Monday, June 11, 2012

Laporan Polis Terhadap Isu Penjualan Maklumat Pertahanan Negara Oleh SAMM dan Sekutu di Seluruh Negara.

Kenyataan Media
11 Jun 2012

Laporan Polis Terhadap Isu Penjualan Maklumat Pertahanan Negara Oleh SAMM dan Sekutu di Seluruh Negara.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terus mengorak langkah berdepan kebejatan regim dengan membuat laporan polis dalam isu kebocoran maklumat keselamatan negara. Ini berikutan sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong, Terasasi Limited yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak telah menjual rahsia pertahanan negara kepada DCNS Perancis.

Sehingga kenyataan ini keluar, laporan polis telah dibuat di beberapa negeri termasuk di Balai Polis Yong Peng Johor, Kedah di IPD Sik, Pulau Pinang di IPD Bayan Baru, Terengganu di IPK K.Terengganu, Selangor di IPD Sabak Bernam, Pahang di IPK Kuantan dan Wilayah Persekutuan di IPD Dang Wangi. Beberapa negeri lain termasuk Melaka, N.Sembilan, Perak dan Perlis akan menyusul laporan polisnya hari ini.
 
SAMM merujuk kepada laporan SUARAM melalui artikel yang bertajuk FRENCH SUBMARINES DIVING MALAYSIA INTO DEEP CONTROVERSY pada 30 MEI 2012 di laman sesawang rasmi pertubuhan itu menyebut - Dokumen itu berkaitan laporan penilaian prestasi kapal selam Scorpene berasaskan keperluan pertahanan yang digariskan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Dokumen sulit itu dijual pada harga 36 juta Euro (bersamaan RM142 juta).
 
Pendedahan tersebut menimbulkan tandatanya besar bagaimana dokumen sulit ketenteraan boleh dengan mudah dijual kepada syarikat pertahanan asing. Perbuatan ini adalah jelas merupakan perlanggaran undang-undang negara malah boleh diklasifikasikan sebagai pengkhianatan kepada negara.

Sehubungan dengan ini SAMM dalam laporan polisnya meminta suatu siasatan yang telus dan professional dijalankan oleh pihak berkuasa dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan. Siasatan hendaklah dibuat 'without fear or favour' termasuk terhadap Menteri Pertahanan ketika itu (PM sekarang) kerana beliau bertanggungjawab secara langsung di atas keselamatan negara. Perbuatan menjual rahsia negara tidak boleh dipandang ringan kerana mengancam keselamatan negara. DS Najib Razak, yang pada ketika skandal penjualan dokumen rasmi pertahanan negara ini berlaku memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Dipercayai juga bahawa Terasasi Limited ini dimiliki oleh Abdul Razak Baginda dan bapanya Abdul Malim Baginda yang merupakan sekutu kuat dan penasihat utama Dato Sri Najib Razak. Maklumat juga mempercayai mereka juga adalah proksi Najib dalam skandal penyelewengan pembelian Scorpene.

Oleh yang demikian, SAMM menuntut penyiasatan yang menyeluruh wajib dibuat demi mempertahankan keselamatan negara serta membawa mereka yang khianat ke muka pengadilan.

Zulkifli Hj Ibrahim
Pengarah Seketariat SAMM Kebangsaan

No comments: