Thursday, July 5, 2012

Sidang Media 'Amaran Kepada Speaker dan Adun Bn Melaka'!!

Satu sidang media 'Amaran kepada speaker dan Adun Bn Melaka' agar tidak menyalahgunakan Dewan Undangan Negeri Melaka untuk menyerang peribadi dan meraih keuntungan politik murahan. 

Sidang Media akan bertempat di OLD TASTE, Jalan Pokok Mangga, Melaka bermula jam 1.30 tengahari ini.

Berikut adalah kenyataan media oleh SAMM Melaka bertarikh 4 Julai 2012 ;

Kenyataan Media
4 Julai 2012
YB Datuk Gan Tian Loo yang membazirkan wang rakyat dengan membawa
cerita gosip ke dalam dewan yang langsung tidak membayangkan beliau selaku
exco pendidikan dan belia negeri.

BN Bazirkan Wang Rakyat Melaka Dengan Gossip Peribadi Dalam Dewan

Melaka mengalami kedudukan kewangan negeri yang agak meruncing, pembaziran dan projek gagal kini telah menjadi satu identiti negeri Melaka. Namun dalam keadaan sebegitu rupa ADUN Bn telah membazirkan wang rakyat membiaya persidangan dewan dengan cerita gossip peribadi.

3 Julai dalam persidangan Dewan Undangan Negeri ADUN Mca, YB Datuk Gan Tian Loo telah membangkitkan satu perkara yang tidak kena mengena dengan persidangan dewan dan hanya bersifat isu peribadi yang tidak langsung bersangkutan dalam pengurusan negeri atau kepentingan rakyat. Gan telah membawa tuduhan mengenai kononya YAB Lim Guan Eng ada hubungan 'luar' dan mendesak agar YB Betty Chew Gek Cheng (yang merupakan isteri kepada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang) menjawab. Beberapa ADUN Pakatan Rakyat telah bangkit menyatakan bahawa ini isu peribadi tetapi Gan diberikan keistemewaan luar biasa terus berkali - kali membawa isu ini. 

Keesokan harinya seperti biasa akhbar 'upahan' seperti Utusan Malaysia terus memainkan isu ini di muka depannya.

SAMM Melaka memandang serius isu ini dan mengutuk usaha menyalah gunakan dewan untuk menyerang peribadi dan meraih keuntungan politik murahan. Ini pembaziran masa dan wang rakyat. Sedarlah setiap saat kamu berada dalam dewan semua ADUN dan Speaker khususnya dibayar elaun mesyuarat yang tinggi menggunakan wang rakyat. Sepatutnya perlu dibangkitkan isu rakyat bukan gossip picisan.

SAMM mencabar untuk ADUN Mca, Gan agar mengulangi tuduhan tersebut di luar dewan bukan berselindung menyalahgunakan hak dan kebebasan dewan sesuka hati. Gan juga harus tampil meminta maaf kepada rakyat khususnya pengundi beliau kerana membangkit isu gossip yang langsung tidak relevan kepada rakyat. SAMM juga menyatakan rasa kesal terhadap sikap Speaker DUN Melaka, YB Datuk Wira Othman Mohamad yang memberikan laluan untuk gossip membazir masa berharga dewan. Sebelum ini banyak kali direkod isu penting rakyat gagal dibentangkan kerana kerenah speaker yang kononya tegas tetapi dalam isu gossip murahan laluan istimewa telah diberikan.

Akhirnya rakyat diseru melihat ini sebagai bukti dewan undangan negeri Melaka gagal memainkan fungsi membincangkan masalah rakyat kerana kelemahan pentadbiran Bn dan keghairahan Bn bermain politik 'selak kain', fitnah dan seumpamanya.

SAMM memperingatkan sekali lagi rakyat mengenai risalah terbitan SAMM yang telah menyenaraikan pemborosan, pembaziran dan projek gagal di Melaka yang sehingga kini masih gagal dijawab oleh Bn.Kami telah mengedarkan risalah ini sebanyak 15,000 naskah dan mempelawa sesiapa yang sudi dan berkemampuan untuk tampil mencetak risalah ini agar dapat disebar luaskan pengedaranya ke seluruh negeri Melaka.

Berminat untuk membantu mencetak risalah boleh terus berhubung melalui email sammmelaka@gmail.com 
Sekian


Zuraidi Abdullah
Penyelaras SAMM Melaka.

4 comments:

dino.yp@gmail.com said...

Amaran kepada PR Melaka: Boleh Blah! Rakyat melaka bukan bodoh!

IbnAbdHalim said...

Speaker DUN Melaka tak cerdik. Dr Mahathir benar memang tak ada yang cerdik dalam UMNO. Kalau rakyat Melaka sokong tindakan DUN Melaka bermakna rakyat juga tak cerdik.

Amacam dino.yp@gmail.com?

Anonymous said...

Untuk dino.yp@gmail.com....

Betul apa yang kau cakap....Rakyat Melaka bukan bodoh....yang bodoh dan banggang ialah Pemimpin, Ahli dan penyokong Umno Melaka....setuju tak?

Edyes Reduan said...

SATUJU!!

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan