Sunday, July 8, 2012

Himpunan Demonstrasi Selamatkan DUN Melaka Jam 2ptg Ini!!

 
Selamatkan DEWAN Undangan Negeri Melaka!!

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Melaka akan melancarkan sebuah demonstrasi bagi mendesak supaya DEWAN Undangan Negeri Melaka diselamatkan dari disalahguna.

Demonstrasi yang akan berlangsung pada jam 2 petang ini di Taman Asean Melaka, antara lain meletakkan desakan berikut;

- Speaker DUN Melaka harus letak jawatan dengan segera.
- Mengutuk usaha menyalahgunakan DEWAN untuk kepentingan peribadi dan meraih keuntungan politik murahan.
- Tolak Budaya fitnah jahat dibangkitkan di dalam DEWAN.
-Tolak pembaziran masa dan wang rakyat apabila DEWAN tidak digunakan mengikut keperluan dan peranan yang sebenar

Mobilisasi besar-besaran telah dilakukan oleh SAMM Melaka bagi menjayakan himpunan demonstrasi ini dan menjemput seluruh rakyat negeri Melaka bersama dalam himpunan ini tanpa mengira warna kulit dan fahaman kepartian, asalkan tolak pembaziran serta salahguna kepentingan rakyat.

SAMM Melaka juga akan mengedarkan risalah 'Bongkar' terbitan SAMM yang mendedahkan seribu satu pembaziran regim Ali Rustam di Melaka. Risalah penting ini akan diedar secara percuma, dengan syarat penerima harus menggandakan penyebaran.

Ayuh berdemonstrasi, budaya rakyat bijak dan celik!

Sekian


ZURAIDI ABDULLAH
Penyelaras SAMM Melaka

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan