan MARA adalah amat terhad.

Rumusannya : Bantahan untuk mengenakan levi RM10 sebulan ini, sepatutnya tidak menyebabkan hasrat murni MB Selangor untuk mewujudkan dana latihan belia Selangor terbantut. Program latihan yang tersusun akan menyelamatkan remaja belia ini daripadal lembah penagihan dadah, jenayah, rempit dan menukarkan mereka menjadi warganegara yang produktif dan berjaya untuk berdikari bagi membina kehidupan di bumi Selangor ini.

komen Arahman :

Itu Dah Murahlah Tu Rm10 Sebulan .. Masa Saya Kerja Kat Singapore Dulu Pada Tahun 90 'An Pun Dah S350 Sin Dollar X Rm 1.85 Lebih Kurang Rm647.50 Pada Masa Tu Sekarang Ni Tak Tahulah Berapa.. Itu Kita Boleh Tanya Member² Kita Yg Masih Kerja Kat Singapore.... Saya Memang Setuju Sangatlah Kalau Kerajaan Selangor Nak Kenakan Levi...

komen flykite77:

Saya nak komen pasal suaram. Mereka melalak kerana mungkin ada ulterior motive. Yg keduanya, kalau dilihat, jumlah yg dikutip olih kerajaan pusat besar, ada masyuk kot?!. Kera atau alah harimau lah, lgi senang dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan. Sampai bila kita nak bergantung dgn pekerja2 asing. Otak suaram ni bongok dan bengap sekali.

edyes wrote :

Takkan kita jer yang nak terkena? Orang kita kerja kat Singapore kena levi berganda-ganda, orang PADI (Pekerja Asing Dengan Izin) dikenakan levi dalam RM450 + Fomema RM190. ok saya buat terang2 skit kat bawah nie.

levi = RM450
Fomema = RM190

Jumlah yang Kerajaan BN kaut dari seorang PADI bagi setahun ialah = RM640

Jumlah yang dicadangkan oleh MB Selangor ialah RM 10 sebulan atau RM120 setahun DEMI pembangunan anak anak watan !! kalau betul kerajaan concern pasal kebajikan pekerja asing, kenapa tak dikurangkan levi dan fomema itu sebanyak 20% dan salurkan kepada pembangunan belia negara??

Kita mesti pandang positif kepada cadangan YAB menteri besar kerana apa yang hendak diketengahkan ialah pembangunan insan yang lebih baik, bukan hanya bergantung kepada MARA semata-mata ! saya akhiri dengan sebuah pantun empat kerat;

kera di hutan disusukan...
anak di rumah mati tak makan...
janganlah berfikiran macam setan...
perjuangan bangsa wajar diteruskan!!!