Kenyataan Media
11 Julai 2012
SAMM Seru Anak Muda Bersama Dalam Himpunan Oren
Solidariti Anak Muda Malaysia
(SAMM) sangat komited untuk bersama dalam Himpunan Oren yang akan berlangsung
pada 14 Julai 2012 sambil menyeru kepada semua anak muda untuk turun berhimpun
demi menyelamatkan saki-baki khazanah negara sebelum terlambat.
Himpunan Oren dijangka
mendapat sambutan yang besar kerana rakyat terutamanya golongan muda harus bertindak
melakukan sesuatu mempertahankan hak negara ini daripada dirompak oleh lanun
berkolar putih. SAMM juga melalui Segmentasi Peneroka dan Luar Bandar telah
masuk ke beberapa gugusan Felda termasuklah pertemuan di Gugusan Felda Palong
baru-baru ini untuk pencerahan Himpunan Oren dan juga mobilisasi massa.
Bagi SAMM, penyenaraian FGVH
seumpama memperjudikan nasib peneroka felda yang sudah berpuluh tahun berbakti
kepada negara. Menyenaraikan FGVH adalah satu perjudian yang harus dielak dan
ditentang kerana tiada jaminan keuntungan yang berkekalan malah peneroka Felda terdedah kepada
risiko kerugian melampau sepertimana yang pernah berlaku pada tahun 1998 yang
lalu.
Kerajaan kononnya memberi jaminan
adalah penipuan semata-mata merujuk kepada banyak amanah saham yang sebelumnya
dijamin kerajaan tetapi lingkup menyembah bumi dan nasib pemegang saham langsung tidak dibela. SAMM melihat tidak mustahil
tanah Felda akan tergadai melalui penyenaraian FGVH dan ia akan melibatkan
ratusan ribu hektar tanah rezab melayu.
SAMM juga turut mempersoal laporan
yang menunjukkan Pengerusi Felda yang tidak mempunyai walau seinci pun tanah
Felda yang dibangunkan, namun memperolehi 180ribu unit saham sedangkan peneroka
yang berpuluh tahun membanting tulang hanya dikurnia 800 unit saham sahaja. Ini
satu pengagihan tidak adil yang melampau dan harus ditentang habis-habisan.
SAMM mengambil kesempatan untuk memberi
amaran kepada pihak polis yang hadir menjaga keselamatan awam agar benar-benar
bertindak menjaga keselamatan, bukan memukul orang awam sepertimana yang
berlaku di himpunan-himpunan sebelum ini. SAMM turut memberi amaran keras kepada
polis agar beruniform lengkap bersama nama dan nombor anggota. Sekiranya
dikenalpasti ada anggota polis yang tidak menayangkan nama dan nombor anggota,
itu adalah penjenayah yang menyamar sebagai anggota polis dan wajib ditangkap
oleh peserta himpunan.
Akhir sekali, SAMM juga akan cuba membawakan siaran LIVE dari Himpunan Oren untuk tatapan semua melalui channel ustream http://www.ustream.tv/channel/himpunan-oren .
Akhir sekali, SAMM juga akan cuba membawakan siaran LIVE dari Himpunan Oren untuk tatapan semua melalui channel ustream http://www.ustream.tv/channel/himpunan-oren .
Ayuh anak muda Malaysia bersama
SAMM berarak dari Masjid Wilayah di Jalan Duta ke Istana Negara untuk memberi
tekanan dan signal yang jelas kepada kerajaan betapa rakyat terutamanya warga
Felda menolak penyenaraian FGVH.
Sekian
Edy Noor Reduan (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM
No comments:
Post a Comment